Adat memiliki anak-anak kecil, meskipun telah dipesan berulang kali agar menjaga kebersihan,namun sisa makanan yang tercicir pasti tetap ada didalam kereta. Perkara ini sekaligus mampu mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas.
Geram melihat kemunculan kehadiran serangga perosak ini, kami kongsikan cara mudah untuk memerangkap lipas-lipas kecil yang berkampung di dalam kereta anda hanya dengan menggunakan dua bahan.
BAHAN-BAHAN:
3 senduk minyak masak terpakai
2 sudu kecil marjerin/ Planta
Ads
1 sudu kecil susu pekat
CARA MEMBUAT:
1) Sediakan bekas plastik kosong yang sudah tidak digunakan lagi.
Ads
2) Masukkan minyak masak terpakai atau minyak masak yang telah digunakan didalam bekas plastik tersebut. Tidak perlu membazir menggunakan minyak masak yang baru.
3) Kemudian, campurkan pula dengan Planta atau majerin.
Ads
4) Setelah itu, tambahkan dengan sedikit susu pekat.
5) Letakkan bekas campuran minyak tadi di mana-mana yang anda rasa berpotensi untuk menangkap lipas, seperti bawah tempat duduk kereta.
Tip Ekstra: Seeloknya letakkan bekas tersebut pada waktu malam dan biarkan semalaman, ketika kereta tidak digunakan dan lihatlah hasilnya pada keesokkan hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diuji dengan kehidupan yang mencabar dari satu masalah kepada masalah yang lainnya, bukan semua mampu melaluinya dengan tenang.
Pun begitu melalui kisah hidup seseorang ini yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, nyata jiwa dan semangat kental yang dimiliki oleh pesakitnya itu adalah wujud dari sokongan ahli keluarganya. Ini sekali gus menjadikan setiap ujian dapat ditempuh dengan tenang.
Semoga kita juga boleh ambil semangatnya untuk kita semua lebih tabah mendepani ujian yang mendatang di tahun 2021 yang cukup mencabar ini.
Ini perkongsiannya.
Di klinik, datang seorang brader ni. Masa masuk bilik konsultasi, nampak dia ceria sahaja. Datang pun hanya kerana nak ubat gatal-gatal.
“Gatal dekat mana?”
“Dekat sini, doktor,” katanya sambil singsing kedua-dua belah seluar hingga ke paras bawah lutut. Kemudian dia tunjuk kaki dia ada ruam dan kudis. Ada juga calar balar.
“Ni kena luka-luka ni?” soal saya ambil belek-belek kulit di kakinya.
“Ni? Kena masa banjir hari tu. Redah seluar apa semua. Nak selamatkan kambing.” kata dia.
“Bagus betul. Kambing pun awak tolong.”
“Itulah. Sebenarnya, itu je harta yang saya ada.” katanya.
Bermula di situ, dia buka kisah tentang dirinya. Semasa PKP pertama tempoh hari, dia kehilangan kerjanya. Bukan dibuang kerja, tetapi syarikat majikannya gulung tikar. Ada dapat pampasan sedikit.
Oleh kerana sukar dapat kerja, dia pun kumpul duit yang ada untuk beli beberapa ekor kambing untuk mulakan ternakan kambing di tanah pusaka bapanya. Mulanya, semua nampak OK. Namun, sepantas kilat, semua berubah.
Dia ingat 2020 dah mencabar. Hilang mata pencarian yang telah lama dikerjakannya. Terpaksa gadai semua yang ada nak jadi penternak dan pengusaha sayuran. Tiba-tiba datang pula 2021 membawa bah. Habis semua musnah.
Reban kambing roboh, kambing-kambing pula hanyut di bawa arus. Tak tahu apa nasib mereka. Kebun sayur pun dah tenggelam, dan selepas surut, ditimbus selut yang hingga tenggelam buku lali. Duit dah habis, harta musnah, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia.
“Kecuali satu sahaja, doktor!”
“Apa dia?” tanya aku.
“Keluarga saya!”
Nampak senyuman di wajahnya.
“Itu adalah motivasi saya untuk terus berjuang. Selagi sihat, selagi tangan dan kaki ni boleh gerak, selagi tu saya usaha cari rezeki untuk dia orang.” kata dia lagi sambil kedua-dua tangannya dikepalkan.
Kental brader ni. Berdasarkan cerita dia tadi, boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Kekal bersemangat. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baharu sahaja diumumkan. Demi kelangsungan hidup keluarga dia.
Saya yang masih ada simpanan, masih ada pekerjaan, ni pun sebenarnya dah rasa risau dengan keadaan kita pada masa ni. Dah goyang, kata orang. Saya tak tahu jika saya diuji dengan dugaan yang dihadapi oleh brader ni, bolehkah saya kekal optimistik macam dia.
Semoga brader ni dikurniakan kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan seperti dia ni. Semoga dugaan ini cepat-cepatlah berlalu.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang suka dan mengkagumi hubungan antara mak mertua dengan menantu ini. Malah,ada antara netizen yang meluahkan betapa beruntungkan memiliki ibu mentua seperti Bonda Rozita.
Beliau bukan sahaja prihatin, bahkan tidak lokek dengan kasih sayang. Sifat penyayangnya jelas terpancar ketika menantunya Datin Seri Shahida berada di dalam pantang.
Itu turut diakui sendiri Datin Seri Shahida menerusi kapsyennya di dalam instagram semalam.
Mula2 kahwin rasa takut sbb saya pekerja dulu…..staff lain kata mak mertua saya ni garang….tapi dah lama tinggal bersama saya faham dia bukan garang tapi sangat tegas dan mendidik orangnya.
“penyayang walaupun kadang x tunjuk…..tapi baik sangat x pernahburukkan menantu dekat orang…kalau ada silap dia cakap secara terus terang…jaga dan sayang kita mcm anak sendiri.
‘Sampai beranak pun mak mertua saya temankan…paling best dia mesti menangkan saya kalau saya bergaduh dgn anak dia yg mereng ni kan.
Dalam sesebuah rumah tangga, suami menjadi ketua keluarga manakala isteri pula membantu. Tugas mencari nafkah semestinya terletak pada ketua rumah tangga.
Bagi Ozlynn atau nama sebenarnya Roslinawaty Ismail, bab belanja dapur semestinya terletak di bahu sang suami. Dia yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio terkenal, johan bersyukur kerana suami tidak culas dengan perkara tersebut.
Dalam perkongsiannya di instagram, dia mengakui suaminya tidak lokek bab berbelanja untuk keluarga. Malah, menuruti permintaan isterinya ketika membeli barangan keperluan dapur.
Hari jumaat utk suami bersedekah pada keluarga.. ni tips utk kaum hawa ye.. boleh guna pakai idea nih.. yg mane laki asik nak ngelat jek beli brg dapur atau bayar bil.. haaaa gunakan kuasa ari jumaat mcm nih..
“sblm depa pi ready solat.. bg dorg buat amal dulu🤣🤣 .. mekasih suami.. moga Allah limpahkan lagi rezeki buat u.. yg nak melantak pun u.. yg nak pakai pon u.. so hadap yek,” tulis Ozlynn di kapsyennya.
Walaupun perkongsian tersebut nampak lucu dan menghiburkan, tetapi yang pasti, Johan adalah suami yang prihatin dan menghargai isteri serta keluarganya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.