Ibu mana yang sanggup berjauhan dan tinggalkan anak yang masih kecil kan, itulah situasi yang sedang dilalui pengacara Dayah Bakar selepas anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri, dihantar ke ‘playschool.’
Menerusi perkongsiannya baru-baru ini , isteri kepada kapten Hanif ini meluahkan rasa sedih apabila terpaksa ‘berpisah’ dengan anak tunggalnya itu.
Menurut Dayah atau nama sebenarnyaNur Hidayah Abu Bakar, perasaan sedih kian menebal bilamana mendengar tangisan Fahri yang baru sahaja dihantar ke pusat berkenaan bagi membiasakan diri dengan pengalaman baru.
“Perjalanan baru. Haritu kami hantar Fahri trial to playschool untuk beberapa hari dan hari ini adalah hari Fahri betul-betul mula. Ya Allah, tak senang ya, hati sungguh rapuh waktu hantar dia, lagi-lagi bila dia menangis,” ungkapnya lagi.
Dalam masa yang sama, bekas pengacara program bual bicara Borak Kopitiam ini turut meminta para ibu yang pernah mengalami situasi sepertinya supaya berkongsi pengalaman dan tips yang boleh digunapakai pada anak lelakinya itu.
“Tolong kongsi pengalaman ibu yang lain. Mereka cakap situasi macam ini normal untuk mula-mula, nanti akan okay.
“Semoga Fahri baik-baik sahaja. Main, belajar, berseronok, kenal kawan baru dan menyesuaikan diri dengan baik. Auntie uncle doakan juga sama-sama ya,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berkongsi tip dan pengalaman sendiri.
rubydotmy Hehehe be strong okay! Memang akan rasa macam-macam. Tapi sekolah lah bagus utk mendidik anak. Sambil ibu ayah tenang-tenang bekerja. Nanti Dayah akan happy dengan perkembangan Fahri. Pandai ABC, pandai mengira, pandai potty sendiri, jimat diaper. Hahaha. 😍
nienabaharun.nbYes, awal2 sama la mcm ni perasaan sedih sebak bila hantar anak first. Lama2 InsyaAllah anak boleh adapt & dia pun happy. 😍
nur_zumrahSamala.. tadi anta anak dia nangis terus.. aduss xkuat betul mental mana.. Semoga Allah menjaga anak2 kita❤️
ainferraDay 1 i hantar anak, i nanges dlm kete. Stay dlm kete tepi skola dlm 15 min sbb dengar anak nanges lagi. Punya la kuat nanges kan.. lepas senyap baru gerak.. itu hari pertama.. now? Dia sendiri bukak pintu kete jalan masuk sendiri siap bye bye mama dia
nurhaslinaMula2 mmg gitu dayah.. Aqeel tu pun 2minggu jugak nanges😅😅😅😅😅 kita kena kuat laa. Skang ni dh okay. Seronok dah. Lega hati mak ni nyahhhh..
Dayah dan Fahri baru kembali ke Malaysia selepas setahun menetap di Canberra, Australia kerana mengikut Kapten Muhammad Hanif yang bertugas di sana.
Untuk rekod, Dayah dan Kapten Hanif mendirikan rumah tangga pada 2018 dikurniakan cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri berusia dua tahun.
Siapa yang tak kenal dengan selebriti dan tukang masak tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan. Keletahnya ketika memasak cukup menghiburkan.
Bukan itu sahaja, Chef Wan juga cukup terkenal seorang yang sangat penyayang dan sentiasa menjaga kebajikan orang yang disayanginya terutama sekali ibunya.
Tidak hairanlah, di dalam lama instagramnya penuh dengan kisah dia dan ibu dengan pelbagai cerita. Ada yang melucukan tak kurang yang menyentuh hati.
Terbaru, Chef Wan berkongsi beberapa video bersama ibunya yang dilihat menyapu losen sambil menonton tv. Noraini Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Che Ani dijaga sepenuh masa oleh Chef Wan.
Dah tua ini semua mula kering dan gelebeh.. Tak usah kata emak…kita sendiri pun dah mengelebeh! Its the law of gravity!😂😂😂 Putih gebu kulit emak ni… Berhutung saya semasa hidup boleh saya jaga makanan minum ibu saya mau pun sapu2 kan cream mositurisor ini for her.
Jujur mengakui, setiap hati dia akan memeluk dan mencium ibunya.
Satu hari entah berapa kali saya peluk dan cium ibu saya these days. Pagi kena cium…lepas makan kena dakap to put her to bed for a nap mau pun to put her to sleep. I am sure esok bila emak tak ada lagi mesti saya merinduinya amat sangat. Each time i kissed her i kept cium dahi dia lama supaya my brain can register bau ibu saya ini. Saya takut kehilangan bau itu. Bila esok Ibu tak ada lagi harap2 saya masih boleh bau ibu saya ini sesekali untuk mengubati rindu saya nanti.
Sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-45 tahun hari ini, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memilih untuk menyambutnya di Tanah Suci Mekah bersama ahli keluarga.
Menerusi Insta Storynya, Dato’ Siti berkongsi video sedang dalam perjalanan untuk menunaikan umrah bersama-sama ibunda tersayang, anak-anak dan mak mertua serta turut serta suami kesayangannya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Tambah Siti lagi, ia menjadi impiannya sejak dulu yang mahu turut sama meraikan hari lahirnya bersama hari lahirnya ibunya pada Disember lalu.
“Perasaan rindu memanggil-manggil ke sana (Makkah). Terfikir segala persediaan sudah cukup. Inilah impian saya untuk sambut hari lahir di sana. Minta izin suami dan beliau benarkan.
“Kebetulan hari lahir ibu saya Disember lalu, ini ibarat hadiah untuknya di samping ibu mertua serta anak-anak. Itu impian 45 tahun hari lahir. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan.
“Doa yang terbaik terutama kesihatan kerana ia amat bermakna, semoga ALLAH berikan istiqamah dan perbaiki keimanan serta diri.
“Selain itu, kepada anak-anak semoga ditakdirkan yang baik-baik untuk mereka. Itu sahajalah doa mak-mak, kan,” katanya.
Siti Nurhaliza berkata demikian dalam satu majlis sidang media konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza semalam.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Setiap ibu bapa bimbang apabila anak yang memasuki darjah 1, masih tidak boleh membaca. Namun untuk atasinya perlu ada tindakan segera pada usia empat tahun. Bukan hanya meneroka persekitaran sahaja pada usia ini.
Menurut Ahli Terapi Pertuturan Bahasa, Ruby Izyan Atika Abu Bakar,realitinya, darjah 1 mesti dah boleh baca. Paling koman, boleh baca CVCV (saya suka baca buku). Tak percaya? Sila tengok buku darjah 1 murid 2017.
Tak kisahlah apa pun kaedah di Jepun, di Finland atau di Australia. Hakikatnya di Malaysia, buku teks dan buku kerja murid memang begitu. KBAT pun dah ada untuk darjah 1.
Pada saat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia (6 tahun ke bawah), nampaknya semakin ke arah naturalistik, tetapi tahap pendidikan aliran sekolah kebangsaan masih di peringkat exam oriented.
Maka tidak hairanlah apabila banyak tadika yang begitu menekankan aspek pengukukan membaca, menulis, mengira (3M). Bukan yang asas, tetapi pengukuhan.
BAGAIMANA MURID YANG BARU MENGENAL HURUF BERBANDING MURID YANG SUDAH LANCAR MEMBACA APABILA MELANGKAH KE DARJAH 1?
Sudah tentu mana-mana ibubapa tidak mahu anaknya tercungap-cungap di darjah 1, sedangkan murid lain majoritinya sudah lancar.
Siapalah kita untuk mengubah dasar negara, apatah lagi sistem pendidikan negara. Maka sebagai ibu, kita hanya boleh mengajar anak kita untuk redah saja sistem ini. Tidak kiralah aliran kerajaan atau swasta, sama saja.
Maka….persoalan seterusnya….adakah mengajar anak membaca pada usia muda, mengganggu psikologi kanak-kanak? Saya ada baca artikel yg viral baru-baru ini tentang isu psikologi ini.
Sehingga dikatakan murid yg membaca lebih awal ni, tidak meneroka…
Ini terpulang kepada kaedah yang anda guna untuk mengajar anak. Jika anda ajar sambil merotan, mencubit, suara meninggi saja….memanglah kaedah ini menekan psikologi kanak-kanak.
Tetapi jika anda guna kaedah bermain sambil belajar, maka tiada masalah. Tetapi, adakah semua ibubapa tahu kaedah bermain sambil belajar? Adakah ibubapa tahu menahan sabar untuk mengajar anak membaca sambil dia terjoget sana sini?
Maka, jika anda seorang yang baran, jangan cuba-cuba untuk ajar anak membaca. Buruk padahnya.
Secara umumnya, perkembangan bahasa pertuturan kanak-kanak berkembang pesat pada usia 0-4 tahun. Perkembangan ini merangkumi daya kognitif berikut:
– tumpuan, ingatan, kefahaman, kod bunyi bahasa, makna, penghasilan, memori, ingatan pendengaran, padanan dan sebagainya.
Ini juga adalah asas untuk kanak-kanak belajar membaca. Sama saja kemahiran kognitifnya, cuma ditambah sedikit lagi iaitu:
– persepsi visual dan eye tracking.
Dengan itu kanak-kanak boleh mengkod huruf yang dilihatnya.
Ramai ibubapa moden yang mengajar anak mengenal huruf sejak bayi. Bayi tu baru pandai duduk, si ibu tunjuk flash cards huruf-huruf.
Saya tidak kata ianya salah. Anda boleh buat jika itu pilihan anda.
Tapi saya tidak memilih jalan itu. Saya tidak pilih short-cut. Sebab psikologi kanak-kanak perlukan masa untuk berkembang. Jadi saya ikut jalan jauh.
Ibaratnya, saya menyiram benih, membajanya dan saya nak pastikan akarnya benar-benar kukuh mencengkam jauh ke dalam tanah.
Maka pada usia bawah 4 tahun (0- 3tahun 11 bulan), saya tidak memperkenalkan asas 3M kepada anak saya. Jika ada, saya hanya menyanyi atau cakap secara tidak langsung. Tiada buku ABC. Tiada flash cards. Tiada huruf magnet. Tiada puzzle huruf.
Apabila genap hari lahirnya 4 tahun, barulah saya keluarkan segala bahan mengajar ABC, 123. Pada masa itu, psikologinya telah bersedia. Kita ajar, dia serap macam span. Malah pada 1 sesi pengajaran, tak sampai 10 minit pun.
Berbalik pada topik asal, saya juga mula mengajar anak membaca pada usia 4 tahun. Saya tidaklah begitu berani untuk mula ajar pada usia 7 tahun. Ya…saya takut. Kerana saya sedar bahawa saya di Malaysia. Saya sedar sistem pendidikan di Malaysia.
Saya tak sanggup memikirkan jika anak tiada asas membaca pada usia 7 tahun….
Saya faham bahawa guru tadika dan pengusaha tadika cuba melakukan yang terbaik demi murid-murid. Saya harap guru-guru tadika juga lebih fleksibel dengan kaedah pengajaran yang digunakan. Janganlah sehingga menekan psikologi kanak-kanak.
KENAPA SAYA PILIH 4 TAHUN? BUKAN 3 TAHUN? BUKAN 5 TAHUN?
Sebab pada usia 4 tahun, kemahiran urus diri telah kukuh. Boleh ke tandas, mandi sendiri, pakai baju sendiri, makan sendiri. Maka dia lebih bersedia untuk aktiviti motor halus (pegang pensel untuk menulis).
Pada usia 4 tahun, anak sudah boleh duduk di meja kerusi dengan lebih bersedia untuk belajar.
Namun, tidak semestinya pada usia 5 tahun, anak sudah lancar membaca. Kita bukannya lumba lari, siapa sampai dulu dia menang. Kita ajar secara santai, kaedah bermain dan konsisten.
YANG PENTING PADA USIA 7 TAHUN, MASUK DARJAH 1, ANAK BERSEDIA UNTUK BACA BUKU TEKS SEKOLAH TU. BUKU-BUKU SASBADI YANG DIBERIKAN PIHAK SEKOLAH TU.
Siapa saya untuk bercakap pasal ni?
Saya Pn Ruby, ahli terapis pertuturan bahasa. Sebagai seorang yang ada latar belakang linguistik, psikologi, perkembangan bahasa dan neuropsycholinguistik, saya rasa saya juga boleh bersuara dalam isu ini.
Sumber: rubyatika.wordpress.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan beza usia 48 tahun antara Che Zainun dan Hazlan Hajar mengundang pelbagai persepsi. Ikuti kisah mereka menghadapi cabaran rumah tangga dengan kesabaran, kematangan dan saling memahami.