Wanita kerdil yang tular sebelum ini, Syakila Norazma Amira Zuharsema, 28 berkongsi wajah bayi lelakinya.
Mesra dengan panggilan Yaya, dia baru sahaja selesai menjalani proses berpantang selama 40 hari. Dalam perkongsian tersebut, dia turut mendedahkan nama anaknya, Muhammad Ayden Adrian yang dilahirkan seberat 2.35 kilogram itu.
Meskipun si kecil ini dilahirkan sebulan lebih awal atas nasihat doktor demi keselamatan ibu dan anak, ibu muda ini mengakui, anaknya mudah dijaga dan tak banyak ragam.
@buyahhhcinta hati ibu daddy. terima kasih yg mendoakan kami. alhamdulillah selamat melahirkan semalam 25/1 , 1:47pm baby boy🥰♬ suara asli – rafaaldiansyah
Menurut Yaya, tarikh jangkaan bersalin adalah pada 25 Februari, tetapi disebabkan keadaan fizikalnya yang cuma berketinggian 118 sentimeter, maka boleh memberi risiko kepada bayi dalam kandungan.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi akaun TikTok buyahhh. Kelihatan Ayden seiras ibunya dengan mata yang bulat. Sekali tengok macam kakak dan adik. Sangat comel, geram bila melihat wajahnya itu.
Ads
“Walaupun bersalin pada Januari lalu, tetapi bersyukur kerana Ayden tiada apa-apa masalah kecuali penyakit kuning,” ujarnya.
Wanita kerdil ini tular menerusi media sosial sebelum ini. Ketika dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga, ada yang beranggapan dia tidak boleh hamil.
Namun rezeki Allah dapat juga merasai nikmat menjadi seorang ibu apabila dikurniakan anak lelaki.
Setiap ibu bapa pastinya ingin anak menjadi seorang yang cerdik pandai. Malah ada yang sanggup menyediakan kelas tambahan supaya anak dapat ke sekolah berasrama penuh seterusnya melangkah ke menara gading.
Malah setelah semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di tutup ekoran arahan PKPB ,pastinya ada yang risau pembelajaran anak, Biarpun ada pembelajaran secara online di rumah.
Bagaimana pun, dalam tempoh ini tidak harus dijadikan alasan anak ketinggalan dalam pembelajaran disebabkan tidak hadir ke sekolah. Namun, ibu bapa sendiri boleh menjadi pemangkin di rumah untuk mendidik anak.
Menarik untuk di kongsi supaya menjadi panduan kepada ibu bapa yang ingin mengetahui teknik mendidik anak, boleh melihat perkongsiannya seorang bapa ini, Hasrulnazim Hassan dan isterinya, Haslinda Bt Zainal Arpin cara mendidik anak menjadi cemerlang.
Menerusi blognya, jauh di sudut hati beliau bukan hendak mendabik dada atas kecemerlangan anaknya, namun atas permintaan ramai yang ingin tahu rahsia mendidik anaknya.
Maklumat Terbaru, pada tahun tahun lepas anak sulungnya itu yang telah menduduki PT3 dengan keputusan 13A memang menakjubkan. Hasif Amri bin Hasrulnazimi merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdullah Fahim.
Ikuti perkongsian beliau
Sharing is Love. Saya tak mahu jadi pelokek sehingga ada yang bertanya, saya menyombong dan tidak mahu memberikan jawapan. Mungkin apa yang akan saya berikan ini boleh dijadikan panduan dan tips untuk calon-calon UPSR akan datang.
Amri adalah anak sulong saya. Dan menjadi idaman buat semua ibu bapa yang anak pertama akan lahir menjadi seorang anak yang menjadi contoh pada yang lain. Saya dan isteri, sewaktu awal perkahwinan memang mengidamkan anak yang soleh, bijak, pintar, patuh pada ajaran agama dan sihat. Maka, apa yang kami lakukan ialah mengikuti tips dan petua untuk melahirkan anak yang soleh menerusi buku-buku, ebook, dan juga majalah keibubapaan.
20 Tips Petua Anak Berjaya UPSR 6A
Alhamdulillah. Kami gembira kerana segala petua itu nampaknya memberikan kesan yang baik untuk anak kami, khususnya Amri.
Didikan Seawal Dalam Kandungan– Sewaktu dalam kandungan, Amri didengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran… samada menerusi rakaman audio atau isteri saya yang amalkan terutama sebelum tidur. Sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan, dan usap perut isteri ketika mengandung.
Ajar Untuk Kenali Huruf dan Sebutan di Awal Usia– Saya dan isteri gunakan flash card untuk ajar Amri kenali huruf, belajar sebutan, kenali haiwan, kenali tumbuhan; baik dalam Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris.
Berikan Permainan Yang Uji Minda dan Ingatan– Seawal usia 3 tahun, Amri sudah boleh selesaikan jigsaw puzzle dia sendiri tanpa dibantu. Malah, Amri boleh selesaikan jigsaw puzzle bersaiz dua kali kertas A4 lebih cepat daripada saya dan isteri. Permainan dia banyak yang jenis ‘bina-membina’ dan penyelesaian masalah.
Tak Pernah Tengking atau Jerit– Saya dan isteri tidak pernah marah dan jerit pada Amri andai ada melakukan kesalahan, sebab kami tahu bahawa Amri dalam proses pembelajaran. Kami berikan sepenuh kasih sayang pada Amri, dan didik dia dengan nasihat dan teguran dalam kelembutan.
Pengasuh Yang Punyai Latar Agama Yang Bagus– Kami hantar Amri untuk dijaga dan diasuh oleh pengasuh yang punyai latar agama yang bagus. Ayah dan ibu angkat Amri seorang yang lemah lembut.
Ajar Untuk Berenang– Seawal usia, kami dedahkan Amri dengan kolam air; supaya mudah untuk kami ajarkan dia untuk berenang. Berenang bagus untuk kesihatan fizikal dan minda. Alhamdulillah, setelah berumur 12 tahun, Amri sudah boleh berenang sendiri… walaupun saya sendiri tidak pandai berenang. Rasullulah S.A.W sendiri anjurkan ibu bapa untuk ajar anak untuk berenang, selain berkuda dan memanah.
Ajar Untuk Minat Matematik– Apa yang saya dan isteri buat ialah … apabila berada di atas jalanraya (dalam kereta) selalu minta Amri untuk hafal nombor plet kereta yang ada di depan dan juga nombor plet kenderaan yang memotong. Minta Amri untuk ulang balik apa yang dia nampak. Cara ini juga membolehkan Amri untuk pertingkatkan daya ingatan dan refleks dia. Selain itu, belikan buku matematik mudah serta kad imbasan berkaitan nombor.
Masuk Tadika Islam– Kami fikir didikan awal terbaik untuk seorang anak ialah didikan mengenai agama. Jadi, kami hantar Amri seawal usia 4 tahun ke Tadika Islam Perak. Di situ, Amri belajar mengenai sholat, doa dan soal halal dan haram. Amri bersekolah di Tadika Islam Perak sehingga berusia 6 tahun… dan menjadi antara murid yang diingati oleh ustazah yang mengajar kerana sikapnya yang tidak banyak karenah – hatta selepas habis belajar pun ustazah masih dok ingat lagi.
Elak Makan Makanan Yang Meragukan Soal Halal Haram– Amri takkan makan keropok, gula-gula, atau apa-apa jajan yang tidak ada tanda logo Halal Jakim. Malah, kedai atau restoran yang gah-gah macam kat hotel, kalau tak ada tanda Halal, Amri memang elak diri sendiri untuk makan. Untuk info, Amri tak makan Mek Di .. huhuhu.
Sholat– Kami ajar Amri supaya tidak meninggalkan sholat. Alhamdulillah, asbab masuk Tadika Islam, asbab diasuh oleh pengasuh yang baik, Amri jarang tinggalkan sholat.
Jaga Aurat– Amri takkan keluar rumah jika tidak tutup aurat. Hatta di dalam rumah pun, Amri jarang tidak berbaju. Bila nak keluar rumah, Amri akan pakai seluar panjang dan berbaju lengkap.
Lebih Banyak Mendengar dari Bercakap– Amri agak pemalu, dia lebih suka mendengar dan melihat daripada bercakap sesuatu yang difikirkan tidak ada sebarang kebaikan.
TV Pendidikan– Amri suka tonton cerita animasi Dora dan Diego The Explorer. Dia akan amati dan ikut apa yang disebut oleh Dora dan Diego. Satu lagi rancangan yang Amri suka tonton ketika kecil ialah Wonderpets dan Blue’s Clue.
Tak Makan Kepala Ikan dan Minuman Yang Ada Semut– Amri takkan makan kepala ikan. Masaklah apa je .. kari kepala ikan ke .. sup kelapa ikan ke …. dia takkan makan kepala ikan tu. Jika air minuman ada semut, dia akan tinggalkan.
Amalkan Doa– Amalan yang kami sentiasa push pada Amri untuk apa jua yang dia nak lakukan, paling penting ialah doa ketika makan dan doa untuk belajar. Sebab dari makanan yang baik, in Sha Allah … apa jua yang kita lakukan juga akan berikan kebaikan.
Makanan Yang Baik– Buah Kurma, Tamar atau kismis sentiasa ada di dalam rumah. Bila nak lapik perut atau nak kudap-kudap, anak-anak saya akan makan buah-buahan ini. Makanan seperti buah kurma atau buah tamar adalah sangat baik untuk otak.
Tak Berikan Tekanan Untuk Berjaya– Saya dan isteri tak berikan tekanan untuk Amri capai kejayaan. Kami selalu nasihatkan untuk Amri lakukan terbaik atas kemampuannya. Kami mahu Amri gembira dengan apa yang dilakukan.
Tak Makan Kuning Telur– Amri tak makan kuning telur, malah anak-anak saya yang lain juga tak makan kuning telur. Gamaknya dia telah dengar nasihat dari seseorang kot mengenai makan kuning telur ni. Mungkin juga sebab kuning telur tak sedap bagi dia .. haha.
Pergi Bercuti– Sentiasa luangkan masa lebih baik bersama-sama dengan pergi bercuti. Seminggu sebelum UPSR, saya dan isteri bawa anak-anak bercuti saya termasuk Amri bercuti ke Cameron Highlands, dan beberapa hari selepas UPSR .. saya dan isteri bawa mereka bercuti ke Lexis Suite Penang.
Sentiasa Ucap Syukur dan Amalkan Sedekah – Kami ajar Amri untuk sentiasa ucap syukur, alhamdulillah dan bersedekah. Paling mudah, belanja kawan-kawan di sekolah.
Ok … ini sahaja yang dapat saya ingat dan apa yang saya amati. Maaflah sebab saya main tulis ikut apa yang terlintas .
Umum mengetahui pasangan ini sudah pun bercerai pada Julai yang lalu. Biarpun masih berhubung dengan baik kerana anak, timbul persoalan di kalangan peminat mereka berkenaan perjalanan restoran yang diusahakan bersama sebelum ini.
Akhirnya semalam, pelakon ini membuat pengumuman berkenaan restoran tersebut. Setelah beroperasi selama empat tahun lalu, Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim sepakat untuk menutup FizoMawar Kitchen (FCM) di Bangi dan Kelantan yang diusahakan bersama sebelum ini.
Jelas Fizo, keputusan itu adalah pilihan terbaik yang dipersetujui kedua-dua pihak antara dia dan Mawar.
“Berat untuk saya nak umumkan dan saya sudah buat keputusan dan kami berbincang inilah yang terbaik.
“Saya dan Mawar bersetuju untuk menamatkan operasi Fizomawar Kitchen di Bangi dan Kota Bharu.
“Saya percaya Allah ada perancangan yang lebih baik kepada kami selepas ini,” kata Fizo menerusi pengumumannya di Fizo Omar Channel di YouTube.
Sedih dengan keputusan itu, Fizo bagaimanapun akur biarpun mendapat tentangan daripada pelanggan setia mereka.
“Bermacam-macam perasaan sebenarnya. Apabila kami berpisah ramai yang minta jangan tutup restoran ini terutama bagi yang sudah sebati dengan makanan kami.
“Saya tahu ramai yang terkejut tetapi saya terpaksa dan saya minta maaf,” tambahnya.
Fizomawar Kitchen telah memulakan operasi sejak tahun 2015 dan ditutup pada 27 Oktober 2019.
Kata Fizo seramai 300,000 pelanggan telah berkunjung ke restoran tersebut sejak beroperasi.
“Fizomawar Kitchen dibuka pada 2015 dan merupakan hadiah daripada saya kepada Mawar dan ibu saya. Kebanyakan makanan yang disediakan merupakan juadah kegemaran mereka.
“Saya sendiri belajar masakan tersebut di Thailand dan restoran ini ada banyak kenangan,” kata Fizo lagi.
Dalam perancangan lain, Fizo bakal mengadakan majlis khas bersama peminat dan pelanggan tetap Fizomawar Kitchen pada hujung bulan ini dan akan diumumkan kelak.
Fizo dan Mawar bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.
Pasangan yang berkahwin pada November 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah suatu ketika dulu berat badannya mencecah hingga 70kg dan sering kali juga ditegur oleh suami tentang perubahan berat badannya itu. Tidak mahu terus dibebani dengan masalah berat badan, dia nekad untuk lakukan sesuatu.
Ketahui apa tindakan yang membolehkan wanita ini mendapat berat badan ideal dalam tempoh 3 bulan dan ini perkongsiannya.
Berat badan Saya pernah mencecah 70KG dan berjaya turun sehingga 51KG dalam masa 3 bulan sahaja. Sesuai dengan ketinggian saya 160cm. Saya diet untuk memudahkan urusan saya untuk solat dan memudahkan pergerakan seharian.
Start 1 Januari 2019 hingga Mac, saya buat diet atkins +IF* tak ambil air manis, tak ambil nasi, dan tak bersenam pun sebab gaya hidup saya memang aktif dan minum air kosong sehari 3 liter, target 5 liter. Akhirnya saya puas hati dengan berat badan yang saya miliki kini.
Selain itu, mengimbas kembali perkara yang memotivasikan dirinya untuk menurunkan berat badan, ini jawabnya.
“Sebenarnya saya nak mencari semangat baru dalam diri sebab saya akan tamat sebagai Pegawai Tadbir Kontrak di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada Mac 2019. So saya start diet Januari 2019, kiranya takde la saya rasa down bila keje takde kalau diri cantik.
Sebelum ini suami pernah berkali-kali nasihat kepada saya supaya jaga badan sebab dia tak pernah melihat saya obes. Jadi suami menyokong penuh untuk melihat saya berubah ke arah yang lebih sihat.
Sejujurnya suami pun tak sangka saya nekad untuk kuruskan badan sebab sebelum ni dia dah asingkan baju-baju zaman saya kurus dan berikan kepada mereka yang memerlukan dan ada juga yang telah dijadikan kain buruk.
Tapi bila saya sudah berjaya kurus saya sering juga complain kata dekat suami yang saya takda baju dan dia belikan banyak baju baru. Ada hikmah juga tu kan, alhamdulillah.
Mengalihkan soalan dalam bab pemakanan untuk seisi keluarga, adakah mungkin turut terkesan dengan rutin diet hariannya, ini pula perkongsiannya.
Rutin pemakanan famili tak berubah sebab saya baru ada anak seorang yang masih kecil dan saya tinggal berasingan dengan suami atas faktor kerja. Cuma apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah tips untuk konsisten apabila berat badan ideal telah dicapai.
Seperti mana saya, selepas bangun tidur saya minum air kosong segelas, dont skip breakfast , makan nasi sekali sehari pada waktu siang, minum air 8 gelas sehari & dan make sure last makan 3 jam sebelum tidur. InsyaAllah tak kan gemuk.