Selain buah mulberry enak dimakan malah mungkin ada yang masih belum tahu ianya kaya dengan khasiatnya yang tersendiri.

Hal ini telah dikongsikan di Facebook dan ini antaranya yang boleh kita amalkan untuk dapatkan khasiat daripada mulberry. Jom semak.

Rebus daun mulberry untuk minum. Khasiat: Untuk kebaikan mata.

Mulberry Salut Coklat & Daunnya Dijadikan Teh. Terbaik Rasa & Khasiatnya!

Cara penyediaan : 

Basuh daun mulberry dan rendam 10 minit, lepas tu masak dengan air selama 20 ~ 30min. Kalau tak ada diabetes boleh bubuh gula batu untuk menambah rasa. Minum kosong saja juga sedap.

IKLAN

sumber : Looyee Chen via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

Begitu juga Sumaiyah Abdullah turut berkongsi manfaat minum air teh daun mulberry yang dikatakan bagus untuk sejukkan badan. Ini perkongsiannya.

Musim panas terik macam ni, mandi dah, minum air banyak dah, tapi masih jugak terasa perit dan kering tekak, apakata korang cuba minuman ni pulak. Kalau saya panggil TEH MULBERRY. Petik kat luar rumah je.

IKLAN

Petua ni saya dapat dari ihsan Dr. Kin Kirana Homeopathy. Katanya air rebusan daun mulberry ni boleh membantu membuang panas dalam badan. Elok sesangat minum time cuaca panas terik macam ni.

Mulberry Salut Coklat & Daunnya Dijadikan Teh. Terbaik Rasa & Khasiatnya! Mulberry Salut Coklat & Daunnya Dijadikan Teh. Terbaik Rasa & Khasiatnya!

Bahan-bahan:

IKLAN

3 helai daun mulberry
3 liter air

Rebus lebih kurang 1 jam. Biarkan sejuk. Sedia untuk diminum. Tak perlu tambah gula ke apa. Aromanya dah cukup wangi dan manis gitu. Tapi rasa tetap tawar la. Bau macam pandan pun ada. Tak pahit pun. Kalau nak tambah gula sikit pun ok kot. Suka sangat rebusan mulberry ni. Boleh la buat untuk minum petang nanti ye. Selamat mencuba

Manakala perkongsian gambar dari‎ Ahmad Ikram Nursuhana via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri,  ia pastinya membuatkan ramai tidak sabar untuk mencuba keenakan rasa buah mulberry disalut coklat.

Mulberry Salut Coklat & Daunnya Dijadikan Teh. Terbaik Rasa & Khasiatnya! Mulberry Salut Coklat & Daunnya Dijadikan Teh. Terbaik Rasa & Khasiatnya!

Semoga dengan perkongsian ini memberi info untuk kita manfaatkan buah mulberry ini.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI