Mudahnya Simpan Daun Bawang, Daun Sup & Ketumbar Kekal Segar & Tahan Lama, Guna Garam Halus Je. Ini Caranya!

Share

Daun Bawang, daun sup dan daun ketumbar yang dibeli biasanya tak habis guna kan. Kalau dibiarkan di dalam peti rosak pula sebab bukan tahan lama.

Daun ini lama-kelamaan akan layu dan akhirnya busuk. Banyak cara untuk simpan sayur hijau ini supaya tahan lama.

Tapi tip yang satu ini agak menarik untuk admin kongsikan. Cara ini dimuat naik oleh puan Marina Harun.

Just nak share, kalau ada lebihan daun bawang, ketumbar, belimbing, daun sup dll…selalunya nak simpan tak tahan lama….

Saya kongsikan tips mudah agar kekal segar..

Keringkan sayuran (lap ngam tisu atau kain lap dapur) dan masuk dlm bekas bertutup yang kering, tabur garam halus dan goncang2, tutup bekas…letak dalam freezer…insyaallah kekal lama…

*Daun2 ini bila nk masak jgn dikeluarkan dulu, dah abis masak kuahnya, tutup api, baru keluarkan dlm freezer dan campak dlm kuah…

Nak potong kecil2 pun boleh..

Moga bermanfaat…selamat mencuba

IKLAN