Di samping nak makan makanan yang enak, pastinya anda mahukan makanan yang selamat dan berkhasiat untuk tubuh badan. Sosej antara makanan segera yang paling digemari ramai terutama kanak-kanak.
Kali ini, dengan resipi yang dikongsikan oleh @lovelittletummy anda boleh buat sendiri sosej di rumah dan pastinya dijamin selamat dimakan oleh kanak-kanak. Bukan itu sahaja, sosej homemade ini juga sangat menjimatkan dan paling penting memang sedap.
“Comfirm sedap comfirm sihat. Untuk anak 2 tahun ke atas boleh tambah garam ya. Boleh makan satu family,” kongsinya.
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kek memang jadi satu kemestian buat kita di bulan Syawal. Namun kos kek yang bukan sedikit memaksa kita untuk memilih kek yang sederhana kosnya untuk disajikan kepada tetamu.
Tapi dengan kek tiga bahan ni masalah kos boleh diselesaikan dengan mudah, malah anda dapat sajikan kek yang istimewa lagi sedap kepada tetamu dengan mudah. Nak buatnya pun cukup senang.
Kek Keju tiga bahan ni dikongsikan oleh Nurul Ain Ridzwan. Memang mengagumkan dan jimat. Nampak rupa pun awesome. Jom cuba!
*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
Caranya:
Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.
1. Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
2. Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
3. Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
4. Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
5. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
6. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).
Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.
Cara bakar secara ‘waterbath’.
Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
7. Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.
8. Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.
Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.
Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!
Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?
Selamat mencuba.
Kredit: Nurul Ain Ridzwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sediakan Sajian Seimbang Untuk Keluarga, Rupanya Itu Tanda Luahan Sayang Mak-mak!
Kasih sayang dari seorang ibu itu cukup luas, bukan sahaja dizahirkan dengan belaian dan perhatian kepada anak-anaknya malah melalui masakan yang disajikan juga jelas mencerminkan betapa nurani seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarganya.
Apa tidaknya, lihat sahaja setiap hidangan yang dimasak akan dipastikan mempunyai rasa yang enak agar seisi keluarga makan berselera. Bahkan tidak dinafikan bermula daripada pemilihan bahan masakan sudah dapat dilihat betapa seorang ibu itu teliti memilih bahan masakan yang segar dan berkualiti.
Ini penting bagi memastikan setiap nutrisi yang diperlukan tubuh dapat dibekalkan kepada keluarga tercinta. Lagi pun, bukankah apa yang kita makan hari ini akan menjadi penyumbang utama kepada tahap kesihatan kita di masa akan datang?
Jadi tidak hairanlah seorang ibu begitu mengambil berat soal pengambilan makanan sihat dan seimbang untuk keluarga tercinta.
Sajian Seimbang Tanda Sayang
Menyentuh tentang menyediakan hidangan yang sihat untuk keluarga, MAGGI baru-baru ini ada melancarkan kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” untuk menggalakkan para ibu di Malaysia supaya menyediakan hidangan masakan sendiri dengan kos efektif dan enak.
Percaya atau tidak, hanya dengan menggunakan mi MAGGI apabila ditambah dengan bahan-bahan yang lainnya daripada sumber protein dan sayur-sayuran akan dapat menghasilkan hidangan yang seimbang.
Ini sebagaimana diilhamkan berdasarkan kepada Panduan Pinggan Sihat Malaysia (Malaysian Healthy Plate, MHP) yang diutarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ianya merupakan panduan visual bertujuan membantu orang ramai merancang pengambilan makanan mereka bagi mencapai hidangan yang seimbang – terdiri daripada ¼ pinggan berisi sumber karbohidrat seperti mi, nasi, roti, bijirin; ¼ pinggan berisi sumber protein seperti telur, tofu, daging, makanan laut malah sumber protein berasaskan tumbuhan; dan ½ pinggan berisi sayur sayuran atau buah-buahan.
Diperbuat Daripada 100% Gandum Australia
Mi segera MAGGI yang diperbuat daripada 100% gandum Australia adalah sumber karbohidrat dan protein yang baik, dan dihasilkan di bawah proses pembuatan yang ketat. Mi segera MAGGI juga menawarkan pelbagai perisa yang lazat termasuk Kari, Ayam, Tom Yam dan Asam Laksa, di mana perisa kari MAGGI diperbuat daripada adunan 12 jenis rempah yang terpilih yang dimasak perlahan-lahan sehingga pecah minyak untuk mengeluarkan rasa dan aroma khas, iaitu rasa kari MAGGI yang tersendiri.
Jika anda buntu untuk membuat pilihan dalam menyediakan menu mi segera MAGGI yang kaya dengan khasiat, apa kata anda cuba menu yang satu ini terlebih dahulu; Mi MAGGI Kari Minang Negeri Sembilan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...