Tengok orang tanam sayur nampak best je kan. Lagi-lagi bila dapat tuai hasilnya. Tersenyum lebar bila dapat rasa hasil titik peluh sendiri kan.
Bagi yang nak belajar tanam sayur sawi sendiri, jom cuba cara yang dikongsikan ini. Cara yang mudah, malah hasilnya dapat sawi yang segar, cantik, bersih dan selamat. Nama pun organik kan. Biasa beli di pasar, sawi nampak layu. nak beli pun was-was kan.
Jom cuba tanam sawi dengan kaedah yang dikongsikan oleh Nur Zaliana. Moga bermanfaat!
Saya share cara saya tanam sawi secara organik,Atas batas direct matahari. #Tanaman2019
Cara tanam:
Sediakan batas panjang 5m lebar 1m. Gembur,masukan tinja ayam proses setengah guni (15kg) nak tambah kompos daun2 kering pun boleh peram 2minggu.sementara tunggu benih cukup usia untuk di pindah tanam.
Benih sawi hijau caisim yang berusia 12HSS sedia pindah tanam(saya tabur atas tanah terus direct matahari). buat lubang antara tanaman dengan jarak 5cm /pokok.Tanam sampai habis lepas tu siram.
Ads
4 hari setelah pindah tanam, tanam bulan lepas hari2 hujan jadi tak siram sayur. Cuma pastikan kawalan serangga guna Neem oil /cuka kayu.
Usia 2minggu,cabut rumput dan membaja. Saya guna tinja ayam sahaja. Kawalan serangga guna Neem oil/cuka kayu.
Usia 3 minggu sayur sawi nampak sekata. Stop membaja Kawalan serangga guna Neem oil /cuka kayu.
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terasa nak buat kek petang ni? apa kata cuba Kek Nestum gebu yang sedap ni. Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga nanti.
Cara buat cukup mudah dengan menggunakan sukatan cawan je. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Jom ibu-ibu kita cuba, lihat menjadi tak kek viral ni.
Betul² sedap.. Rasa lemak² dia pada nestum.
Kek Nestum Gebu viral
Bahan-bahan
200g majerin dalam secawan(tgk cawan jugak nak tepat pakai timbang)mak pakai cawan minum kopi je
150g gula perang dalam 1 cawan lebih sket
sedikit esen vanila
50g nestum original atau 2 peket yg mcm gambar tu
3sb susu pekat
160g tepung naik sendiri dalam 1 1/2 cawan
telur 5 biji
kacang pecan atau sukati ko nak letak ape atas die
Cara membuat:
dah siap memang gebu mmg sedap. Memang laku keras kalau buat jualan.
Boleh dikatakan bab menasihati anak-anak ini, kita sebagai ibu ayah tidak pernah penat untuk bercakap tentang hal ini. Kalau boleh 24 jam sehari ada sahaja nasihat yang ingin kita berikan. Ada sahaja yang ingin kita betulkan setiap tindak tanduk anak-anak kita, semua untuk kebaikan mereka juga.
Pun begitu, sedihnya anak-anak sering pula menganggap apa yang kita ucapkan sebagai satu bebelan semata-mata. Langsung tidak terkesan di hati. Usaha kita ibarat mencurah air di daun keladi.
Jadi bagaimana harus kita lakukan?
Untuk itu ada baiknya kita baca perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, daripada Parent Connect Consultancy untuk info bersama.
“Mama tak marah! Mama cuma nasihat!”
Itulah skrip biasa yang sering kita dengar atau kita sendiri yang sebut dengan suara tinggi ketika mendepani kerenah anak.
Selalunya waktu anak pecahkan pinggan, anak sepahkan mainan, anak bangun lewat, anak melawan cakap, anak khusyuk bermain ‘game’, anak berkelahi, anak berlama-lama dalam bilik air, anak buang masa, anak malas, anak degil, anak protes dan sebagainya, itulah juga waktunya kita hendak memberi ‘tazkirah’ kepada anak.
Niat memberi nasihat itu akhirnya bertukar menjadi bebelan, menjadi ugutan, keluar ungkapan tidak enak, dan lebih parah lagi menjadi episod jawab menjawab dengan anak.
Nasihat akhirnya menjadi ungkapan kosong masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Buang masa dan buang tenaga.
Nasihat harus sampai ke hati terlebih dahulu, barulah otak akan mula berfungsi untuk memikirkan kesan dan akibat sesuatu perbuatan.
Anak tidak akan dapat menerima nasihat pada bila-bila masa. Ada waktunya keadaan fizikal, mental dan emosi anak tidak bersedia untuk menerima nasihat ataupun terlalu terbeban dengan perkara lain walaupun kita bersemangat memberi nasihat.
BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENASIHATI ANAK?
Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid dalam buku Prophetic Parenting mencadangkan 3 waktu yang paling efektif dan paling sesuai untuk menasihati anak. Satu lagi adalah cadangan saya sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
4 waktunya adalah:
1. WAKTU MAKAN
Sekurang-kurangnya sekali sehari duduklah bersama-sama menikmati hidangan sekeluarga di meja makan. Inilah masanya kita mendengar cerita anak-anak tentang hari yang dilalui mereka. Inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau secara tidak langsung. Ketika kita mendengar dan bercerita, selitkanlah nasihat dan panduan sebagai pedoman untuk anak-anak.
Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab menyuap makanan, adab berdoa, adab bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, adab berbicara dan adab mendengar.
Waktu makan adalah waktu santai. Kata orang, kenyang perut senang hati. Apabila hati senang, nasihat dan panduan pun mudah sampai ke dasar hati.
Oleh sebab inilah adalah merugikan sekiranya waktu makan dijadikan waktu untuk anak melayan gajet atau sambil menonton televisyen. Jika kita terlepas peluang untuk memberi nasihat pada waktu ini kerana gajet, mungkin kita juga akan terlepas peluang pada waktu lain. Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.
2. WAKTU DALAM PERJALANAN
Kehidupan moden adalah kehidupan yang terkejar-kejar. Keluar rumah awal pagi, pulang ke rumah setelah tiada matahari. Beruntunglah mereka yang boleh bekerja masa fleksi.
Sebenarnya waktu yang singkat dan terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak dari sekolah merupakan waktu yang efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar. Nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah dihadam berbanding nasihat yang penuh berfalsafah.
Dalam perjalanan ke sekolah nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bersama guru, bersama rakan-rakan dan juga terhadap orang sekeliling. Nasihat anak supaya gigih berusaha. Sesuatu insiden atau kejadian di luar kenderaan juga boleh dijadikan modal untuk menasihati anak, supaya anak peka dan cakna dengan keadaan sekeliling.
Di samping bersantai mendengar lagu-lagu di radio, pilihlah juga saluran radio yang bermanfaat, yang boleh dijadikan modal perbincangan bagi menjana minda anak-anak.
Seperti bait lirik nasyid oleh kumpulan Raihan
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”
Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pula, dengarlah cerita anak tentang sekolah, tentang guru, tentang rakan-rakan anak dan juga tentang tugasan sekolah agar kita faham dan terlibat dengan persekolahan anak. Apabila kita mendengar dan faham, anak akan lebih terbuka untuk bercerita dan kita juga lebih berpeluang untuk memberi nasihat.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidhi pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang berusia belasan tahun ketika itu secara santai ketika Ibn Abbas menunggang unta (kenderaan) di belakang Rasulullah SAW. Nasihat Baginda, “Jagalah agama Allah, nescaya Allah menjagamu”
3. WAKTU MAIN BERSAMA
Kita biasa mendengar, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun.
Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bermain dengan anak ketika usia awal akan mempermudahkan kita untuk mendisiplinkan anak kemudiannya.
Bermain bersama-sama anak ketika mereka kecil, ketika membesar dan juga ketika remaja bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan fizikal anak, malah ia juga membentuk keperibadian positif anak.
Ibubapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli.
‘Involved parents are caring parents’.
Setiap permainan mempunyai peraturan dan strateginya. Setiap permainan mempunyai pemikiran dan emosinya. Inilah waktu yang terbaik untuk menasihati anak tentang asam garam kehidupan, tentang kawalan emosi, tentang interaksi sosial, dan tentang keperibadian dan tingkah laku.
Bermain ‘game’ bersama-sama dengan anak lebih bermanfaat berbanding membiarkan anak mengadap ‘game’ di skrin berseorangan. Apabila ‘bonding’ diwujudkan antara ibubapa dan anak ketika bermain bersama-sama, anak lebih terbuka untuk menerima sebarang nasihat mahupun teguran. Inilah yang memudahkan kita untuk mendisiplinkan anak.
4. WAKTU ANAK SAKIT
Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melunakkan hati orang dewasa yang keras apatah lagi hati anak-anak yang masih lembut dan lebih mudah menerima. Lumrahnya apabila sakit anak-anak menjadi lebih ‘clingy’ dan lebih inginkan belaian dan perhatian daripada ibubapa. Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan. Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang dengan anak untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila anak sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaan anak.
Usahlah diberikan nasihat yang tidak sihat di kala anak sakit seperti
“Itulah tak dengar cakap Mama, kan dah sakit. Kalau dengar cakap taklah jadi macam ni.”
Ataupun
“Inilah balasan sebab berdosa dengan ayah semalam.”
Anak yang sakit bertambah nazak jadinya dengan kata-kata yang menghukum dan tidak berasas sedemikian.
Dalam buku ‘Prophetic Parenting’ ada diceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdakwah kepada pembantu Baginda yang berbangsa Yahudi ketika Baginda SAW menziarahinya yang sedang sakit.
Begitulah antara waktu-waktu efektif untuk menasihati seorang anak.
Setiap anak menerima nasihat pada waktu yang berbeza-beza mengikut keperluan, keupayaan dan kematangan masing-masing. Carilah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat agar nasihat itu meresap ke jiwa anak dan tidak menjadi seumpama menyimbah air ke daun keladi.
Sempena ulang tahun perkahwinan keempat, Mawar Rashid dikejutkan dengan hadiah yang diimpikan selama ini. Isteri kesayangan Raf Yaakob ini menerima sebuah rumah baru yang menjadi idamannya sejak dahulu lagi.
Lebih membahagiakan apabila hadiah itu datangnya dari hasil titik peluh mereka dalam industri hiburan mahupun perniagaan selama ini.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri itu Wan Abdul Rashid berkongsi kegembiraan tersebut di laman instagramnya semalam.
Dalam perkongsian tersebut, Mawar memuat naik satu video yang menunjukkan dia dibawa oleh suaminya ke sebuah rumah dan turut dihadiahkan sejambak bunga.
Happy 4th anniversary aaaabang 🤍 Thank you buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abg akan buat surprise macam ni. Sgt2 meaningful 😭 Ada hikmah rumah yg dulu bukan rezeki kita, Anje lagi happy dapat beli rumah yg ni sebenarnya sebab rumah ni hasil titik peluh kita berdua. Kita je faham betapa struggle nya kita, keje siang malam, ups & down kita, struggle nk bahagikan masa lagi, struggle benda lain lagi🥺 tapi Syukur Alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kitee ❤️
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini, kejutan tersebut mengingatkan dirinya tatkala dilamar suami pada 2017 dalam suasana penuh romantis dimana Raf melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin.
Anje appreciate sgt effort abang. Thank you abg buat Anje happy sgt2. Kenangan yg Anje tak kan lupa. Abg ni romantic betul dari dulu sampai sekarang tak brubah. Anje mcm biasa la. Akan speechless sebab terkejut plus happy. Dulu tu masa propose mmg la sweet tapi Anje cam tak de perasaan sgt, dia cam blur2 sbb baru kenal abg beberapa bulan kn.
Tapi surprise yg ni perasaan Anje tak macam dulu, sekrang ni dia cam feeling lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abg.. kita pun dah go through macam2 together..
I just want you to know that I Love you so much and I wanna grow old with you. Thank you sbb sentiasa nak jadi suami, ayah dan insan yang terbaik to all of us ⚜️❤️⚜️ @rafyaakob
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.