Ramai ibu bapa ingin menyediakan simpanan buat anak sejak kecil lagi. Namun akibat tiada pengurusan kewangan yang betul dan tiada kesungguhan, mengakibatkan impian itu tertangguh.
Usah tunggu lagi! Nak menyimpan ni kena komited dan displin. Sebagaimana yang dilakukan oleh wanita ini. Nak tahu caranya jom kita pelajari!
Harini aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
1. Sediakan botol kuih raya Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.
2. Berbelanja Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu.
Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan.
3. Masukkan duit dalam tabung
Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!
4. Ulang langkah 1, 2, 3 Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.
Ads
5. Kira duit sama-sama Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.
Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah. Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
Kenapa RM20?
1. Lebih senang nampak Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
2. Paksa diri suami isteri Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.
Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan!
Ads
Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
3. Terjamin jumlah simpanan
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan. Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong.
Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dalam banyak-banyak petua yang kita amalkan untuk menjaga kesihatan seisi keluarga, yang ini rupanya telah diakui saintis. Ruginya kalau tidak diamalkan.
Apakah itu?
Jom semak perkongsian ini yang diberikan oleh Dr Suri Rowii .
Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:
Petua jantung sihat
Heart with weights
a. makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung
Petua turunkan kolestrol
b. makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk bantu turunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
c. makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini kawal kemasukan kolesterol dlm darah
d. makan bawang putih (ada allicin dan komponen sulfur)
e. minum jus oren @ limau kasturi (kaya bahan flavanone) – bahan bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yg bertindak sbg antikolesterol.
f. Minum teh hijau – (kaya bahan ECGC dan epicatechin) yg boleh bantu turunkan kolesterol
Bila kita menyaksikan harga barangan dan makanan serba serbi naik harga namun masih ada lagi peniaga yang berhati mulia tidak mementingkan keuntungan besar semata-mata namun masih mengekalkan harga jualan bahkan jauh lebih murah daripada harga kelaziman.
Ini seperti mana berita yang dikongsikan oleh Sinar Harian berkenaan seorang peniaga roti canai di Kuala Terengganu nekad menjual roti canai dengan harga serendah 50 sen.
Jika difikirkan logik akal, mana hendak dapatkan keuntungan daripada jualan tersebut.
Namun percaya pada kekuatan rezeki, Rohaizan Hassan, 51, mengambil keputusan menjual roti canai murah biarpun menerima kritikan daripada peniaga lain atas tindakannya yang dianggap ‘membuang harga’ bagi melariskan jualan.
Niatkan Untuk Arwah Anak
“Ada sebab saya jual roti canai murah. Pertama, saya niatkan atas nama anak saya, Allahyarham Mohd Syafiq Najmuddin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di kawasan ini ketika menghantar ‘pizza’ yang dipesan pelanggan pada 2019.
“Kedua, saya mengenangkan nasib orang-orang yang kurang bernasib baik, ada anak ramai tetapi tidak mampu nak berbelanja lebih untuk beri anak-anak makan lebih-lebih lagi dalam tempoh yang sukar ketika ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurut Rohaizan, dia terfikir untuk menjual roti canai murah selepas menonton sebuah rancangan televisyen yang memaparkan sebuah gerai di Kedah menjual roti canai pada harga yang sama.
“Selepas menonton rancangan itu saya mula terfikir mengapa saya tidak boleh jual pada harga murah juga sedangkan peniaga berkenaan boleh buat.
“Saya akui, ada yang komplen cakap jual roti murah tak dapat untung dan kalau nak berniaga tak boleh jual harga ini. Saya kata, itu rezeki masing-masing. Kalau kita niaga di kedai tetapi nak jual murah pun boleh. Semua tu kita yang ‘adjust’ (selaraskan),” katanya.
Rohaizan berkata, kenaikan harga barang tidak menjejaskan perniagaanya malah dia berazam untuk terus mengekalkan harga 50 sen pada roti canai yang dijual.
Ambil tahu kesihatan diri amat penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Jika asyik berkerja tanpa menghiraukan kesihatan ia akan ‘makan diri’ nanti.
Bagi yang bekerja tentu biasa menghadapi masalah kebas hujung jari. Namun ada segelintir beranggapa ia biasa-biasa aje. Namun jika dibiarkan boleh jejaskan kualiti hidup pada masa akan datang.
Nak tahu lanjut kena alert perkongsian Dr Zubadi Hj Ahamd. Jika rasa pernah alami situasi tu, buat pemeriksaan sendiri. Bagi yang berumur 40 tahun ke atas tu dah kena alert kesihatan diri.
Ikuti perkongsian beliau.
RASA KEBAS PADA JARI SEBELAH TANGAN KIRI
Assalamu alaikum doktor. Saya berusia 28 tahun. Saya mengalami masalah sakit tangan kiri sudah beberapa bulan. Saya sudah berjumpa dengan doktor di klinik swasta dan diberikan ubat sapu. Sakit ada hilang dan kemudian datang balik. Rasa sakit itu bukan seperti kebas tetapi lebih kepada rasa lenguh2 dan adakalanya terasa semut2 di pangkal tangan dan hujung jari. Saya juga kadangkala rasa sakit di bahagian dada kiri tetapi sakit itu tidak melibat keseluruhan bahagian dada. Sakit itu rasa seperti dicubit sedikit tetapi dalam jangka masa yang sangat singkat dalam beberapa saat sahaja. Saya tidak mengalami sesak nafas pun. Nafas seperti biasa juga. Saya harap doktor boleh bagi serba sedikit penjelasan. Terima kasih.
WALAIKUMUSALAM.
Saya berpendapat bahawa puan harus membuat pemeriksaan lengkap bagi kesihatan puan kerana rasa kebas pada tangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Ada disebabkan oleh punca yang ringan dan ada yang disebabkan oleh punca yang lebih serius. Secara amnya rasa kebas dan mencucuk pada anggota badan tidak boleh dipandang ringan.
Salah satu punca masalah ini adalah tanda-tanda awal seseorang itu seseorang itu mengalami masalah saraf hujung atau lebih tepat sistem saraf peripheral. Kerosakan saraf ini disebut sebagai sebagai periferal neuropati. Kerosakan pada saraf akan menyebabkan penghantaran sesuatu isyarat dari hujung jari ke otak akan terjejas.
Kebanyakan punca masalah ini adalah diabetes, dan punca-punca lain adalah tidak mengamalkan gaya hidup kurang sihat seperti minuman beralkohol, merokok dan tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan. Selain itu, ia kerap berlaku pada mereka yang telah meningkat usia atas factor penuaan.
Pekerjaan yang berulang seperti menaip, memasak, duduk terlalu lama, trauma akibat kemalangan, jatuh atau kesan kecederaan sukan boleh menyebabkan masalah seperti ini. Kekurangan vitamin B dan vitamin E juga boleh menjadi punca selain factor genetic genetik dan kesan pengambilan ubat tertentu.
Pemakanan sihat
Saya mencadangkan puan mengambil makanan yang mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin E untuk mencegah kerosakan saraf dan merawatnya. Antara sumber vitamin ini boleh didapati dalam minyak zaitun, bijirin, daging, sayuran, kentang, susu dan produk tenusu, buah-buahan, kekacang, ikan dan telur.
Kekurangan vitamin B dan vitamin E boleh menyebabkan seseorang mudah rasa penat, lemah otot, mengalami sawan malah boleh memberi kesan mental seperti kemurungan.
Selain itu saya mencadangkan puan melakukan urutan pada bahagian yang sakit menggunakan teknik deep muscle massage. Cara mudah dengan menyapu minyak panas untuk menghangatkan tangan atau kaki. Urut perlahan-lahan mengikut perjalanan saraf dan otot.
Jangan biarkan tangan dan kaki terdedah terus kepada suasana yang sejuk seperti pendingin hawa. Sungguh pun begitu pemeriksaan lebih lengkap perlu dilakukan untuk mengesan penyakit yang lebih serius.
Semoga bermanfaat.