Pernah tak tiba-tiba rasa tapak kaki sakit, tak pun lenguh kat bahagian belakang? Waktu tu rasa tak selesa sangat! Buat itu tak kena buat ini tak kena. Dah urut, tapi masih tak lega.
Nak makan ubat pun, takut tak mengena pula jadinya! Apa kata anda cuba teknik yang dikongsi oleh Public Health Malaysia di laman Facebook iaitu dengan menggunakan bola tenis untuk mengurangkan sakit tapak kaki.
Mula mula buat sakit, tapi lama lama rasa sedap dan lega! Sesiapa yang ada masalah sakit tumit, sakit dibahagian bawah belakang dan otot otot betis yang tegang boleh cuba.
1. Duduk tegak dan kaki di permukaan lantai.
2. Letakkan bola tenis atau massage ball di bawah tapak kaki.
Ads
3. Perlahan-lahan, golekkan bola tenis ke depan dan ke belakang.
4. Lakukan selama 3 minit.
5. Kemudian, ulang pada kaki yang sebelah pula.
Ads
Memang lega dan menjadi. Anda patut cuba di rumah sekiranya mengalami masalah sakit belakang dan tapak kaki.
Orang Malaysia ni, dah menjadi rutin makan nasi tidak kira masa, termasuklah tengah malam. Buat anda yang belum tahu, makan berat pada lewat malam mungkin boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang doktor di aplikasi Tiktoknya, @dr.samhan yang menyenaraikan beberapa kesan jika makan pada lewat malam.
Berikut merupakan 4 risiko kesihatan yang boleh berlaku jika makan berat pada lewat malam:
1. Gula dalam darah meningkat
Peningkatan kadar glukosa dan insulin adalah punca utama terjadinya pradiabetes. Lama-kelamaan, ia akan menjadi lebih teruk dan akhirnya berubah kepada diabetes.
Kolesterol dan triglyceride yang bertambah pula adalah disebabkan oleh lemak pada saluran darah yang akan meningkatkan risiko diabetes dan beberapa lagi penyakit kronik yang lain.
2. Berat meningkat dan obesiti
Inilah puncanya mereka yang sedang berdiet untuk kurus tidak mahu untuk makan malam. Menurut kajian, telah dibuktikan secara saintifik bahawa individu yang gemar makan lewat malam akan mempunyai berat badan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Kenapa?
Ini kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan tubuh badan individu hilang atau kurang keupayaan untuk membakar lemak. Dalam pada itu, pengkaji turut menyatakan bahawa individu yang gemar makan pada waktu siang akan berasa kenyang lebih lama ekoran pengeluaran hormon lantas mengurangkan potensi makan lewat malam.
3. Sakit jantung
Buat anda yang belum tahu, makan pada lewat malam boleh menjejaskan tekanan darah pada tubuh badan anda. Ini kerana tekanan darah manusia akan turun 10% pada waktu malam untuk membenarkan tubuh badan berehat. Namun pengambilan makanan sebelum masuk tidur hanya membuat ia kekal aktif.
Kesannya, tekanan darah anda tetap berada pada kadar yang sama walaupun ketika sedang tidur lantas meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit jantung.
4. Reflux acid perut atau gerd
Untuk pengetahuan anda, bukan bayi sahaja yang boleh mengalami refluks. Malahan, orang dewasa juga boleh mengalami asid refluks jika makan pada sekitar waktu masuk tidur.
Selain itu, makan berat pada lewat malam juga boleh menyebabkan ketidakhadaman, pedih ulu hati serta tidak nyenyak tidur. Jadi, sila elak makan 1 jam sebelum meletakkan kepala di bantal.
Bukan itu sahaja, elakkan juga pengambilan minuman berkarbonat, beralkohol dan berkafein 2 ke 3 jam sebelum tidur. Ini kerana ia juga adalah salah satu pencetus asid refluks.
5. Mudah lupa atau konsentrasi teruk
Makan lewat malam tidak hanya membuatkan buah pinggang anda menderita. Ternyata makan lewat malam juga tidak baik untuk kesihatan otak anda. Percaya atau tidak, saintis mendapati bahawa masa makan mempunyai kesan luas pada fisiologi otak dan tingkah laku.
Corak makan yang tidak menentu akan mempengaruhi sistem circadian dan seterusnya mempengaruhi keupayaan pembelajaran dan menghafal otak.
MACAM MANA NAK BUAT KALAU LAPAR TENGAH MALAM
Kalau lapar, Dr. Samhan menasihatkan untuk cuba makan kekacang, buah-buahan, telur rebus atau bijirin. Selain itu, cuba alihkan perhatian anda terhadap makanan dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet, bermain telefon pintar atau permainan video.
Migrain memang menyakitkan. Tanpa sebab yang khusus migrain selalunya menyerang tanpa dijangka. Adakalanya migrain disebabkan cuaca yang terlampau panas, juga alah pada cuaca sejuk, tidak kurang juga terlambat makan.
Boleh dikatakan bila migrain menyerang, semua kerja tak mampu dibuat dengan sempurna. Bukan hanya sakit kepala, ada sesetengah kes migrain yang tidak mampu bernafas dengan baik dan rasa loya hendak muntah. Tak mampu tahan lagi!
Jika bukan migrain, sakit kepala juga begitu. Sesetengah kes menyerang sebahagian kepada sahaja dan ini sangat mengganggu tugasan dan kerja seharian. Kes-kes migrain biasanya alah kepada cuaca panas dan sesetengahnya alah pada cuaca yang terlalu sejuk.
Perkongsian saudari Hanisah Noordin di facebook ini patut kita amalkan. Mana tahu petua yang dikongsikannya serasi dan menjadi untuk tubuh kita. Katanya, dia dan suaminya memang tidak lagi mengambil sebarang ubat-ubatan seperti panadol dan ubat tahan sakit sejak mengamalkan petua ini. Jadi kita kenalah cuba kerana inilah yang terbaik.
Guna tiga bahan ini sahaja.
BAHAN-BAHAN:
Air suam
Cuka apple organik
Madu asli
1. Campurkan cuka epal bersama 1 sudu madu ke dalam air suam.
2. Pastikan guna sudu plastik, menggunakan sudu besi tak sesuai untuk madu kerana menghilangkan khasiat dan zat madu.
3. Baca selawat 3 kali dan terus minum.
4. Boleh juga minum segelas air masak untuk menghilangkan rasa masam di tekak.
5. Terus sahaja tidur dan rehatkan diri.
6. Selepas bangun insyaallah sakit akan hilang dan pulih.
Penyebab Migrain
Sebagai tambahan info, migrain biasanya terjadi disebabkan oleh banyak perkara. Antara punca migrain yang boleh dikenal pasti adalah disebabkan oleh keletihan yang teramat sangat, stress, dihidrasi atau kurang air, terlambat makan, makan berlebihan, cuaca juga ada yang mengaitkannya dengan genetik.
Pun begitu, makanan seperti keju, kopi, coklat dan alkohol sangat memainkan peranan sebagai punca sakit kepala. Hati-hati!
9 Cara Lain Ubati Migrain
1. Tidur – Tidur dan rehatkan diri sehingga kepala makin reda.
2. Jauhi cahaya – Jauhkan daripada cahaya, sebaiknya tidur dalam gelap.
3. Minum air kosong –berkemungkinan tubuh anda kekurangan air.
4. Segelas air panas – Minum segelas air panas, sebaiknya dapatkan teh halia panas untuk rasa lebih baik.
5. Rendam kaki– Rendam kaki dalam air yang sejuk atau ais juga satu terapi yang baik untuk sakit kepala.
6. Makanan kaya magnesium– Makanan kaya magnesium mampu buat urat saraf menjadi lebih relaks dan tenang.
7. Jaga kondisi gula darah agar stabil – Gula darah yang rendah mengakibatkan rasa sakit kepala dan migrain.
8. Gosok minyak – Minyak tambahan seperti minyak angin atau mint buat kepala rasa lebih tenang dan relaks.
9. Jangan stress – Kena bijak kawal stress
Kredit : Hanisah Noordin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila seseorang terlampau dibebani oleh kerja yang banyak, mula lah menimbulkan perasaan tekanan. Malah ada tekanqn di pejabat secara tidak langsung terbawa-bawa sampai ke rumah sehingga menjejaskan hubungan sekeluarga.
Keadaan ini boleh menyebabkan hubungan sesama keluarga menjadi renggang dan tidak mustahil anak-anak akan bermasam muka dengan ibunya akibat dimarahi.
Lebih menakutkan lagi, boleh menjejaskan kesihatan. Kajian diterbitkan Jurnal Perubatan: CirKajian diterbitkan Jurnal Perubatan: Circulation pada 2000 bertajuk Tekanan Mental Boleh Merosakkan Dinding Dalaman Salur Darah Seseorang menunjukkan tekanan berpanjangan yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kerosakan dinding dalam salur darah (disfungsi endothelial) selama empat jam.
Kerosakan ini membuatkan saluran darah rosak dan kolesterol lebih mudah mendap di dalamnya. Kesan jangka masa panjang akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok akan berlaku.
Sebagaimana yang dibincangkan oleh Mala PhysiomobileMy mengenai permasalah ini.
Bagaimana ianya berlaku:
1. Ketika berfikir, otak manusia akan menerima satu signal dan akan menghasilkan satu hormon didalam badan kita untuk bertindak terhadap signal yang diberi oleh otak.
Secara ringkas untuk mudah difahami, hormon yang otak kita hasilkan itu saya beri nama sebagai “stress hormon”.
2. Apa yang “stress hormon” ni lakukan ialah dia akan mencetuskan suatu keadaan dalam badan kita untuk “fight or flight” atau kata nama lain ialah bertindak melawan dan melindungi badan kita dari segala ancaman.
3. Tekanan darah akan meningkat kerana otak memerlukan oksigen yang banyak dan kesemua otot dibadan kita akan mula mengeras dan kembali pada keadaan asal sekiranya stress telah hilang.
4.Walaubagaimanapun, sekiranya kita mengalami stress secara berterusan ianya akan mengakibatkan otot dibadan kita akan berterusan mengeras dan kelamaan menjadi ketat atau we call as “Muscle tightness and stiffness of the joint”.
Kesannya, badan kita akan mengalami beberapa masalah sakit sendi dan berbalik pada tajuk kita ianya akan mengakibatkan sakit kepala yang melampau dan berterusan.
Keseluruhan otot di bahagian tengkuk, bahu, dan belakang badan menjadi keras dan ketat sehingga menyukarkan pergerakan harian seperti ingin menoleh, menunduk, berasa lenguh dibahagian leher dan bahu.
LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAEDAH RAWATANNYA:
Pencegahan:
Ketika membuat sesuatu kerja atau aktiviti sila pstikan postur badan dalam keadaan yang betul dan selesa.
Berehat daripada melakukan sebarang kerja atau aktiviti selepas 45 minit selama 5-10 minit bagi meregangkan badan.
Minum air yang mencukupi bagi memastikan badan dalam keadaan segar dan oksigen yang dibekalkan ke otak mencukupi.
Rawatan:
1. Menggunakan hot pack atau pek pemanas dibahagian yang terasa tegang selama 10-15 minit bagi melancarkan aliran darah dan melembutkan otot yang tegang.
2. Melakukan senaman regangan di bahagian otot tengkuk dan bahu sebanyak 3-5 kali ulangan, setiap pagi, sebelum tidur atau setiap 45 minit ketika melakukan kerja atau aktiviti.
3. Melakukan senaman menguatkan otot leher seperti “chin tuck”.
4. Sekiranya sakit berterusan sila berjumpa Fisioterapi bertauliah bagi mendapatkan nasihat dan rawatan.
Sumber: Mala PhysiomobileMy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mentua Mira Filzah, Datuk Mastura Yazid berkongsi pandangan mengenai peranan sebenar seorang nenek serta menegaskan hak seorang ibu dalam membesarkan anak perlu dihormati.