







Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dek kerana pandemik COVID-19, operasi kantin dihentikan. Anak-anak terpaksa membawa bekal atau makan di dalam kelas.
Terbaru, pihak sekolah mengumumkan kantin kembali beroperasi.
Tertarik melihat seorang pengusaha kantin sekolah menjadikan kantin Yang diusahakannya ala-ala cafe. Bahkan, menu yang disediakan juga cukup menarik dengan pelbagai pilihan.
Antara menunya seperti nasi berlauk, hidangan barat (chicken chop, spagetti, carbonara), nasi goreng, mee goreng, minuman dan sebagainya.
Menurut Mohd Fahmi, kantin SK Taman Seri Wang, Sg Petani ini kantin ke 3 dan sebelum ini pernah mengendalikan kantin di SKM Aman Jaya, Sungai Petani dan Sek Kebangsaan Pauh Jaya, Pualau Pinang.
“Tercetusnya idea ini kerana saya bermula dengan membuka cafe di Puncak Alam, Selangor. Apabila berhijrah ke negeri kelahiran, saya mendapatkan tender untuk menjadi pengusaha kantin. Dari situlah saya cuba untuk lakukan dan jayakan sebuah kantin sekolah menjadi ala cafe,” katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam pengusahaan ini.
“Kami bermula sewal jam 5.30 pagi dan mempunyai seramai 11 orang pekerja termasuk seorang chef yang kreatif.
“Kebanyakan pekerja saya terdiri daripada ibu tunggal, B10 dan anak yatim. Dari sinilah saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Kita jangan kedekut untuk bayar gaji pekerja. Kerana mereka jugalah kita, pelbagai menu dapat disediakan,” katanya.
Mohd Fahmi juga memiliki perniagaan makanan di Jeniang, Kedah iaitu Restoran Nasi Kukus Ayam Cincang dan Manggo Shake yang sangat popular di situ.
Bagi memastikan kantin sekolah seperti ini, dia sanggup membuat ‘full renovation’ termasuklah dekorasi bilik makan guru dan tempat makan. Lebih membanggakan, segala pengubahsuaian ini menggunakan kos dia sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
“Malah, idea untuk membuat pengubahsuaian kantin ini kerana murid sekolah ini ramai dan ia memberi semangat untuk jadikan kantin lebih baik. Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting,” katanya yang telah berjaya menjadi Johan Kantin Terbaik Kebangsaan pada tahun 2019.
Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.
“Jangan buat perbandingan. Baik sekolah bandar atau kampung, boleh saja buat cara ini. Nak seribu daya. Jangan anggap kantin yang kita usahakan itu hanya sekadar untuk cukup makan dan pendapatan yang biasa-biasa saja,” katanya yang mahu ubah dari biasa kepada luar biasa.
Sumber: mingguan wanita
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Siapa yang suka masak ikan cencaru sumbat mesti faham bagaimana rupanya minyak akan bertukar hitam bila menggoreng ikan tersebut. Maklumlah kebiasaannya ramuan kisar yang disumbatkan ke dalam ikan cencaru akan terkeluar ketika digoreng dan ini menambahkan lagi minyak yang dimasak akan menjadi ‘kotor’ dengan bahan kisar tersebut.
Untuk digunakan lagi minyak tersebut memang terasa tidak bersih pula. Namun sebagaimana perkongsian puan Ariza Kak Chik yang menggunakan air bancuhan tepung jagung untuk mengurang minyak menjadi terlalu hitam. Katanya petua ini di didapati daripada TikTok yang menggunakan nama Richard Is Cooking.
Ikuti petua yang telah dicuba oleh wanita ini. Memang menjadi!
Pernah jadi masalah macam ni tak bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang-kadang untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru.
Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dengan guna 3-4 sudu besar tepung jagung yang ditambah dengan air.
Kemudian tuang air tepung jagung dalam minyak yang hitam tadi. Nanti minyak akan jernih semula dan dapat goreg ikan yang seterusnya.
Baca artikel menarik lain di sini:
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Sardin tin biasanya dikaitkan dengan menu yang mudah, cepat dan sedap. Jika dahulu ibu-ibu hanya membeli di kedai tetapi kini semua orang dah mampu buat sardin sendiri dengan menggunakan ikan segar.
Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan
santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group
