Siapa sangka, kanak-kanak enam tahun pun tahu berbakti kepada tanah. Begitulah yang dilakukan oleh murid pra Sekolah Kebangsaan Sri Keledang ini.
Hanya berbekalkan modal RM10, Muhammad Afiq Aryan Rosman mula menanam kangkung di halaman rumahnya di Taman Slim Permata.
Beli benih guna tabungan
Lebih menarik si cilik ini membeli benih sayur kangkung menggunakan tabungannya sendiri.
Menggunakan tiga paket benih kangkung pada harga RM6 dan bakinya digunakan bagi membeli baja.
“Modal itu hasil tabungan saya yang diberikan keluarga. Menanam kangkung juga bukannya sukar kerana selepas disemai, saya hanya perlu menyiramnya mengikut waktu ditetapkan seperti yang pelajari di facebook Jabatan Pertanian.
Ads
“Kangkung tidak mengambil masa yang lama untuk dituai dan penjagaannya pula mudah. Walaupun laman hadapan rumah tidak luas namun kangkung yang tanam boleh dinikmati oleh saya sekeluarga dan jiran,” katanya.
Tidak gemar makan sayur.
Dalam pada itu, kanak-kanak ini mengakui sebelum ini tidak gemar makan sayuran. Bagaimana pun selepas bercucuk tanam sayur kangkung, dia mula menyukai sayu-sayuran.
“Selepas tiga minggu ditanam, kangkung dituai dan dimasak oleh ibu. Selebihnya saya sedekahkan kepada jiran.
Ads
“Aktiviti ini saya lakukan waktu lapang sejak sekolah dibuka dan harap rakan-rakan lain boleh cuba menanamnya,” katanya.
Nyata usaha kanak-kanak ini sungguh inspirasi! Jadi tiada alasan untuk kita sebagai orang dewasa memberi alasan untuk tidak bercucuk tanam.
Dalam pada itu, cara anak kecil ini telah menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa kagum melihat usaha yang dilakukannya.
Bagai bulan jatuh ke riba, seorang ibu tunggal sebak menerima elaun tunggakan sebanyak RM64,175 bagi pihak arwah suaminya yang meninggal dunia pada tahun 2017.
Ngah Osman, 74, berkata ketika ditemui pemberita meluahkan rasa bersyukur kerana beliau tidak menyangka akan menerima wang sebanyak itu.
Difahamkan sebelum meninggal dunia, arwah suaminya, Ismail Abas bertugas sebagai bilal Masjid Kampung Kolam Kuala Ibai di sini selama 34 tahun.
“Saya pun sebenarnya sudah lupa tentang elaun tertunggak ini, tidak sangka jumlahnya sangat banyak dan di luar jangkaan saya.
“Insya-Allah saya akan menunaikan umrah menggunakan wang ini dalam masa terdekat dengan ditemani anak-anak,” katanya.
Ngah merupakan antara 12 penerima tunggakan elaun imam dan bilal masjid mukim yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ibu kepada empat anak itu berkata, selama berkhidmat sebagai bilal masjid, arwah suaminya yang meninggal dunia pada usia 74 tahun tidak pernah menerima elaun bulanan selama 12 tahun sejak 2005.
“Sepanjang tempoh itu, arwah menyara hidup kami sekeluarga dengan menjadi nelayan sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung lima tahun lalu,” katanya.
Sumber : Kosmo
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Setiap orang tak sama perjalanan hidupnya, ada yang tinggal bersama, tak kurang ada yang terpaksa berjauhan dengan pasangan. Dengan kata lain, PJJ yakni perkahwinan jarak jauh.
Dan tidak semua orang mampu melalui perjalanan hidup berjauhan dengan pasangan lebih-lebih lagi jika ada anak. Bukan satu tugas yang mudah, kena bijak membahagikan masa.
Begitu pun, orang sekeliling terutama keluarga dan rakan-rakan perlu memberi sokongan dan tidak lokek menghulurkan bantuan apabila diperlukan.
Namun tidak semua orang faham akan situasi PJJ. Demikian secebis kisah yang dikongsikan oleh Najibah Mustaffa menerusi laman facebooknya.
JANGAN SESEKALI UKUR KEHIDUPAN ORANG GUNA PEMBARIS KITA
Dulu masa saya PJJ dengan suami, tak jauh pun Kuantan – Temerloh. Sekitar 2 jam perjalanan. Bila saya bercerita perihal sukarnya saya PJJ, urus dua anak sendiri. Ada lah rakan sekerja yang memandang remeh keluhan saya. Padanya tiada apa sangatlah setakat PJJ begitu. Ada orang lagi lama, lagi jauh.
Perasaan saya masa tu terhenyak. Rasa jatuh berkeping keping. Oh gajah pada mata saya, hanya kuman pada mata orang yang memandang.
Lalu saya belajar. Jangan mengatakan perkara yang sama kepada orang yang sedang dalam kasut ujian. Jangan diremehkan, sebaliknya bantulah menguatkan sebuah perasaan. Hulurkan bantuan jika diperlukan. Jika kita kuat hadapi sesebuah situasi, belum tentu orang lain sama.
Sebab, pembaris kita tak pernah sama. Dan tak akan pernah.
Syukurnya Maghrib ini bila baca berita Ustazah yang hilang itu sudah ditemui selamat. Ustazah ini juga teruji dengan jarak jauh antara rumah dengan sekolah. Setiap hari bangun seawal pagi, membelah malam yang masih pekat dan memandu ratusan kilometer untuk ke sekolah.
Yang buat rasa sebal di dalam hati bila ada komen komen tak fikir sensitiviti lebih kurang begini.
“Alah, setakat ulang alik kerja macam itu, isteri kawan aku relaks je. Bahagia je. Anak pun ramai. ”
“Ala. Acah acah depression je ustazah ni. ”
” Ustazah tak kuat iman.”
” Kalau dah tak boleh nak mengajar. Lepas je jawatan tu bagi orang lain. ”
Allahu. Kita akhir zaman ni begini lah. Laju sangat menaip sampai lupa nak tapis kata kata ikut batasan adab, akhlak dan perikemanusiaan. Seolah olah kalis benar dari ujian.
Semua nak ulas ikut pembaris sendiri. Walhal kita tak tahu pun cerita sebenar.
Kita sedar atau pun tidak. Simpati atau empati ke tidak. Kenyataannya wanita hari ini ramai yang terpaksa jadi kuat. Lebih daripada kemampuan dirinya. Urus rumahtangga, bekerja, sampaikan tiada masa untuk diri sendiri.
Sakit, tahan.
Sedih, pendam.
Penat, biarkan.
Dan sudah lama tak mampu ukir senyuman.
Sedar tak sedar ramai wanita kemurungan dan ada penyakit mental. Antara punca kerana gaya hidup yang menekan hari ini. Tambah lagi tiada sistem sokongan sekeliling terutama suami. Banyak kes pengabaian rumahtangga.
Kes kelar anak. Nak terjun jambatan. Lemas kat laut.
Antara secebis kisah berkaitan isteri, ibu, wanita yang kita pernah dengar. Kita tak tahu berapa ramai lagi jiwa jiwa ini yang sedang berduka. Belum sembuh.
Keadaan jadi lagi buruk bila ada jenis lelaki yang nak samakan kudrat wanita dengan dirinya lelaki bab bekerja etc. Walhal jika diri mereka diminta mengurus rumahtangga sebagaimana wanita. Belum tentu bagaimana.
Kita mungkin lupa satu perkara. Wanita dan lelaki ini Allah jadikan berbeza design dan software nya. Fizikal pun tak sama. Apatah lagi emosi, kemampuan diri.
Kalau pun tak boleh empati. Simpati sahaja sudah cukup.
Najibah Mustaffa
Berkata lah yang baik. Atau pun diam sahaja. Ikut pesan Rasulullah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada siapa yang ingin hidup susah dan pastinya setiap antara kita mengimpikan untuk hidup di dalam keadaan yang serba serbi ada. Selain hidup di dalam keadaan kewangan yang stabil dan paling tidak ada rumah yang selesa untuk berteduh daripada hujan dan panas untuk membesarkan anak-anak.
Namun kemiskinan hidup yang dilalui oleh sekeluarga yang menetap di Kampung Parit 5 Gambut, Sungai Panjang, Selangor ini telah memaksa mereka menjadikan bengkel motosikal sebagai ‘syurga’ kediaman mereka sejak 10 tahun yang lalu.
Apa yang lebih menyedihkan memetik paparan berita yang dikongsikan di myMetro, ‘syurga’ didiami mekanik motosikal, Zainal Abidin Mohamed, 38, isterinya, Sri Idayu Sabran, 34, serta tiga anak berusia dua hingga 10 tahun itu menunggu rebah akibat dimakan anai-anai.
Malah ketiga-tiga anak pasangan suami isteri itu pernah disengat lipan beberapa kali sebelum ini.
Usaha Buat 2 Kerja
Bercerita lanjut, Zainal Abidin berkata, dia melakukan dua pekerjaan iaitu membaiki motosikal pada waktu siang bersama anak buah dan menangkap belut pada sebelah malam.
Katanya, semua itu dilakukan demi menyara keluarganya. Saya perlu berusaha keras kerana dua daripada tiga anak sudah bersekolah selain menjaga ibu (Aminah Ismail, 79) yang sakit darah tinggi dan tidak boleh berjalan.
“Tetapi disebabkan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatan saya tidak menentu hingga menyebabkan saya tidak dapat membayar bil elektrik dan air,” katanya ketika dikunjungi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Parit 5 dan 6 Gambut, Mas Lina Husein tadi.
Sehubungan itu, Zainal Abidin berharap ada pihak yang sudi menawarkan kediaman yang selamat dan selesa untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya.
“Dahulunya bengkel ini adalah rumah pusaka. Namun ia terpaksa diubah suai menjadi bengkel motosikal bagi menyara keluarga,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam (12056022663230) di atas nama Zainal Abidin Mohamed atau menghubunginya di talian 017-3596683.
Sementara itu, Mas Lina berkata, kesusahan dihadapi Zainal Abidin sekeluarga sememangnya dalam perhatian pihaknya.
Katanya, beliau berharap pihak berwajib membantu keluarga itu dengan memberikan sebuah rumah demi keselesaan anak-anak.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kecurangan suami di media sosial boleh mengundang dosa, aib dan risiko undang-undang. Ustazah jelaskan kenapa bukti perlu dibawa ke saluran yang betul.