Lama tidak melihat wajah-wajah anak-anak Ashraf Muslim dan isteri-isterinya. Walaupun berbeza ibu namun hubungan mereka cukup rapat.
Terbaru, pelakon ini memuatnaik gambar anak-anak lelakinya. Adam merupakan anak hasil perkahwinan bersama isteri kedua iaitu Wan Sakinah manakala Anas Pula adalah anak daripada isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana Lokman.
Ashraf bersama anaknya, Adam.Ashraf bersama anaknya Anas.
Jika diperhatikan kedua mereka memiliki raut wajah ibu mereka masing-masing.
Untuk rekod, Adam dan Anas kini sudah pun berusia 7 tahun. Adam yang merupakan anak Kedua daripada tiga beradik. Dia memiliki seorang kakak yang diberi nama Sarah Ashraf dan seorang adik perempuan. Manakala Anas pula merupakan satu-satunya anak tunggal.
Umum sedia maklum, sejak dahulu lagi hubungan antara Dayana dan Sakinah sangat baik. Bahkan ke mana sahaja atau apa jua aktiviti dilakukan bersama baik ketika ada Ashraf mahupun tidak.
Perkongsian Ashraf menerusi laman Instagramnya Itu nyata mendapat perhatian ramai.
Ads
Hero-hero ku ! Adam Ashraf dan Anas Ashraf.
Demikian tulis bapa kepada empat cahaya mata ini menerusi kapsyennya sambil memuatnaik sekeping gambar dua beradik ini.
Pengalaman membeli di atas talian memang cukup memudahkan kita, semuanya dapat dilakukan dihujung jari dengan sepantas kilat. Tidak perlu lagi kita bersesak-sesak membawa anak-anak dan keluarga untuk keluar membeli belah.
Namun, ramai juga antara kita mempunyai pengalaman yang tidak seronok bila membeli secara online ini. Itu kita tidak nafikan, contohnya sering kita dengar perkongsian teman-teman bila pesan barang lain, terima barang lain pula. Malah lagi mengecewakan andai dapat barang yang telah rosak dan tidak boleh digunakan.
Jika ini yang berlaku, sewajarnya apa tindakan kita?
Tidak mahu terus berdiam diri, ada baiknya ikut cara yang dilakukan oleh peguam ini bila dirinya juga terkena mendapat produk yang telah rosak. Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Pengalaman terima barangan rosak secara pembelian online. Cara-cara untuk selesaikan.
Jumaat lepas saya ada terima bungkusan dari Lazada untuk pembelian Smart TV Samsung 49 inci, harga termasuk dengan penghantaran adalah RM1,607.00.
Kalau barangan bersaiz besar begini, saya memang yakin dengan Lazada sebab sebelum ini sudah pernah beli TV bersaiz besar untuk rumah saya, rumah emak saya dan untuk kegunaan pejabat. Tidak pernah ada isu dan penghantaran cepat dan selamat dengan harga yang berpatutan. Memang puas hati.
Tiba-tiba kali ini saya terima TV tersebut sudah pecah dibahagian kiri. Pecah, retak dibelakang TV dan skrinnya juga sudah retak. Jadi sebagai pengguna, saya akan mendapatkan hak saya semula. Saya kongsikan cara-caranya.
Langkah 1
Masuk aplikasi Lazada anda dan lihat dibahagian akaun anda. Pergi ke bahagian senarai pesanan barang ‘View all Orders’.
Langkah 2
Pergi ke barangan yang dipesan tetapi rosak dan tekan ‘return’. Nyatakan komen dan masukkan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari penjual atau pekedai yang menjualkan barangan dari Lazada.
Pada peringkat ini penjual yang akan memberi maklum balas. Penjual akan memutuskan sama ada akan pulangkan atau tidak atas alasan.
Memandangkan aduan dibuat hari Sabtu, jadi masa menunggu saya 5 hari. Sama ada akan dipulangkan atau tidak. Saya pun tunggu. Sehinggalah semalam, saya mendapat jawapan yang penjual ENGGAN untuk menerima semula barangan yang rosak ini atas alasan kesilapan dari syarikat penghantar dan bukan penjual.
Langkah 3
Selepas terima maklum balas teesebut. Lihat dibahagian yang ditulis ‘Request Rejected’. Tekan perkataan tersebut.
Langkah 4
Anda akan lihat ‘view decline reason’ dan ‘dispute’. Tekan dahulu view decline reason, lihat jawapan mereka. Sama ada munasabah atau tidak. Bagi kes saya, pihak penjual menyalahkan syarikat penghantar.
Langkah 5
Tekan perkataan dispute (pertikaian) dan pilih sebab-sebab pertikaian dalam senarai pilihan. Kemudian sekali lagi nyatakan komen dan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari Customer Service Lazada.
Dalam proses ini kita perlu tunggu. Sama ada mereka akan benarkan untuk kita memulangkan barangan dan mereka membayar semula wang kita.
Jadi sebagai langkah persediaan awal, andai kata mereka enggan menerima barang tersebut dan memulangkan barangan kita. Saya telah bersedia dengan langkah-langkah seperti berikut:
1. Mendapatkan nama penuh syarikat bagi Lazada, alamat dan nombor syarikat.
2. Mendapatkan nama penuh syarikat penjual, alamat dan syarikat.
Butiran 1 dan 2 ini perlu untuk saya teruskan kepada nombor 3.
3. Merangka saman bagi tuntutan kecil di mahkamah bagi menuntut semula nilai kerugian. Sebenarnya boleh juga adukan kepada tribubal pengguna tetapi memandangkan saya selalu ke mahkamah, saya akan memfailkan di mahkamah. Lebih mudah untuk saya.
4. Menuntut sehingga saya berjaya mendapat hak saya.
Kita ini pengguna. Jangan kita berdiam diri tidak kiralah sama barangan bernilai puluhan ringgit atau ribuan ringgit, sekurang-kurangnya kita lawan. Kuasa pengguna. Zaman ini, zaman pengguna, hak kita akan didengar. Tidak macam dulu, kalau mengadu pun tiada siapa ambil tahu.
Kalau saya mendapat maklum balas dari khidmat pelanggan Lazada saya akan maklumkan. Manalah tahu mereka hendak dengar aduan saya. Sebelum ini tidak pernah timbul isu.
Bantal antara barang yang tahan lama sehingga bertahun-tahun. Tetapi kalau dibuka sarungnya pasti akan nampak tompokan kuning kesan dari air liur, rambut basah dan sebagainya. Bukan tu je, bila dicium akan ada bau hapak.
Biasanya mungkin anda akan menjemur bantal, apa kata cuba praktikkan tip dari Nismira melalui akaun TikToknya.
Dia menggunakan 3 bahan iaitu baking soda, borax, sabun pencuci dan air. bahan yang digunakan ini ada fungsi tertentu.
Baking soda Bantu naikkan warna putih.
Borax untuk hilangkan bau busuk.
Pencuci untuk bersihkan kotoran.
Cara cuci bantal:
1. Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.
2. Masukkan bantal dalam bekas/ besen muat untuk rendam bantal.
3. Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.
4. Kocak-kocakkan supaya bahan pencuci rata.
5. Biarkan bantal di dalam bekas dan jangan lupa untuk balik- balikkannya. Dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun bertukar warna.
6. Bila nampak bantal dah bersih, boleh buang air kotor tadi dan bilas.
7. Kemudian boleh dijemur hingga kering. Hasilnya memang buat anda teruja.
Suami asyik berkepit dengan telefon hinggakan memberi lebih banyak masa ‘melayan’ telefon berbanding isteri yang berada disisi. Hal ini tentu menyebabkan si isteri akan rasa tidak seronok atau sedih. Dan lebih teruk lagi akan ada rasa syak wasangka terhadap suami dan akhirnya merenggangkan hubungan.
Sebelum ini semua terjadi, ada baiknya anda baca perkongsian daripada Taufiq Razif ini yang cukup memberi satu idea atau cara yang sepatutnya dilakukan oleh isteri dalam menarik perhatian suami.
Hal yang dikongsikan ini juga adalah merupakan apa yang telah berlaku pada dirinya sendiri. Jadi jom baca perkongsian menarik ini untuk manfaat bersama dalam membina keluarga bahagia.
Ramai rupanya isteri ada masalah suami asyik sangat main handphone sampai takde masa nak layan isteri.
Saya mengaku saya pun dulu tergolong dalam golongan suami yang macam tu. Orang bisnes memang matanya macam kena pukau dengan skrin handphone sikit tapi kalau si isteri tahu cara nak atasinya, memang benda ni ada ubatnya.
Ni saya nak kongsi 5 teknik yang isteri saya pakai untuk tackle saya balik. :
1. Dia akanberhias cantik macam puteri raja. Dia tahu lelaki ni akan kalah dengan visualnya sendiri. Memang dia tahu kelemahan suami adalah pada matanya jadi dia gunakan benda ni untuk mengalahkan godaan handphone tu
2. Dia akan banyak bertanya. Sebenarnya dia nak alihkan perhatian saya je tapi memang berkesan la sebab otak lelaki ni bukan multitasking macam perempuan. Tak ramai lelaki yang ada bakat untuk jawap soalan sambil main handphone. Kena fokus buat satu benda je.
3. Dia ajak ajak saya berjalan ataupun keluar makan. Saya kan memang driver tetap dia. Mana la kita mampu nak drive sambil main handphone kan. Kadang-kadang handphone pun kita campak entah ke mana kalau nak memandu.
4. Dia akan guna kabel charger kita ataupun buat-buat pinjam powerbank kita. Suami ni pulak kalau isteri dah minta nak pinjam takkan tak bagi kan. Jadi termagu la kita seharian sambil menunggu handphone si dia dicas penuh.
5. Dia akan guna apa sahaja cara untuk distract perhatian saya terhadap handphone. Tiba-tiba je dia boleh masuk ke bilik sambil bawa buah epal la buah anggur la semata-mata nak alihkan perhatian saya. Paling dasyat sekali dia bawak masuk anak-anak. Mana boleh tahan! Comel kot! Terus saya letak handphone dan peluk cium anak saya! Argh!
Apa pun kita kena educate suami masing-masing tentang Electronic Screen Syndrome. Bagitahu suami elok-elok atau share artikel ni kat suami tentang efek buruk kalau duk mengadap je skrin handphone dan laptop tu. Antaranya :
– Menyebabkan penurunan kemampuan kognitif
– Mata jadi kering dan retina mata boleh rosak
– Susah nak tidur
– Emosi tak stabil
– Lebih cenderung untuk kena Metabolic Syndrome seperti Kencing Manis, Kegemukan dan Tekanan Darah Tinggi
Jangan risau, biasanya orang yang kurang sensitif dengan perasaan orang lain ni akan mudah tersentak dan insaf bila dia tahu benda ni ada efek buruk pada dirinya sendiri juga nanti.
Sumber : Taufiq Razif
Suami Insaf Yang Sedang Kembali Ke Pangkal Jalan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di