Wanita mana yang tak suka bila mana apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Demikian kisah wanita ini yang sudah lama ingin memilik pantri-nya sendiri.
Hasil kerja tangan suami tersayang, akhirnya apa yang dihajati tercapai. Perkongsian tersebut dimuat naik di laman Facebook Esm Shafizawati Bt Nazirrudin beserta beberapa keping gambar menunjukkan proses pembuatan pantri itu beserta dengan hasilnya. Menurut Shafizawati, suaminya menggunakan ruang bilik stor bawah tangga untuk membuat pantri berkenaan yang mengambil masa 4 hari.
Ads
Dalam perkongsian tersebut, dia menujukkan gambar sebelum dan selepas pantri yang diimpikannya itu disiapkan. Memang cantik dan kemas kerja tangan suaminya! My Dream Pantry
Sis share masa proses dulu ye. Esok sis share yang dah siap letak barang.
Asalnya ni bilik store bawah tangga. Bila sebut store paham je la kan..banyak barang yg nak kena 5s. So malam ni tak boleh tido, kena kemas sampai siap.
Alhamdulillah. Dapat dah pantry..yeayyy. Terima kasih bang haji. My Dream Pantry Alhamdulillah, selama 4 hari bertungkus lumus dari sesi presentation, membeli meterial, proses buat dan menyusun akhirnya yang diidamkan ada depan mata. Walaupun dapat pantry bawah tangga tapi sis rasa seperti wanita terbahagia. Terima kasih suamiku.
Ads
Ads
#Alhamdulillah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki anak adalah impian setiap pasangan suami isteri, ada yang mahu sedikit tak kurang yang suka anak ramai.
Biar berapa pun bilangan anak, yang penting kehadiran mereka mengeratkan lagi kasih sayang dan menyemarakkan lagi ikatan perkahwinan.
Baru-baru ini viral perkongsian seorang wanita yang berkongsi gambar raya keluarga besarnya dari tahun 2018 sehingga sekarang. Semuanya gara-gara memiliki anak yang ramai.
Mana tidaknya, setiap tahun pasangan ini dikurniakan anak. Bahkan, mereka turut berseloroh kononnya kena menaiki lori untuk tahun ini gara-gara anak ramai.
Menurut wanita ini, keluarga mereka awalnya masih mampu menaiki motorsikal beramai-ramai. Tetapi dengan bertambahnya bilangan anak, akhirnya pada 2020 tidak lagi mampu berbuat demikian.
Apa yang melucukan, timbul idea dari si ayah untuk menaiki lori bagi menampung bilangan anaknya yang seramai 7 orang.
Menurut Puan Yati, walaupun memiliki anak ramai dan masih kecil, namun setakat ini dia dan suami tiada sebarang masalah dalam menguruskan tujuh anak mereka.
Begitu pun, dia tidak menafikan berhadapsn dengan pelbagai gelagat dan karenah anak-anak.
“Alhamdulillah setakat ini mudah je nak handle semua anak-anak. Saya dah bagi tugasan khas untuk tiap seorang.. Bab jaga adik, bergilir-gilir.
“Kalau saya keluar berdua dengan suami pun, 4 yang besar akan jaga 3 yang lain.
“Macam tugas mandikan adik, buat susu adik, suap adik makan, bergilir2.. Macam pagi kakak dah buat susu adik, tengahari saya minta abang dia pulak buat. Tak nak nanti kakak rasa asyik dia je yang buat. ” ujar Yati lagi sambil memberitahu pakaian raya untuk anak-anaknya adalah atas pilihannya sendiri.
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian tersebut terhibur. Tak kurang yang memuji sambutan raya pasti lebih meriah dengan gelagat anak-anak itu.
Zaman sekarang ini kos sara hidup semakin tinggi, dan ini memerlukan bukan sahaja suami berusaha lebih keras untuk menggandakan pendapatan keluarga malah ada baiknya isteri turut membantu dalam meringankan beban suami.
Selain perlu bekerja dengan makan gaji, apa kata mulakan untuk berbisnes secara kecil-kecilan di rumah. Cara ini lebih memberi ruang masa yang fleksible kepada ibu-ibu untuk menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama menjana pendapatan.
Apa yang pasti, berbisnes pada hari ini selain tujuannya untuk membantu suami, ada baiknya fahami kepentingan kepada diritentang perlunya duit poket sendiri.
Melalui perkongsian daripada Puan Norsahida Mohamad Said diharapkan dapat membuka mata dan memberi inspirasi untuk ibu-ibu di luar sana memulakan langkah untuk berbisnes. Jom semak perkongsiannya.
5 Sebab Kenapa Isteri Sekarang Perlu BUAT BISNES 1. SIDE INCOME Rasanya semua orang tahu, ekonomi sekarang makin tenat dan gawat. Nak tak nak, isteri sekarang kena fikirkan macam mana nak bantu suami untuk tambah pendapatan keluarga. Kenaikan harga barang, menyebabkan si isteri kena berjimat cermat. Time shopping barang dapur tu, kena cari yang ada pakej kombo. Kena fikir juga 48 kali nak beli barang sendiri. Kena dahulukan keperluan keluarga dulu. Sob Sob Sob…aduhaiii…
2. TAK MENGHARAPKAN GAJI SUAMI
Kadang kadang kita ni si isteri, malu aihhhh, asyik nak mintak duit suami aje. Lebih lebih lagi sekali sekala nak melaram beli tudung terobang. Nak beli suplemen untuk dalaman pun, rasa segannnn aje nak mintak. Bukan mintak dengan orang lain pun tapi dengan suami sendiri pun maluuuu ya amat.
Anak anak pula, sekali sekala nak beli aiskrim Malaysia makcik depan rumah buat. Aiskrim kacang hijau plak tu, sedap popalihhhh (cakap orang Temerloh), tapi takkan lah nak tunggu duit gaji masuk baru boleh beli. Sadiss kan jika tiada duit sendiri. Huhu..
3. SUAMI TAK BAGI NAFKAH Oh, ini cerita sadis lagi. Abam sado kita tu bukan tak nak bagi, tapi beban belanja keluarga yang besar. Memang tak cukup nak bagi isteri. Kita yang isteri solehah ni, opkos lah patuh. Lagi pun, kesian kat suami tu, dia sorang sorang je cari duit untuk belanja keluarga. Kesian sungguh pada cik abam sado kita tu!
4. BELAJAR BERDIKARI Haaa… ini ibarat sediakan payung sebelum hujan. Something happen, kita tak tahu. Bukan minta, tapi cerita realiti. Yang hidup pasti mati. Jadi, isteri yang solehah dan baik, bersiap sedialah kita sebelum apa apa terjadi. Pecahkan TEMBOK MALU untuk mula buat bisnes tau!. Cari orang yang betul yang boleh guide kita.
5. TAK NAK DIPANDANG RENDAH Apa… ingat kita duduk rumah, jaga anak, jaga keluarga ni tak boleh jadi wanita HEBAT?. Jangan pandang sebelah mata woooo… Sekarang ni, dah banyak cerita, dari surirumah kini sudah punya empayar sendiri. Fuhhhh… So, jangan pandang rendah wanita berwajah lembut tapi punya hati waja.
Kalau ikutkan, banyak lagi SEBAB kenapa awak awak, isteri perlu buat bisnes sekarang. Tapi cukuplah akak bagi 5 ni dulu. Hadam baik baik dan berbincanglah dengan cik abam tu untuk bagi restu untuk mulakan bisnes.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi orang Kluang, Johor anda pasti tahu gerai yang menjual jemput-jemput murah dan sedap. Tentunya di sebuah gerai yang terletak di Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Kluang, Johor.
Gerai ini telah diusahakan oleh seorang warga emas iaitu Pak Mail yang kini berusia 73 tahun.
Di sini, terdapat pelbagai jenis jemput-jemput yang dijual. Jemput-jemput yang sedap ini hanya dijual dengan harga 10 sen sebiji. Antara yang unik adalah jemput isi naga, nangka, nenas dan jagung yang dicampur sekali dan anda akan rasa terdapat potongan buah-buahan didalamnya.
Walaupun telah dilarang oleh anak-anaknya agar tidak meneruskan berniaga, namun kerana minat, Pak Mail tetap meneruskan perniagaan ini walaupun keuntungan yang diperolehi tidaklah begitu banyak.
Bercerita mengenai dirinya, Pak Mail sudah kematian isterinya sejak 23 tahun lalu dan kini bersendirian membesarkan 12 orang anak-anaknya.
“Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang mengetahui, macam orang gila jaga anak.” kata Pak Mail apabila ditanya mengenai anak-anaknya selepas kematian isteri.
Pak Mail tidak mendirikan rumahtangga selepas pemergian isterinya kerana memikirkan soal anak-anak yang ramai. Begitu besar pengorbanan seorang ayah dalam usaha membesarkan anak-anak.
Dia membuka gerai setiap hari tanpa cuti. Walaupun tidak memperolehi keuntungan yang banyak namun Pak Mail rajin dan minat dalam perniagaannya.
Selain jemput-jemput yang sedap dan digoreng panas-panas, gerai Pak Mail juga turut menjual pelbagai perisa jemput-jemput yang menjadikan gerai Pak Mail ini unik.
Berniaga sambil bersedekah antara ayat yang keluar dari mulut Pak Mail.
Pak Mail menjual kira-kira 2000 biji jemput-jemput sehari. Pada bulan Ramadhan pula, Pak Mail masih gigih membuka gerai dan memberikan jemput-jemput percuma kepada orang ramai. Dia telah melakukan perkara tersebut selama lima Ramadhan berturut-turut.
Semoga Pak Mail terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan amalan berniaga sambil bersedekah dan berkongsi rezeki bersama-sama.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...