Sempena Syawal yang bakal menjelma, gaya dan raya berpisah tiada. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, kurung dan baju melayu sememangnya menjadi pilihan sepanjang zaman. Rekaan, fabrik dan juga rona mainan penting dalam setiap busana.

Sebagai salah sebuah pengendali rangkaian peruncitan terbesar dan terkemuka di Malaysia, MYDIN antara pasar raya yang tidak ketinggalan menampilkan koleksi rekaan baju raya yang menarik dan eksklusif.

Biarpun banyak rekaan moden baju melayu dan kurung di pasaran, namun MYDIN tetap menjadi pilihan. Justeru, MYDIN yakin dan percaya, setiap rekaan di bawah jenama Mikhail dan Mikayla tetap menjadi pilihan pelanggan di luar sana.

Sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini, rekaan baju Melayu dan kurung moden ini tampil elegan dan anggun namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional klasik. Tona warna pilihan yang mengikut trend mampu menyerlahkan gaya seisi keluarga.

IKLAN

Koleksi istimewa yang dilancarkan bersama Kempen Girang Syawal Tiba 2019 ini boleh didapati di cawangan pasar raya MYDIN di seluruh negara.

Setiap pasang busana baju melayu diterjemahkan dalam rekaan yang berkualiti, namun harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu dimiliki .

IKLAN

Sesuai tampil sedondon di hari raya  bersama isteri dan anak-anak yang menggayakan koleksi Mikayla Jr untuk kanak-kanak perempuan manakala koleksi kanak-kanak lelaki  dari Mikhail Jr.

Ringkas, Terkini & Selesa Bergaya. Harganya Pun Berpatutan. Patutlah Jenama Mikhail & Mikayla Dari MYDIN Jadi Pilihan Seisi Keluarga!Inginkan kelainan dalam gaya, Turquoise mungkin jadi pilihan buat seisi keluarga yang gemar bergaya. Kurung sentuhan moden pada skirt jadi pilihan ibu dan anak perempuan. Sedondon rona gelap pada samping ayah dan anak lelaki.

IKLAN

Ringkas, Terkini & Selesa Bergaya. Harganya Pun Berpatutan. Patutlah Jenama Mikhail & Mikayla Dari MYDIN Jadi Pilihan Seisi Keluarga!Pastel antara rona popular baik hari biasa mahupun ketika tibanya Syawal. Pasti segak menawan si ayah dan anak lelaki menggayakan  baju melayu rona senada. Pilihan samping merah menyerlahkan gaya. Manakala si ibu dan anak perempuan memilih kurung dengan sentuhan lace pada busana melengkapi penampilan di hari lebaran.

Ringkas, Terkini & Selesa Bergaya. Harganya Pun Berpatutan. Patutlah Jenama Mikhail & Mikayla Dari MYDIN Jadi Pilihan Seisi Keluarga!Biru penuh kedamaian, tampak kemas selain menonjolkan kemewahan dalam bergaya. Potongan moden dengan sentuhan lace memberi sisi feminin buat ibu dan anak perempuan.

Ringkas, Terkini & Selesa Bergaya. Harganya Pun Berpatutan. Patutlah Jenama Mikhail & Mikayla Dari MYDIN Jadi Pilihan Seisi Keluarga!Lakaran warna-warni cetus imaginasi tersendiri tatkala samping Mikhail jadi pilihan. Buat si ayah dan anak lelaki yang gemar rona gelap, mungkinkah baju melayu ini bakal jadi pilihan? Si ibu pula diberi sentuhan mewah dengan perincian manik indah pada busana moden ini.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI