“Nabil Banyak jaga, suruh saya rehat. Tapi saya yang kurus.” Ayda Jebat Kongsi Rahsia Slim Dengan Berat 45kg Lepas Bersalin!

Share

Ayda Jebat mengakui proses berpantang adalah satu fasa yang cukup mencabar buat ibu-ibu yang baru melahirkan. Lebih-lebih lagi terpaksa menguruskan si kecil. Namun itu menjadi kelebihan buat penyanyi kecil molek ini.

Berpantang memberi kesan terhadap penurunan berat badannya.

“Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, Ana Nayla yang sihat dan membesar di hadapan mata.

“Saya dapat bermain dengan dan dapat memanjakannya. Ibu mana di dunia ini yang tidak bahagia apabila sudah ada penceria dalam keluarga kan?

“Tapi disebabkan semua hal tentang anak saya cuba usaha untuk uruskan, berat badan saya pun turun dengan mendadak. Mungkin letih kut… Saya sendiri terkejut sebab saya tidak diet pun tapi berat turun.

“Tak sangka pula, sebab apa yang saya lakukan hanyalah jaga Ana, berpantang dan makan banyak! Mungkin juga sebab menyusu badan, sebab tu tahu-tahu berat terus turun sampai 45 kilogram!” ujarnya lagi.

Tambah isteri kesayangan Nabil  Mahir ini lagi, dia tidak kisah mengenai situasi tersebut, asalkan  dapat menghabiskan masa bersama dengan anaknya yang kini sudah memasuki usia 2 bulan.

“Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah penat sikit, asalkan kami dapat melihat anak setiap masa dan menguruskan keperluannya,” ujar Ayda yang mengakui  Nabil juga banyak membantunya dalam soal menjaga anak.

“Kalau nak tahu, Nabil banyak jaga Ana. Memang kalau boleh semua hal tentang anak Nabil akan cuba settlekan.

“Most of the time pun Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat… Tapi saya pula yang kurus!.” jelas Ayda lagi.

 Ayda Dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020, ketika negara masih lagu dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hasil perkongsian hidup,pasangan ini menimang cahaya mata sulung iaitu Ana Nayla pada 21 September lalu.

Sumber: MEDIA HIBURANnabilmahir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN