Perpisahan tentu akan membuat sesiapa sahaja akan berasa sedih, apatah lagi andai berpisah dengan insan yang pernah kita cintai. Pernah hidup sudah senang bertahun-tahun lamanya.
Namun apalah daya, disangkakan panas hingga ke petang namun hujan di tengah jalan.
Baru-baru ini, tular di laman TikTok video memaparkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina yang dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menjadi tetamu pada persidangan Spiritual Summit 2022 anjuran Safinah Institute yang berlangsung pada 21 Ogos lalu.
Difahamkan, Mizz Nina membuat perkongsian bertajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure’.
Video menggunakan audio lagu ‘Hijrah Cinta’ nyanyian asal Datuk Seri Rossa yang dinyanyikan semula Wany Hasrita itu meraih perhatian ramai hingga tular.
Menerusi video dikongsikan , Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman gagal menahan air mata yang berlinangan sambil memegang tisu dan berkata Allah SWT tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Ads
“Jadi saya rasa kita perlu tukar mindset dan fikir sesuatu sedang berlaku sama ada kesenangan atau kesusahan,” katanya.
Jelasnya lagi, dalam kesenangan kita akan melahirkan rasa syukur dan dalam kesusahan kita akan belajar untuk sabar. Dalam pada itu, Nina turut berkongsi tentang sebuah kisah seorang wanita yang bercerai dengan suaminya dan bagaimana wanita itu melalui proses penceraian.
“Wanita itu berkata ‘macam mana saya nak lalui semua ni?’ dan dia hanya kembali kepada Allah dan bersyukur kepada Allah. Ia satu kehilangan tapi dia bersyukur suaminya sudah menghabiskan masa bertahun-tahun bersamanya. SubahanAllah,” tuturnya.
Mindset Mengubah Segalanya
Menurut Nina, mindset itulah yang mengubah segala persepsi dalam apa sahaja ujian yang melanda dan kita perlu faham bahawa pasti ada sesuatu yang berlaku disebaliknya (hikmah).
Ads
“Allah akan jawab doa kita dalam tiga cara, samaada Allah akan jadikan ia berlaku, selamatkan kita dari keburukan yang lebih besar, atau Allah akan simpan (menjadikannya pahala) di akhirat kelak,” ujarnya.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat buat Mizz Nina.
“Pertama kali tengok dia (Mizz Nina) nangis. Ya Allah hadiahkanlah dia syurga-Mu, amin,” antara komen netizen.
Kredibiliti dan kepimpinan yang ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam menyelesaikan kemelut politik di negara ini nyata mendapat pujian dan reaksi positif semua pihak. Rata-rata memuji pendekatan yang diambil Agong penuh diplomatik.
Sekali gus menutup mata dan suara sumbang selama ini yang menuduh institusi DiRaja tiada sebarang fungsi. Kini, telahan tersebut lenyap sama sekali dan pujian di angkat atas apa yang Agong lakukan kini.
Malah, sejak dahulu lagi Agong sudah terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat. Sifat itu dikongsikan bersama belahan jiwanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sering menjadi tumpuan rakyat jelata. Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian pasangan diraja tersebut.
Terbaru, dua keping gambar mempamerkan sisi baginda sebagai contoh dan tauladan terbaik sebagai ketua agama Islam. Perkongsian dua keping gambar pasangan DiRaja ini oleh Pondok Ledang ternyata mendapat reaksi dari warganet.
Bestnya kalau suami isteri dapat bersama mengaji ilmu agama. Balik mengaji singgah warong ngeteh bersama.
Isteri kena bagi semangat kepada suami untuk mengaji. Suami jangan lupakan isteri bila mengaji.
Tak semua orang dituntut menjadi pemimpin. Tetapi semua orang dituntut mengaji ilmu agama.
Walhasil, pergilah mengaji. Tuanku dan Permaisurinya telah mencontohkan kepada kita tentang tujuan hidup dan kebahagiaan hati.
Kalau ditanya pada anak-anak yang bersekolah berkenaan antara banyak-banyak subjek yang dipelajari matapelajaran mana paling susah, tentu ramai sahaja menjawab subjek Matematik!
Bahkan kita sebagai ibu ayah bila berdepan dengan masalah anak lemah dalam subjek Matematik, sering membuatkan kita berasa risau dan bimbang. Oleh itu, apa kata kita bantu anak-anak kita dengan menggunakan teknik dan tip yang diajar oleh Cikgu Shaza ini. Diharapkan dengan cara ini anak-anak dapat menguasai subjek matematik dengan baik dan sekali gus dapat melonjakkan pencapaiannya di masa akan datang.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
TIPS MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1-6 (terutama anak anak yang lemah)
Di sini saya kongsikan tips tips ringkas yang saya gunakan selama saya mengajar kelas matematik kepada anak didik tuisyen saya dahulu. Saya nampak perbezaan,dari gagal,upsrnya boleh dapat A dan B. Mungkin ramai dah buat,tapi mungkin ada yang masih tak guna cara ini.
Cara saya bukanlah cara mudah,bukanlah menjanjikan formula formula menarik seperti teknik menambah,atau menolak atau mendarab dengan mudah.
Banyak kelas atau kursus yang menawarkan teknik teknik mudah menjawab soalan.
Tapi pada saya, setiap anak keperluannya berbeza. Apa yang dia tidak faham juga berbeza. Jadi ini langkah langkah saya. Saya namakan teknik saya ini “DRILLING WITH COACHING”
1. BELIKAN BANYAK BUKU LATIHAN MATEMATIK (SET KERTAS 1 & 2)
Jangan kedekut duit untuk laburkan membeli buku latihan. Sekurang kurangnya sebagai permulaan belilah 3 buah buku berlainan.
2. MINTA ANAK BUAT SATU SET KERTAS PEPERIKSAAN ATAU SET YANG ADA SEMUA TOPIK.
Minta anak jawab soalan macam mereka sedang duduki peperiksaan. Ikut masa dan pastikan tiada rujukan. Kemudian semak dan bagi markah. (ini bertujuan untuk menilai secara kasar mana yang dia lemah)
3. BUAT SATU REKOD UNTUK SETIAP LATIHAN YANG DIBUAT
Sediakan satu buku rekod, ada tarikh, jenis latihan yang dibuat, markah dan komen.
4. KENAL PASTI SOALAN MANA ANAK SALAH
Bila dah tengok soalan mana anak salah, tunjuk soalan tersebut kepadanya semula. Tanya dia samada dia tak tahu jawab atau dia cuma cuai. Kalau cuai, take note yang dia cuai, kalau tak tahu take note yang dia tak tahu.
5. SEKARANG KENAL PASTI ANAK LEMAH TAJUK APA DAN SOALAN APA
Ini penting untuk kita kenal pasti titik punca anak lemah matematik dan kenapa dia jadi tak suka matematik. Ada anak anak dah darjah 4, rupanya dia masih tak pandai membuat operasi darab dan bahagi, malah tambah dan tolak.
Jadi soalan lain pun mereka tak dapat jawab. Kadang kadang kita tak perasan anak anak tersebut tak mahir yang asas lagi.
(Boleh join Kelas Fasih Matematik di centre saya di Semenyih dan Setapak, memang kami latih untuk jadi fasih buat matematik dari asas).
6. SEKARANG, MULA BUAT LATIHAN IKUT TOPIK
Kalau nak segera atau intensif, bagi topik yang dia lemah dulu. Tapi kalau nak lagi berkesan, mula dari topik permulaan tahun itu.
Contoh, bab 1. Bagi dia buat kertas 1 dengan masa yang ditetapkan. Bila dah siap,tanda dan bagi markah.
Untuk setiap soalan yang salah, ajar dia teknik yang betul. Untuk setiap soalan yang salah itu juga, bina soalan yang sama tapi nombor berlainan,ulang sampai dia faham dan tahu cara buat.
Kalau ada buku latihan lain, ambil soalan soalan sama jenis dari buku lain. Part ini mak ayah kena rajin. Biar mereka jawab soalan yang sama dengan teknik kita ajar tadi sampai dia berjaya.
Sebab bila dia dapat buat,dia akan konfiden. Part ini perlukan kesabaran. Kali pertama mungkin anak tak dapat buat,tapi cuba buat sampai 10 soalan yang sama,berlainan nombor,insyaallah dia boleh dah lepas tu.
7.ULANG DENGAN SET KERTAS 2
Bagi anak jawab dengan masa yang ditetapkan juga. Semak dan bagi markah. Setiap soalan yang salah,ajar cara yang betul.
Ulang teknik di atas,iaitu buat soalan yang sama,berlainan nombor sehingga dia mahir.
Untuk kertas 2 agak mencabar sebab soalan dalam penyelesaian masalah. Saya perasan anak anak yang lemah kebanyakannya tak tahu operasi apa nak buat.
Teknik yang berkesan adalah ajar mereka gariskan kata kunci yang menentukan operasi apa perlu dibuat.
Juga ajar mereka transfer maklumat penting ke kertas conteng dan ajar mereka lukis apa yang mereka baca dari soalan tersebut. Cara melukis ini sangat berkesan bagi mereka faham. Perlu diulang soalan yang sama jenis banyak kali supaya mereka mahir.
8.ULANG UNTUK SETIAP TOPIK
Ulang semua teknik di atas untuk setiap topik.
9. SELEPAS BEBERAPA TOPIK, BAGI MEREKA JAWAB SET PEPERIKSAAN GABUNGAN TOPIK-TOPIK TERSEBUT.
Dari situ kita akan jumpa beberapa soalan lagi yang mereka tak betul2 mahir walaupun dalam latihan sebelum ini kita rasa mereka sudah mahir. Jadi, latih mereka lagi dengan soalan-soalan yang sama.
10. JANGAN MARAH-MARAH ATAU PERLI ANAK
Janganlah kita merendah rendahkan mereka jika perkara mudah pun mereka tak tahu. Kita suatu masa dulu pun sama, tak tahu.
Bukan sebab bodoh, tapi sebab tak faham atau tak tahu cara sebenar nak jawab soalan tersebut. Mereka akan kurang keyakinan jika selalu dimarah dan diherdik.
Beri pujian setiap kali dia berjaya buat soalan yang dia lemah sebelum ini.
11. ULANG,ULANG DAN ULANG
Ini part paling penting. Matematik ini perlukan latihan yang banyak. Bila anak dah mahir jawab soalan insyaallah dia akan jadi minat bila dah skor nanti
Teknik teknik saya kongsikan di atas sesuai untuk personal coaching.
Teknik ini,mak ayah yang kena rajin dan kena pandai jawab soalan matematik juga. Dan perlukan kesabaran yang tinggi.
Setiap kali nak buat teknik ini,peruntukkan masa duduk sebelah dia. Bukan bagi dia buat seorang diri. Kalau tak,macam mana nak ajar.
Dan buat step by step tau. Saya tahu ramai parents jenis belikan je banyak buku latihan,suruh anak buat,tapi anak buat sorang sorang,sendiri.
Takde coaching. Macam mana dia nak maju?
Selamat mencuba
Yang ikhlas
Teacher Shaza
Founder Genius Library Learning House
Pengasas kelas Fasih Matematik
Speaker motivasi matematik A-Math-Zing
Pokok pegaga kalau lebar-lebar macam sayur sawi memang puas hati. Pokok pegaga antara ulam-ulaman yang mudah ditanam. Sebab itulah ramai yang menanam pokok pegaga ini di sekitar rumah.
Jika pokok pegaga yang ditanam tak hidup subur seperti yang diinginkan tip yang dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob boleh dipraktikkan. Memang geram melihatnya sebab daunnya lebar dah macam sayur sawi.
– Pokok pegaga ini asalnya memang kecil-kecil daunnya, beli di pasar seikat RM2. Memang sedap rangup dan tak pahit.
– Cara tanam cuma pilih pegaga yang dah ada akar dan cucuk ke dalam tanah dan siram.
– Letak pokok pegaga ini di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik.
– Rahsia daunnya jadi lebar macam sayur sawi cuma air siraman. Siram dengan air basihan ikan yang kita siang. Setiap kali basuh ikan airnya simpan untuk siraman. Itu saja.
INFO: Pegaga ini bukan jenis pegaga gajah kerana waktu beli di pasar memang daunnya kecil. Tapi lepas siram dengan air basuhan ikan, daunnya jadi gemuk dan lebar.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.