Siapa yang pernah makan daging harimau menangis ala Thai mesti akan terngiang-ngiang rasa kuah atau sos yang sedap cukup rasa manis masam masin pedas tu kan?

Yang mana tak pernah buat kat rumah tu, apa kata jom buat ikut resipi dari Dr Kamarul Ariffin ni. Yang mana tiada daging kat rumah, guna daging burger macam Dr ni pun boleh tau! Asal rasa sama. Haha. Jom cuba!

Tempoh hari, teringin nak makan daging bakar ala Thai, tapi malas keluar rumah. Jadi kita buat sahajalah dengan apa yang ada dalam peti ais. Bolehlah jika sekadar nak lepaskan ngidam. Haha!

Daging Burger Bakar ala Thai by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan: (2-3 orang makan)
3 keping patti burger
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula nipah / Melaka
1 ikat daun ketumbar
1 sudu besar beras sangai
2-3 ulas bawang merah ros
1 biji limau nipis
1 sudu besar empingan cili

Cara-caranya :-

  1. Sos pencicah daging bakar ni sebenarnya yang bikin kecur. Sediakan bahan-bahan. Beras disangai (goreng tanpa minyak) sehingga perang. Bahan-bahan lain dihiris halus.

2. Tumbuk beras sangai dalam lesung batu. Lepas tu, masukkan bahan-bahan ni. Masukkan sekali sos ikan, dan sos tiram. Perahkan limau nipis. Gaul hingga sebati. Kalau pekat sangat, tambah sedikit air.

3. Rasa sos ni. Perasakan ikut citarasa masing-masing. Kalau kurang manis, tambah gula atau madu. Kalau kutang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang madam, perah lagi limau nipis.

 

IKLAN

4. Ini hasilnya! Masam, masin, manis, pedas! Tengok pun dah terliur, kan? Terus jadi lapar.

5. Oleh kerana tak ada daging segar dalam peti ais, saya guna sayalah patti burger. Kalian boleh gunakan apa sahaja jenama yang kalian suka. Saya guna Dara. Boleh perap dengan sos tiram sekejap.

IKLAN

6. Walaupun nama dia daging bakar, terpulang kalian bagaimana nak masak patti burger ni. Goreng boleh. Bakar boleh. Panggang boleh. Jangan kukus pula. Itu dah jauh melencong

7. Bila dah masak patti tu, hiris nipis dan hidang dengan sos tadi! Makan begini sahaja pun jadi! Makan dengan nasi putih pun OK. Tidaklah asyik makan daging burger dengan sos cili sahaja, kan?

Sumber : Dr Kamarul Ariffin