Sejak mendirikan rumah tangga, semakin ramai yang suka melihat perkongsian Datin Atikah Suhaime di laman TikToknya. Selain video masakan, sesi LIVE Atikah mempromosikan produk keluaran syarikat keluarga suaminya turut mendapat perhatian.

“My Husband Belikan Kereta Second Hand.” Ramai Puji Atikah Suhaime, Tak Kisah Mengaku Suami Belikan Kereta Terpakai
Sumber foto: Instagram Datin Atikah Suhaime

Gelagatnya yang bersahaja dan merendah diri membuatkan netizen suka dengan perwatakan pelakon jelita itu.

Baru-baru ini, Atikah berkongsi rasa gembira dan syukur selepas menerima hadiah sebuah kereta berjenama mewah Range Rover dari suaminya, Datuk Lokman Teh. Biarpun hanya kereta terpakai namun Atikah tetap teruja menerima hadiah istimewa dari suami tercinta.

Tonton video ini;

@atikahsuhaimeeee Husband belikan kereta. Alhamdullilah ❤️ #fyp #carsoftiktok #rangerovervogue #ubatgigizaitun ♬ original sound – TikaMe

“My husband belikan kereta second hand.”

Atikah telah berkongsi tentang hal ini di laman TikTok dan turut mengakui yang dirinya tidak mempunyai lesen memandu. Oleh itu, Atikah memberitahu buat masa ini suaminya yang akan menjadi pemandu.

Artikel Menarik:

Ads

“Saya Sayang Motor Tapi Lebih Sayangkan Ibu.” Pemuda Sanggup Jual Y15, Kumpul Duit Pembedahan Emak

Patutlah Kulit Licin Berseri, Rupanya Zarina Anjoulie Amal Bawang Putih Sebelum Tidur!

Dr Say Bimbang Anak Ketiga Turut Ada Autime, Lega Perkembangan Anak Terkini!

“My Husband Belikan Kereta Second Hand.” Ramai Puji Atikah Suhaime, Tak Kisah Mengaku Suami Belikan Kereta Terpakai
Sumber foto: Instagram Datin Atikah Suhaime

Apabila ditanyakan oleh suami adakah dia sukakan keretanya itu, ini jawab Atikah;

“Yes baby. Thank you so much, I love you..”

Ads

Bagi ‘menaikkan seri’ Range Rover tersebut, Atikah turut berkongsi proses coating di kedai aksesori kereta.

Namun yang menarik perhatian adalah komen orag ramai yang memuji sikap rendah dirinya yang tidak malu mengakui bahawa tentang kereta terpakai yang dimilikinya.

“My Husband Belikan Kereta Second Hand.” Ramai Puji Atikah Suhaime, Tak Kisah Mengaku Suami Belikan Kereta Terpakai

“My Husband Belikan Kereta Second Hand.” Ramai Puji Atikah Suhaime, Tak Kisah Mengaku Suami Belikan Kereta Terpakai

Ads

“My Husband Belikan Kereta Second Hand.” Ramai Puji Atikah Suhaime, Tak Kisah Mengaku Suami Belikan Kereta Terpakai

Biarpun kereta terpakai, ia tetap menjadi dambaan ramia orang. Kebanyakan komen memuji sikap Atikah yang sangat mensyukuri setiap pemberian dari suami serta sikap selamba berkongsi tentang kereta terpakai yag dihadiahkan suaminya itu.

Sama-sama kita doakan kebahagiaan Atikah dan suami, semoga hubungan mereka akan terus dilimpahi kasih sayang sehingga ke Jannah.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI