Cara Mudah Halau Tikus, Lipas Dan Semut Dengan Hanya Guna Kulit Telur Ayam.
Masalah tikus, lipas dan semut memang berlaku di setiap rumah. Biarpun pelbagai cara dilakukan namun kesannya hanya seketika. Kemudian makhluk perosak ini akan kembali lagi. Memetik laman Unicity, berikut adalah petua yang menggunakan bahan yang cukup mudah bagi mengusir tikus, lipas dan semut. Ibu-ibu patut cuba mana tahu berkesan di rumah anda.
Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.
Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.
Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.
Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak biasanya sebelum kita disuntik, doktor akan ambil kapas dan sapukan cecair di kawasan yang akan dicucuk jarum.
Umumnya cecair tersebut berasa sejuk dan sekali gus kita anggap cecair tersebut sebagai ubat bius untuk mengurangkan rasa sakit semasa dicucuk.
Bahkan kita juga sering tenangkan anak-anak, bahawa menerima suntikan tidak sakit sebab doktor akan bagi ubat bius.
Itulah tanggapan kita yang sedikit sebanyak sebenarnya memberi rasa lebih ‘tenang’ bila hendak dicucuk. Lagi-lagi buat yang penakut jarum.
Namun tahukah anda sebenarnya sapuan tersebut bukanlah ubat bius. Ini sepertimana yang dijelaskan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di akaun facebooknya.
Beliau berkongsi kisah apabila ada antara penerima vaksin yang meminta untuk letakkan ubat bius tersebut banyak sedikit agar dia tidak berasa sakit.
Ini perkongsiannya.
“Doktor! Letak ubat bius tu banyak sikit tau!”
Saya sedang sapu alkohol di lengan seorang penerima vaksin, dia minta letak banyak sikit, supaya tak sakit. Ramai juga penerima cakap begini sepanjang program vaksinasi ni. Bermakna masih ada yang keliru.
Saya percaya, ramai yang tahu, tetapi tidak salah rasanya dijelaskan semula. Sapuan yang dibuat sebelum suntikan tu, bukan ubat bius untuk mengurangkan kesakitan semasa suntikan.
Sapuan itu adalah sapuan alkohol. Ia disapu di kawasan suntikan untuk membasmi kuman, agar ketika suntikan nanti, tiada kuman yang akan ikut masuk ke dalam badan.
Pendek kata, ia untuk elakkan jangkitan kuman.
Namun begitu, sapuan alkohol ni agak dingin, dan sesetengah orang akan mengaitkan ia dengan rasa kebas. Justeru, merasakan ia dapat mengurangkan kesakitan semasa suntikan.
Ada tak bius jenis sapuan?
Ada!
Krim EMLA (lidocaine + prilocaine) 5%: Ia disapu pada bahagian yang mahu dikebaskan, 30-60 minit sebelum suntikan dilakukan. Namun, bukanlah langsung tak rasa sakit.
Penerima suntikan masih boleh rasa sakit. Kesakitan kerana tusukan jarum akan berkurang, tetapi kesakitan kemasukan ubat ke dalam otot tetap akan sama. Kebasnya hanya pada kulit.
-Gel xylocaine(lidocaine): ia adalah gel yang disapu pada membran mukosa, iaitu permukaan kulit yang menyelaputi rongga tubuh, seperti di dalam mulut serta organ dalaman.
Xylocaine juga terdapat dalam bentuk semburan. Gel dan semburan bius ini biasa digunakan untuk mengurangkan kesakitan pada ulser dan keradangan di dalam mulut serta tekak.
-Semburan ethylchloride: ia bukan sapuan. Semburan ini menurunkan suhu kawasan semburan akibat penyejatan ethyl chloride secara mendadak, lantas menyebabkan kekebasan sementara.
Semburan ini juga digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat kecederaan sukan. Rasanya, ramai orang pernah lihat semburan ini digunakan semasa acara-acara sukan.
-Krim proctosedyl: krim sapuan ini mengandungi cinchocaine (bius) dan hydrocortisone (steroid). Ia memberi rasa kebas, tetapi lazimnya digunakan sebagai salah satu rawatan buasir.
Selain dalam bentuk krim, proctosedyl juga ada dalam bentuk suppositori(juga dikenali dikalangan orang awam sebagai “ubat peluru”). Suppositori ini dimasukkan ke dalam dubur.
-dan lain-lain.
—
Kenapa doktor tak gunakan bius sebelum suntikan?
Ada situasi doktor akan gunakan, dan ada masa, tidak. Semuanya bergantung pada penilaian doktor itu sama ada berbaloi atau tidak penggunaannya (dari aspek keberkesanan, kesan, masa dan kos).
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk.
Namun, ia bukanlah sesuatu yang memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kena baca perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang barang yang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.
BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK
Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam peti sejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Bahan bukan makanan
Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah batuk yang berpanjangan jika dibiarkan kerana ia boleh menjadi gejala yang tidak sihat seperti alahan, jangkitan virus serta jangkitan bakteria. Justeru, ibu-ibu kena cepat mendapatkan rawatan supaya ia tidak merebak.
Salah satu petua mengurangkan masalah batuk berpanjangan dikongsikan oleh Ecah Sha yang menurutnya diperoleh dari seorang doktor.
Assalamualaikum .
Kat sini kaksha nak share sikit ubat batuk yg Doktor sendiri bg resepi. Kalu batuk tk sebulan bukan kaksha la. Dah tu smpi terkencing,satu masalah bila nak solat.. ubat batuk hospital ,klinik ,farmasi mmg tk jalan.
Last doktor bg resepi ni , mmg kaksha berurusan dgn dia sejak 18 tahun lalu. Dah tau mslh kesihatan kaksha anak2 n family. Mmg bagus Doktor ni. Ok la kat sini kaksha sharekan ubat batok cara tradisi ..
Bahan-bahan
3 cawan air
3 btg serai diketuk
Halia biar byk sampai rasa pedaq2
2 helai daun pandan
1 ketul gula batu @ gula kerek
7 bunga cengkih ( ini kaksha tmbah )
5 hiris lemon.( Kira setengah biji la )
Cara- cara
========
Rebus kesemua bahan kecuali lemon selama setengah jam.
Tuangkan air rebusan dlm tumbler dan perah hirisan lemon.
Minum ketika suam.
Jika ada balance air rebusan td blh simpan dlm peti sejuk. Nak minum panaskan balik,perah lemon.
Resepi doktor bg ni bkn untuk hilangkan batuk sja tau. Tp boleh jga kuruskan badan jika diamalkan hari2. Kulit cantik badan wangi..
Hanya bahan2 kat dapur ja tau..
Sihat dapat ..
Cantik dapat..
Sharelah, jika ia bermanfaat bg shbt2 kaksha kat luaq sana. Bagi kaksha sihat itu penting cantik itu bonus. Kalu tk sht mcmna nak cantik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.