Bagai bulan jatuh ke riba, seorang ibu tunggal sebak menerima elaun tunggakan sebanyak RM64,175 bagi pihak arwah suaminya yang meninggal dunia pada tahun 2017.
Ngah Osman, 74, berkata ketika ditemui pemberita meluahkan rasa bersyukur kerana beliau tidak menyangka akan menerima wang sebanyak itu.
Difahamkan sebelum meninggal dunia, arwah suaminya, Ismail Abas bertugas sebagai bilal Masjid Kampung Kolam Kuala Ibai di sini selama 34 tahun.
“Saya pun sebenarnya sudah lupa tentang elaun tertunggak ini, tidak sangka jumlahnya sangat banyak dan di luar jangkaan saya.
“Insya-Allah saya akan menunaikan umrah menggunakan wang ini dalam masa terdekat dengan ditemani anak-anak,” katanya.
Ngah merupakan antara 12 penerima tunggakan elaun imam dan bilal masjid mukim yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ibu kepada empat anak itu berkata, selama berkhidmat sebagai bilal masjid, arwah suaminya yang meninggal dunia pada usia 74 tahun tidak pernah menerima elaun bulanan selama 12 tahun sejak 2005.
“Sepanjang tempoh itu, arwah menyara hidup kami sekeluarga dengan menjadi nelayan sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung lima tahun lalu,” katanya.
Sumber : Kosmo
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bisnes Tak Laku, Rumah 4 Bulan Tertunggak. Pasangan Ini Terpaksa Jual Kereta Kancil Sebagai Ikhtihar Terakhir
Sepasang suami isteri tekad untuk menjual sebuah kenderaan yang merupakan pengangkutan utama keluarganya kerana berdepan dengan masalah kewangan yang rumit dan demi meneruskan kelangsungan hidup.
Ini merupakan ikhtihar terakhir bagi mereka demi untuk menyelamatkan tempat tinggal mereka yang sudah 3 bulan tertunggak.
“Bayaran rumah sewa sebanyak RM400 sebulan sudah tertunggak tiga bulan. Itu belum lagi nak menampung makan minum kami sekeluarga.
Menurut isteri pasangan berkenaan, Safiyah Abdullah bahawa kereta Kancil terpakai itu dibeli pada 2021 untuk kegunaan berniaga dan menghantar anak-anak ke sekolah.
Walaupun berat hati untuk melepaskan kereta yang banyak membantu mereka sekeluarga dalam mencari rezeki, namun wanita berusia 30 tahun ini bersama suaminya terpaksa melepaskannya.
“Saya dan suami berniaga asam pedas tetal sejak 1 Ramadan lalu, tapi tak balik modal. Ada hari hanya terjual sebungkus RM5 sahaja.”
Perniagaannya hanya bertahan selama enam hari, Safiyah terpaksa akur bisnes berkenaan lebih mendatangkan kerugian sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka.
“Sebelum ni okay, tapi masuk bulan puasa bisnes makin ‘sakit’. Mungkin antara sebab adalah gerai kami di Duyong Bestari, Melaka terlalu dekat dengan bazar Ramadan, jadi orang ramai lebih tertumpu ke sana membeli juadah.
“Kami pula tak mampu nak sewa tapak bazar. Jadi berniaga apa yang boleh, tapi kami struggle nak bayar tunggakan sewa rumah dan tanggung anak-anak.
“Itu sebab kami buat video di TikTok untuk cuba jual kereta kancil tu pada harga RM3,000,” ujarnya yang mempunyai 5 orang anak.
Selain masalah tunggakan sewa rumah dan sara hidup keluarga, dia yang menetap di Melaka Tengah, Melaka itu juga perlu menanggung kos penjagaan anak bongsunya yang berusia dua tahun kerana menghidap laryngomalacia yang berkaitan dengan masalah saluran pernafasan.
“Kami lebih risau hilang tempat tinggal. Kat mana kami sekeluarga nanti? Itu belum lagi kos ulang-alik bawa anak ke hospital setiap minggu selain cari duit untuk baiki seandainya kereta tu rosak lagi.
Apabila ditanya mengenai bantuan kewangan daripada NGo ataupun zakat, wanita ini memaklumkan bahawa dia cuba ikhtihar sedaya-upaya sebelum mendapatkannya.
“Bukan tak pernah terfikir nak mohon bantuan zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tapi kami rasa masih mampu berusaha dan berikhtiar sedaya-upaya.
“Bantuan kewangan tu seeloknya untuk mereka yang lebih susah, fakir miskin. Buat apa ambil hak orang, jadi kami ikhtiar dengan jual kereta untuk selesaikan segala hutang yang ada,” ujarnya lagi.
Kisah Safiyah dan keluarganya ini yang tular di media sosial telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang kemudiannya segera membuat lawatan bersama JKM dan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) ke rumah keluarga tersebut, pada Isnin lalu.
“Hasil perbincangan Safiyah tak pernah mohon JKM dan Maim untuk bantuan yang berkala. Kita tunggu Safiyah lengkapkan borang untuk hantar kepada JKM dan Maim.
“Untuk rekod juga, Maim sebenarnya banyak kali dah bantu Safiyah dalam bentuk one-off (sekali) yang mana dia datang apabila mengadu masalah dan Maim bantu secara tunai.
“Jadi, untuk langkah seterusnya kita perlukan dokumen-dokumen daripada Safiyah untuk kita bantu dari segi bantuan lain.
Pasangan ini turut mengatakan bahawa, mereka tidak menyangka kisah mereka mendapat perhatian ramai di media sosial.
“Alhamdulillah syukur. Kami juga mencuba nasib, kembali berniaga nasi goreng ayam kunyit dengan menu rahmah berharga RM5 sebungkus.
“Buat masa ini, kami buka tempahan dan kebanyakan pelanggan melakukannya untuk infaq Ramadan, sama ada disumbangkan ke masjid, rumah anak-anak yatim atau orang awam.
“Jika ada permintaan, kami akan menjual di gerai seperti biasa. Terima kasih kerana ramai yang prihatin dan teruskan mendoakan kami,” katanya.
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Baru 37 Hari Bergelar Ayah & Isteri Masih Dalam Pantang.” Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Dalam Tidur
Pelakon Yana Samsudin memuat naik satu berita sedih selepas adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith Samsudin menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam. Berita tersebut dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, yana memberitahu bahawa adiknya baru ingin merasa nikmat sebagai seorang bapa.
Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. .
.
Rupanyaa hari ni… 😢
Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari…..
Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. .
Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. .
.
Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya..
Yana meluahkan rasa sedih kerana adiknya meninggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan pesan.
.
Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… ..
Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… .
Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin..
.
.
Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .
.
Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88
View this post on InstagramA post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Sumber: IG yanasamsudin
Makan Kaki Ayam Boleh Awet Muda, Ini Rahsianya Dan Resipi!
Makan Kaki Ayam Boleh Awet Muda, Umur 30-an Macam 20-an. Ini Cara & Khasiatnya.
Berikut Merupakan Khasiat Kaki Ayam.
1-Kaki ayam mengandungi kolagen yang baik
Menurut satu kajian, kaki ayam memiliki kologen yang sangat tinggi. Antara manfaat khaisat kologen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:
Selain itu, kologen juga membantu dalam membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, mengganti sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baru dengan lebih cepat.
Kologen juga mampu menyerap kalsium dan protein dan membantu membuatkan tubuh jadi sihat. Kologen meningkatkan metabolism sekaligus membantu menurunkan berat badan. Ia juga membantu memguatkan tulang dan membantu mengurangkan risiko tulang rapuh rapuh.
2)Mengurangkan risiko sakit tulang rapuh
Selain itu, kaki ayam dikatakan kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang apabila dah tua.
3)Mempercepatkan menyembuhkan kecederaan
Disamping itu, kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut bantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, boleh cepat sembuh sekiranya makan kaki ayam ni
4) Mambantu bahagian saluran pencernaan sihat
Disamping itu, kaki ayam mengandungi nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membantu sistem pencernaan menjadi lebih baik.
Mulai sekaang bolehlah anda cuba jadikan kaki ayam ni sebagai makanan berkuah atau sup okay. Ini kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti kologen, protein, kondroitin dan glucosamine akan larut dalam sup ketika dimasak.
5) Sentiasa menjaga kesihatan kuku agat sentiasa terjaga
Khasiat Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.
6)Membantu menyihatkan gusi
khasiat ke 6 adalah nutrisi yang terkandung didalam kaki ayam mampu membantu menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahun kepada pembaca. Lepas ini, bolehlah beli ayam sekali kaki ayam ye, Selamat mencuba.
SUP KAKI AYAM ALA THAI
Bhn:
500gm kaki ayam
7 Ulas bawang putih(dibelah dua)
1 ketul halia saiz sederhana(diketuk2 sedikit)
2biji Ubi kentang(belah 4)
1biji Lobak merah(potong ikut suka)
1 pack Cendawan(dicarik2)
2 biji Tomato(belah 4)
2 biji Bawang besar(belah 4)
10 biji cili Thai(diketuk2)
4 helai daun limau purut muda
2 biji limau kasturi/1biji limau nipis
*3 ulas bawang merah(hiris nipis)
*3ulas bawang putih(hiris nipis)
*2 inci halia dihiris nipis
*1 kuntum bunga lawang
*1 inci kulit kayu manis
*2 biji buah pelaga
1 sdb rempah sup/rempah kurma
Garam secukup rasa
Ajinomo (jika suka)
Saya gantikan dengan meggi cukup rasa shj.
.
Cara:
1)kaki ayam dicuci bersih dan direbus bersama halia yg diketuk dan bawang putih yg dibelah dua.rebus sampai kaki ayam lembut.
2)setelah kaki ayam lembut masukkan ubi kentang..rebus lagi hingga ubi kntang lembut.
3)Dalam periuk yg lain tumiskan bhn bertanda * hingga kekuningan dan wangi..masukkan rempah sup yg dibancuh dgn sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.
4)kemudian tuangkan kaki ayam dan kentang yg direbus tadi kedalam bhn rempah….
5)masukkan garam,serbuk perasa,perahan limau nipis /limau kasturi.bila nmpk dah mendidih masukkan cendawan, tomato,bwg besar,cili padi..kacau dan biar seketika.(sayur2 ini terpulang ikut kesukaan msg2 ye)
6)Bila sdh masak padamkn api dan masukkan hirisan daun ketumbar..
Siappp untuk dihidangkan..
Kredit: Zainab Idar dan Saidatul Abdullah