Tidak dinafikan waktu PKP begini, rata-rata ibu bapa mengeluh kerana tidak dapat bersekolah seperti biasa.
Lebih-lebih lagi Kementerian Pelajaran sudah mengeluarkan memo semua pelajar terpaka belajar dari rumah (PdPR).
Bukan mudah nak buat anak-anak fokus belajar di rumah kan. Tapi ibu bernama Hazlina Harumaini berkongsi cara mudah selain modal yang sedikit untuk mrmbolehkan anak-anak selesa belajar di rumah.
Cukup kreatif, apa tidaknya sekali pandang nampak seperti ruangan di pejabat ataupun cyber cafe
Ads
ini cara saya buat station online anak2. sebab semua nk berkumpul dekat2 terpaksalah mama guna dining table aje sebab 4 org nak guna😂 mama pun senang nak pantau anak2 sambil WFH. Nampak lebih fokus cara mcm ni
Ads
p/s: ramai betul yg komen nampak screen ada roblox. Ini waktu petang dah abis time online class. budak2 ni pun dah pakai pyjamas hahahah🤣🤣
Menariknya, ruangan ini juga boleh digunakan oleh ibu napa yang terpaksa WFH. Selain memantau anak-anak, anda juga bole mrnyispkan urusan kerja dengan selesa.
Rasa masam manis buah peach nayata cukup memikat selera terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Penyejuk tekak puding buah peach?… ada yang tergoda kee???…
Puding buah peach..
Bahan-bahan
1 paket agar2 tali (37.5 gm)
6 cwn air ( termasuk air buah peach)
1 tin susu cair
1 cawan gula ( ikut suka)
1 tin buah peach
1/4 cawan sunquick ( perisa campuran mangga)
1 sdb tpg jagung ( bancuh dgn sdikit air)
1 pnutup esen vanila
sdikit garam
sdikit pewarna kuning
buah ceri utk hiasan (suka hati)
Cara membuat:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesibukan dengan urusan kerja membuatkan pasangan suami isteri jarang ada masa bersama. Begitu pun tidak bermakna anda harus membiarkan hubungan tersebut hambar. Silap hari bulan itu boleh jadi punca perbalahan dan lama-kelamaan timbul masalah dalam rumah tangga.
Selebriti bernama Aidid Marcelo baru-baru ini ada berkongsi pandangan tentang betapa pentingnya suami isteri dalam menjaga hubungan supaya sentiasa aman dan bahagia. Salah satunya adalah memastikan ada masa untuk bersama pasangan. Tidak kira sibuk bagaimana sekali pun kena ‘curi masa ‘ bersama.
“Kadang2 aku pk, penat gila kerja cari duit. Kerja dan besarkan family mmg 1 tanggungjawab penting sebagai ketua keluarga. Tapi, kadang2 aku pk jugak, kerja rajin penat nak mati pun…dan habiskan setiap saat dengan kerja tanpa pandai curi masa berharga utk yang tersayang, bagi aku, xda maknanya hidup.
“Jadi, selagi kaki masih terdaya menapak dan berdiri, selagi ada kedrat utk kesana sini… curilah masa terbaik utk yg tersayang, yg menjadi tulang belakang dan pembakar semangat dalam apa jua kerja kita!!!
“Harap you @norziepwchappy dengan apa yg i buat utk you, walaupun i x mampu nak bawak u cuti ke USA, balik kampung pun jadilah… mana tau maybe kita habiskan usia tua kita disini? tulis Aidid di ruangan kapsyennya.
Lain orang lain cara menyimpan, lebih-lebih lagi suri rumah! Siapa kata suri rumah tak boleh ada duit sendiri? Kalau pandai simpan, bukan sikit tau jumlahnya, boleh masuk ke 4 5 angka!
Tapi mana datang duitnya tu sebab tak ada pendapatan tetap? Haaaa itulah magiknya! Sebenarnya duit itu datang dari lebihan ketika berbelanja. Nak tahu lebih terperinci, jom ikuti perkongsian dari ibu anak tiga ini, Puan Salizawati binti Saleh yang sangat beri inspirasi buat golongan ibu ini.
Apa yang penting mesti kena ada disiplin dan tak boros ketika berbelanja. Setiap hari jika dah beli apa-apa yang patut, lebihan baki tu mesti terus simpan!
Menurut Salizawati, sebelum menyimpan duit menggunakan kaedah packing kecil-kecil ini, sebenarnya dia seorang yang sangat boros. Biasalah orang perempuan jika ada duit kat tangan mesti akan ada je nak beli itu ini. Daripada membeli barang-barang yang tak penting baiklah simpan!
Jadi bermula bulan Oktober 2020, dapat idea untuk buat simpanan cara macam ni agar boleh berjimat. Sekurangnya hujung bulan bila kira duit tersebut, kita pula yang rasa teruja.
Maksud duit baki berbelanja ni adalah baki duit beli lauk, beli sarapan, beli kuih muih atau jika keluar beli makanan dengan suami, lebihan duit tu saya akan ambil dan simpan. Suami pun memang akan beribaki lebihan duit pada saya. Tak kisah RM1, RM5, RM10, atau RM20. Ikut pada nasib hari tersebut.
Apabila dah dapat duit baki belanja tersebut, akan dimasukkan dalam plastik kecil dan stapler siap-siap supaya saya tak boleh ambil dah. Sebab saya berpendapat, jika letak dalam dompet, mesti akan guna juga.
Itu sebab saya terus istiqamah buat cara stapler setiap hari supaya bila dah hujung bulan, kita buka dan kira akan rasa gembira. Setakat ini duit lebihan belanja yang saya simpan setiap bulan paling banyak dapat RM500. Paling sikit sebulan tu dalam RM300.
Hasil duit yang di simpan, saya dah boleh barang kemas dan keperluan keluarga. Memang kita nampak duit RM1 je banyak, tapi siapa sangka kan bila dah kumpul dapat beratus setiap bulan.
Dah setahun buat macam ni, memang automatik kita akan berdisiplin. Sebab kita akan tertunggu-tunggu hujung bulan untuk tutup akaun dan gunting paket plastik tersebut untuk kira.
Awal bulan saya akan buat simpanan baru pula. Begitulah seterusnya hingga hari ini. Insya-Allah mula bulan November ini, duit lebihan yang di simpan ini akan masuk dalam bank pula.
Jadi buat suri rumah jangan rasa kita tak mampu. Tak kisah ada berapa pun duit, cuba mula simpan. Sikit-sikit pun, bila lama-lama kita kumpul pasti akan dapat banyak juga. Tak perlu ikut orang, boleh buat ikut kemampuan kewangan keluarga kita.
Macam duit syiling pun, kalau tak simpan, mesti letak merata jugakan. Jadi bila dah letak dalam botol atau tabung, sedar-sedar dapat juga beratus.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.