
Bila mempunyai anak-anak tentu ibu ingin menyediakan masakan yang berkhasiat buat anak. Oleh itu, ramai yang suka memilih buat secara homemade apa sahaja menu yang mudah untuk ahli keluarga.
Perkongsian oleh Masriza Basri, sungguh bermanfaat untuk kita mencuba kentang goreng homemade ni. Confirm tak ada bahan awet.
Kentang goreng simple rangup diluar, lembut di dalam ~ macam kentang McD
Kali kedua buat kentang goreng homemade untuk difrozenkan… Anak saya suka sangat. Buat banyak-banyak setiap kali dia nak senang sebab dh ada dalam peti ais, tinggal goreng je balik.
Yang penting berbaloi buat sendiri fries untuk anak dan nak bagi anak makan tanpa was-was dan sedap
Resepi cara saya ??
? Kentang potong jejari dan rendam dalam air + cuka – ikut suka nak rendam berapa lama, agak2 jer. Cuka pun agak-agak jer… ?
✅ Option satu :
Toskan dan gaul ngan tepung bestari yang original, nak pedas guna yang pedas, sampai semua kentang bersalut dengan tepung. Anak saya tak suka pedas…
✅ Option dua :
Kalau tak nak guna tepung bestari boleh guna tepung gandum campur tepung beras macam kita nak buat bancuhan goreng pisang. Jangan lupa letak juga garam sikit dan lada sulah… jangan bayak sangat, nnt pedas
Bila semua dh bersalut tepung, bolehla mula menggoreng .
Boleh frozen
Kalau nak buat frozen, goreng sekejap jer lepas tu angkat dan tos minyak dia. Biarkan sejuk dulu…
Dah sejuk boleh masukkan dalam beg zip lock dan simpan dalam peti ais.
Bila anak nak makan boleh keluarkan kejap, pastu goreng sampai kekuningan.
Gerenti sedap!!! Mama goreng sikit, anak suh goreng lagi sebab tak cukup.
Selamat mencuba!
Suami Tak Ucap Hari Lahir Punca Eina Azman Menangis Tempoh Hari! “You Buat I Overthinking..”

Sebelum ini, pelakon tinggi lampai, Datin Paduka Eina Azman ada memuat naik Insta Story gambar dirinya menangis tanpa menjelaskan puncanya. Perkara itu telah menimbulkan tanda tanya orang ramai terhadap aktress jelita tersebut.
Namun, akhirnya teka teki kepada punca Eina menangis telah terjawab apabila suaminya tak semena membuat kejutan sempena hari jadi isteri kesayangannya itu ketika Eina sedang membuat siaran langsung di Tiktoknya.
Menerusi rakaman video, Eina dilihat baru saja melancarkan produk keluaran terbaru pada malam Jumaat yang dihoskan oleh Didie Alias. Ketika ‘soft launch’, suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah hadir membawa jambangan duit RM100 yang tidak dapat dipastikan jumlah sebenar.
Eina yang terkejut dengan kejutan itu mengalirkan air mata gara-gara ‘prank’ yang dibuat suami.
Kata pemilik nama Ainur Syakina Azman, dia menjadi terlalu banyak berfikir selepas suaminya tidak memberi ucapan selamat hari lahir pada 13 Mac lalu dan turut mengakui kes penyondol yang makin berleluasa juga menjadi punca timbulnya perasaan risau.
“Malu sayang. You buat I overthinking. Nowdays kan banyak kes (penyondol). Pertama kali dia buat tak tahu dengan saya, tak wish birthday.
Saya tak nak semua ini (jambangan duit). Saya nak dia wish, nak dia jadi normal. Orang kan selalu kata, bila suami dah tak ucap apa-apa dia dah lain.” katanya dalam siaran langsung di Tiktok.
Dalam pada itu, Kaiser turut meminta maaf kerana tidak menyangka kejutan itu telah membuatkan hati isterinya terguris.
“Saya nak buat kejutan untuk dia, saya tak nak orang tahu. Ini kali pertama dia bekerja pada hari ulang tahunnya. Sebelum ini tak pernah.
“Sorry sayang. I want to surprise you. Never forget your birthday. I love you so much” balas suaminya.
@chienta_sayang4 KenaPrank #einaazman #sakaputihgebu #einaazman #fypシ゚viral #lounching #chantiqrich#prank ♬ original sound – chienta_arjuna
Sebelum ini, Eina juga berkongsi ayat berkaitan ‘menghargai’ seseorang dalam hantaran yang berbeza di Instagram.
Terdahulu, Eina berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak kembar iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey, 6.
Sumber: TikTok
“Merangkak Baca Al-Quran, ‘Double’ Kita Punya Pahala” Lisa Surihani Kongsi Kekal Istiqamah

Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, dan kita sebagai hambaNya harus mencari bukan menanti hidayah itu. Nak berubah tu mungkin mudah, tetapi nak istiqamah tu kadang ada yang gagal untuk kentalkan diri.
Penghijrahan yang dilakukan oleh pelakon jelita, Datin Lisa Surihani sememangnya memberi inspirasi pada orang ramai. Lebih-lebih lagi sekarang ini penampilannya yang menutup aurat dengan sempurna sememangnya menjadi ikutan orang ramai untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Baru-baru ini, seorang pengguna laman Tiktok, @pendosahijrahhh berkongsi video Lisa berkongsi beberapa rahsia untuk kekal istiqamah dalam sebuah program temu bual.
Menurut pelakon filem ‘Istanbul Aku Datang’ itu, seseorang perlu menjaga solat dan sentiasa membaca Al-Quran untuk terus istiqamah demi menjadi muslim atau muslimah yang lebih baik.
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia turut menegaskan sunnah perlu dilakukan dan apa yang paling penting, persekitaran kita perlu dalam keadaan baik yang boleh membantu untuk berubah ke jalan Allah.
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Anatara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.
@pendosahijrahhh semoga Allah permudahkan utk kita semua istiqomah, Allahumma aamiin🤲🏻😭❤️ #lisasurihani #muhasabahdiri #majlisilmu #fakirilmu #pendosa ♬ original sound – Daniesh Suffian
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih kepada Lisa atas perkongsian dan nasihat yang diberikan yang telah memberikan semangat kepada insan yang mahu berubah. Malah, netizen terutamanya dalam kalangan wanita berharap agar perubahan yang dilakukan oleh mereka sentiasa dipermudahkan dan kekal istiqamah sampai bila-bila.
Sumber: TikTok @pendosahijrahhh
Siapa Kata Susah Bawak Anak Autisme Naik Pesawat? Mereka Dapat Layanan VIP KLIA Terminal 1 dan 2, Siap Ada Bilik Terapi Sensori

Menjaga anak yang menghidap autisme bukanlah suatu tugas yang mudah lebih-lebih lagi anak-anak ini perlukan pengawasan rapi dari penjaga. Keselamatan mereka juga merupakan faktor yang sangat diutamakan memandangkan kanak-kanak ini mungkin akan bertindak di luar kawal dan agak sukar mengawal pergerakan dan emosi mereka.
Bagi penjaga pula, anda memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjaga serta mengawal pergerakan mereka lebih-lebih jika ada yang bertindak agresif.
Oleh sebab itu, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini, jarang membawa anak-anak mereka menaiki pesawat. Bimbang akan mengganggu penumpang lain dan mungkin kesabaran teruji jika kerenah mereka berlebihan.
Ini adalah kerana anak-anak autisme ini sukar untuk melalui sesuatu yang berbeza daripada rutin harian mereka dan akan cepat meragam jika berlaku perubahan dalam kehidupan mereka lebih-lebih lagi jika ianya drastik dan sangat asing bagi mereka.
Namun kini anda tidak perlu lagi risau, seorang wanita bernama Zinnirah Ajman yang kerap berkongsi ilmu keibubapaan di TikTok mendedahkan satu tip berguna untuk membantu membawa anak autisme berjalan-jalan.
Ternyata ketika di KLIA Terminal 2, ada disediakan satu program yang dinamakan sebagai Butterfly Lanyard.
Dalam program ini, ketika mendaftar di kaunter khidmat pelanggan di tingkat lima KLIA 2, anak-anak autisme akan diberikan satu tali tag nama yang membenarkan mereka menerima layanan istimewa di lapangan terbang.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
“Waktu saya nak naik penerbangan ke Sabah, saya cadang nak guna Butterfly Lanyard ni untuk anak saya yang autisme. Tiada bayaran dan free of charge. Ada available di KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.
“Program ini sangat membantu dan memang function sebab kanak-kanak autisme ni mereka tak boleh menunggu lama, nanti mereka akan mula meragam.
“Butterfly Lanyard ini akan berikan VIP access kepada anak kita, macam fast lane untuk mereka naik flight, express je rasa semuanya.
“Program Butterfly Lanyard bukan di bawah kendalian mana-mana syarikat penerbangan, ia adalah satu inisiatif di bawah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Berikut adalah beberapa kemudahan dan kelebihan yang diperoleh melalui program Butterfly Lanyard.
1) Daftar masuk bagasi anda di kaunter dengan lebih pantas
Ketika beratur di barisan untuk mendaftar masuk bagasi ke dalam pesawat, mereka yang mempunyai Butterfly Lanyard akan diberikan keutamaan.
Masa akan banyak dijimatkan dan keluarga yang mempunyai anak autisme akan dapat ke kaunter dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu lama.
2) Akses ke Bilik Terapi Sensori
Sementera menunggu untuk menaiki kapal terbang, mereka yang mempunyai Butterfly Lanyard boleh mengakses Bilik Terapi Sensori (sensory room).
Di sini mereka boleh bermain-main untuk mengisi masa lapang, Bilik Terapi Sensori boleh membantu kanak-kanak untuk menenangkan diri sebelum menaiki pesawat.
3) Penyediaan kereta buggy untuk ke pintu pelepasan
Sesiapa yang mempunyai Butterfly Lanyard tidak perlu risau untuk berjalan jauh ke dewan pelepasan kerana mereka sekeluarga boleh menaiki kereta buggy.
Satu kemudahan yang sangat membantu untuk mengelakkan si kecil dari tiba-tiba meragam kerana kepenatan.
Selepas ini jika anda hendak menaiki pesawat di KLIA atau KLIA 2 bersama anak-anak autisme, jangan lupa untuk memohon Butterfly Lanyard.
Semoga perjalanan anda akan lebih mudah dengan menggunakan kemudahan ini dan anak-anak gembira menikmatinya.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club