Sebelum bermula Ramadan pada hujung minggu ini, kebanyakkan sekolah di negara kita mengadakan aktiviti merentas desa yang bermula pada minggu ini.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf menarik perhatian ramai apabila menyediakan air minuman tiga tahun berturut-turut kepada murid yang sedang berlari.
Akuinya, dia merasa gembira apabila berpeluang untuk bersedekah dengan cara itu sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shaf di laman TikToknya, tahun ini menjadi tahun ketiga dia dan suami berbuat demikian.
Ads
Jika sebelum ini disediakan air sirap yang dibancuh, namun kali ini dia dan suami memberikan air kotak pelbagai perisa.
Dalam video yang berdurasi hampir satu minit itu, dapat dilihat suami kepada Shaf menyusun air kota dengan rapi di atas meja berhadapan kediamannya.
Ads
“Tahun ke tiga berturut-turut kita bagi air kat anak-anak merentas desa ni.
“Kali ini sirap kita dah upgrade ke air kotak. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat! ‘Pelanggan’ yang paling akhir sekali istimewa.
Ads
“Nampaknya rumah kita boleh jadi perhentian utama setiap tahun!” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murah hati Shaf dan suami dalam berkongsi rezeki dan mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan selalu.
Siapa yang tak kenal dengan Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri. Setiap kali muncul di media sosial pasti meraih perhatian.
Namun seiring dengan masa dan peningkatan usia, suami kesayangan Datin Seri Shahida mengakui sudah memperlahankan aktivitinya di media sosial dan enggan lagi melakukan gimik murahan untuk menarik perhatian warga maya.
Jelas Aliff lagi, tindakannya itu berikutan menyedari anak-anaknya semakin meningkat remaja dan mahu memberikan lebih tumpuan pada perniagaan.
“Saya mengaku awalnya saya kejar glamor sebab saya bukan artis, tapi rupa-rupanya glamor tanpa duit pun tak ada erti. Kalau perasan enam bulan kebelakangan ini, saya lebih selesa mendiamkan diri daripada kontroversi.
“Sejujurnya saya dah tak suka dengan kamera! Kalau nak cari kontroversi mudah sahaja, asal ada orang buat isu saya boleh saja menyelit sebab follower saya dah tinggi… bukan nak riak tapi itulah hakikatnya.
“Jadi sekarang saya mahu lebih matang, tengok orang lain buat gimik itu dan ini, saya rasa tak apa la sebab kita dah rasa dulu. Tak perlu lagi la. Saya cuma nak cari ketenangan,” katanya ketika ditemu bual.
Jujur mengakui, dia kini tidak sanggup lagi terpalit dengan sebarang isu panas kerana memikirkan usianya yang semakin meningkat.
Sementelah dia enggan isu panas yang tular membuatkannya menjadi malu dengan anak-anak, sekali gus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa.
“Anak pertama saya pun dah masuk tingkatan tiga, bila dia tanya… abah kenapa video viral macam ni, kita pun jadi malulah. Jadi saya fikir tak apa la walaupun kurang kontroversi maruah lagi penting.
“Kita nampak anak kita dah membesar remaja… jadi anak bujang dan anak dara. Kita tengok betapa struggle membesarkan mereka, kita pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kita sedar.
“Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat,” ujarnya.
Aliff ditemui semasa majlis Malam Aspirasi D’Herb yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada malam Sabtu.
Berdepan dengan pelbagai cabaran perniagaan termasuklah kerugian, resort yang dilanda bencana alam, Aliff mengambil pendekatan menarik diri daripada mencipta sebarang kontroversi yang akhirnya memakan diri.
“Sebenarnya kontroversi ini seronok tapi biarlah dia datang secara semula jadi bukan buat-buat sebab nak glamour. Kalau ikutkan saya pun nak popular hingga umur 60 tahun tapi bukan dengan cara yang murah.
“Kita kena sedar diri, kita akan tua… tak lama lagi dah nak masuk 40 tahun, rambut pun dah beruban. Jadi saya fikir sekarang ini masa untuk saya jadi ahli perniagaan sebenar bukan nak gelenya-gelenya (gedik). Saya tak nak dah! Nanti orang kata orang tua tak sedar diri.
“Dalam tahap sekarang ni, saya nak maintain saja, Alhamdulillah semua dah cukup. Nak kata kaya tujuh keturunan saya tak berani sebab kita bukan tuhan, kita tak tahu mungkin satu hari nanti saya akan susah juga tetapi buat masa ini cukuplah boleh hantar anak ke sekolah, bayar gaji pekerja dan tidak dihimpit kontroversi murahan,” ujarnya lagi.
Kalau dulu-dulu, waktu masih belum ada sosial media ramai yang tak tahu tentang banyak perihal termasuklah tentang penyakit. Segala info hanya boleh didapati di dada akhbar, bahan bacaan lain dan pengalaman sendiri.
Sebagai contoh kita lihat tentang autism. Jika dulu, ramai yang tak tahu tentang penyakit ini. Tetapi sekarang, bukan sahaja boleh membuat carian sendiri, malah boleh lihat contoh melalui perkongsian ahli keluarga anak-anak ini misalnya pelakon Zarina Zainuddin.
Umum tahu bahawa Zarina cukup dikagumi ramai dalam membesarkan dan menguruskan anak kembarnya yang merupakan anak-anak autistik, Muhammad Razil Azrai atau Azil dan Muhammad Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal.
Hari ini tular ada individu yang tidak bertanggungjawab telah mengubah penulisan di laman Wikipedia tentang anaknya, Azal dengan meninggalkan maklumat yang salah sehingga mengundang kesedihan lelaki itu.
Perkara ini mengundang sebak si ibu yang berkongsi hal ini sendiri di laman Instagram miliknya.
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di Wikipedia kata Azal gila ibu tengok ni, saya yang baca jadi terkedu sekejap saya peluk dia saya kata Azal tak gila, Azil tak gila… Azal dan abang Azil anak istimewa.
“Anak ibu, Allah ada… biar orang kata apa Allah ada. Kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” tulis Zarina Zainuddin.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Zarina turut tampil mempamerkan rasa kurang senang dengan tindakan melampau individu tersebut. Malah, ada juga yang tampil memberitahu info dalam wikipedia tersebut telahpun diedit kepada info asal.
Alangkah bahagianya hati ibu dan ayah bila melihat anak-anak mesra hubungannya di antara satu sama lain.
Si abang atau kakak bukan sahaja tahu melayan adiknya untuk bermain bersama, malah dengan penuh kasih sayang boleh pula menyuapkan nasi ke mulut saat makan di kantin sekolah.
Kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Nazri ini memang luar biasa dan jarang-jarang kita dapat lihat.
Jom semak perkongsian penuh daripadanya.
Entah kenapa,hati saya begitu terusik dengan gambar yang dihantar oleh seorang guru, di dalam group telegram kami.
Seorang abang, menyuapi adiknya makan di pagi hari ketika di kantin sekolah kami.
Satu pemandangan indah, yang bukan direka-reka. Ianya lahir dari kasihnya seorang abang kepada adiknya.
Murid ini, bukanlah murid yangg pintar dalam akademik. Namun, nilai yang ditonjolkan ini tiada tolok bandingnya.
Sejauh mana kepintaran seseorang murid, ia tidaklah mendatangkan kepuasan, seperti mana yang kami lihat hari ini.
Semoga, ia memberi inspirasi kepada murid yang lain, bahkan kepada semua, termasuk anak-anak kita.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.