Ayda Jebat mengakui proses berpantang adalah satu fasa yang cukup mencabar buat ibu-ibu yang baru melahirkan. Lebih-lebih lagi terpaksa menguruskan si kecil. Namun itu menjadi kelebihan buat penyanyi kecil molek ini.
Berpantang memberi kesan terhadap penurunan berat badannya.
“Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, Ana Nayla yang sihat dan membesar di hadapan mata.
“Saya dapat bermain dengan dan dapat memanjakannya. Ibu mana di dunia ini yang tidak bahagia apabila sudah ada penceria dalam keluarga kan?
“Tapi disebabkan semua hal tentang anak saya cuba usaha untuk uruskan, berat badan saya pun turun dengan mendadak. Mungkin letih kut… Saya sendiri terkejut sebab saya tidak diet pun tapi berat turun.
“Tak sangka pula, sebab apa yang saya lakukan hanyalah jaga Ana, berpantang dan makan banyak! Mungkin juga sebab menyusu badan, sebab tu tahu-tahu berat terus turun sampai 45 kilogram!” ujarnya lagi.
Tambah isteri kesayangan Nabil Mahir ini lagi, dia tidak kisah mengenai situasi tersebut, asalkan dapat menghabiskan masa bersama dengan anaknya yang kini sudah memasuki usia 2 bulan.
“Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah penat sikit, asalkan kami dapat melihat anak setiap masa dan menguruskan keperluannya,” ujar Ayda yang mengakui Nabil juga banyak membantunya dalam soal menjaga anak.
“Kalau nak tahu, Nabil banyak jaga Ana. Memang kalau boleh semua hal tentang anak Nabil akan cuba settlekan.
“Most of the time pun Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat… Tapi saya pula yang kurus!.” jelas Ayda lagi.
Ayda Dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020, ketika negara masih lagu dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hasil perkongsian hidup,pasangan ini menimang cahaya mata sulung iaitu Ana Nayla pada 21 September lalu.
Pertama kali masuk sekolah, anak-anak tidak ketinggalan untuk bercerita pengalaman maisng-masing. Baru-baru ini viral anak mengadu pada ibu dia dipulaukan kerana tidak menggunakan beg sekolah jenama Smiggle.
“Allahu. Hari ni hari pertama anak sekolah. Tanyalah dia, adik OK tak sekolah hari ni? Dia jawab tak ada orang nak kawin adik sebab adik tak pakai beg Smiggle.
“Kesian anak aku, tak apalah nak, ada rezeki lebih nanti mama belikan ya,” tulis seorang wanita.
Dengan satu perkongsian mungkin menjadi tumpuan orang ramai, tetapi bila 3 posting dari 3 orang yang berbeza dengan ayat yang sama, agak pelik di situ, kan?
Penceramah dan pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi memuat naik bukti tangkap layar bahawa perkongsian itu palsu.
Seorang wanita dikenali sebagai Puteri Syazana Aimi mendakwa gambar beg tular tersebut dirakam sendiri olehnya dan tiada kaitan dengan kisah-kisah sedih ibu bapa murid-murid berkenaan.
“Kepada sesiapa yang jumpa tweet ni di Twitter atau Facebook, sila tolong report ya. Tu gambar saya upload kat Shopee untuk review, tak ada kaitan dengan Smiggle ke apa.
“Saya beli beg tu untuk anak umur tiga tahun bawa pergi playschool. Saya tak ajar anak saya guna barang branded walaupun kami berdua mampu. Admin akaun tu dah salah guna gambar tersebut. Sila bantu saya report kalau nampak lagi posting ini,” ujar wanita berkenaan.
Dalam pada itu, Akhi Fairuz juga turut berkongsi pendapatnya mengenai kisah itu. Tulisnya, kanak-kanak biasanya tidak kisah akan jenama beg, sebaliknya mereka lebih tertarik kepada rekaannya.
“Kalau satu post, mungkin kisah ini real. Tapi kalau tiga post dari orang yang berbeza dengan lenggok bahasa yang hampir sama, susah juga nak percaya benda ni betul.
“Lagipun anak-anak yang baru masuk darjah satu ni jenis tak memilih kawan. Ni pasal beg berbeza terus palau kawan nampak tak logik. Lagipun sekolah baru je bermula tiga hari lepas.
“Anak-anak masih lagi dalam fasa homesick, kejap-kejap keluar tandas, nangis nak mak, terkencing dalam seluar dan lain-lain. Marketing je semua ni, ujarnya di Facebook.
Tambah Akhi Fairuz, kanak-kanak biasanya tidak kisah akan jenama beg, sebaliknya mereka lebih tertarik akan rekaan beg tersebut.
“Budak kalau pasal beg, depa lebih prefer gambar pada beg, bukan jenama. Anak lelaki suka gambar dinosaur, Avengers dan lain-lain. Anak perempuan OK je kalau ada gambar Elsa, princess, Little Pony dan lain-lain.
“Namun, jika salah satu dari penulis ni membawa kisah yang benar, malang sekali pemikiran begini ada dalam jiwa anak kecil.
“Lebih malang lagi, siap compare jenis kereta parents, rasis dengan warna kulit yang berbeza dan lain-lain.
“Ketahuilah ini semua acuan orang dewasa yang diikuti oleh anak tanpa sedar,” ujarnya lagi.
Pastinya baju-baju perlu disiapkan dengan sempurna supaya cukup percutian balik kampung selama seminggu.
Biasanya para ibu akan menyusun baju anak-anak diletakkan dalam satu beg untuk tempoh seminggu. Namun tahukah anda ada cara yang paling kreatif untuk menguruskan pakaian dengan lebih sistematik.
Melalui perkongsian puan Ellie Syahhidah Abd Rahman, idea menyusun baju anak-anak menggunakan plastik agak luar biasa. Bukan sahaja, mudah tetapi menjimatkan ruang.
BUNGKUSAN PLASTIK PAKAIAN ANAK-ANAK
Ok meh kakak nak cerita sikit. Ni cara kakak pack baju untuk balik raya. Idea cousin jugak ni. Tq che ani Wan Rosnita Junoh. Baju2 ni dibungkus mengikut tarikh & siang atau malam. Tujuannya untuk menjimatkan ruang simpanan dalam kereta. Kat sini ada bungkusan :
22hb siang
22hb malam
23hb siang
23hb malam
24hb siang
24hb malam (malam raya)
25hb siang (hari raya)
25hb malam
26hb siang
Baju seluar extra alya
Baju seluar extra auni naufa & najlaa
CARANYA: kau kena bawa sebuah beg kecik sebab nanti kau perlukan beg tu untuk angkut bungkusan ke dalam rumah / hotel / homestay ikut tarikh baju yang kau nak pakai. Bungkusan letak mana? Kakak letak bawah setiap seat, dalam tempat simpan tayar spare & kat mana je kakak boleh selit. Yang penting tak nampak kat mata, semak. Susun pun kena ikut tarikh tau. Supaya tak tercari2.
JIMAT RUANG DALAM KERETA
Kakak pakai alza je, makanya semua seat tu boleh baringkan & letak segala macam comforter untuk keselesaan anak2 kakak. Sebab kami biasanya gerak pagi2 buta waktu anak2 tido. Comforter & bantal bukan saje2 bawak sebab anak nak tido je tau. Tapi bila balik kampung ramai2, mesti ada masalah kurang bantal & selimut kan? Tu lah gunanya. Ok tu je la kot yg kakak boleh kongsi kat sini. Sesuai la utk keluarga sederhana besar cam kami ni.
Nota kaki : bungkusan tu kecik je sebenarnya tau. Jangan pakai plastik besar. Sebab anak 4 orang, dalam sebungkus tu ada 4 pasang pakaian je la.
BAJU IBU
Baju ibu kat mana? Baju ibu dalam beg sebab baju ibu besar, susah nak bungkus2 gitu. Tapi tetap jugak menjimatkan ruang. Yang penting bawa baju nak pakai, tetap ikut tarikh tu. Jangan bawa almari, memang tak muat kereta la. Beg untuk brg2 mandian, beg mekap, accessories tu buat seminima yang mungkin. Biar apa yg kita bawa tu berguna, jangan yang tak berguna pun bawa jugak. Semoga bermanfaat.
Kreatifnya idea ni. Boleh cuba ni untuk raya ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pemuda 20 tahun itu melontarkan kata-kata yang cukup indah bersama alunan ayat suci al-Quran dari Surah Al-Hujurat, ayat 13 sehingga persembahan tersebut menjadi tular di media sosial dalam upacara pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Qatar, malam Ahad lalu.
Ghanim Al-Muftah dilahirkan dengan penyakit Caudal Regression Syndrome (CDS) iaitu gangguan perkembangan bahagian bawah badan.
Namun siapa sangka, akibat penyakit yang dialami itu, ibunya dinasihati supaya mengugurkan kandungan. Namun dengan izin Allah Yang Maha Agong, anak ini rupanya Permata yang hebat berbanding manusia normal.
Ikuti lanjut perkongsian Ustaz Hanafi mengenai pemuda istimewa ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PEGAWAI PERUBATAN SURUH GUGURKAN KANDUNGAN
“Tuhanku Maha Penyayang dan Dia pasti akan menjagaku dan anakku.”
Ini jawapan yang diberikan oleh seorang ibu bila doktor nasihatkan untuk gugurkan kandungan. Sebab waktu tu bayi yang dikandung dalam keadaan kritikal.
Namun ibu tadi tetap nak teruskan kandungan.
Dia bertawakal dan berserah kepada Allah. Allah menjadi sumber kekuatan pertama manakala suaminya pula jadi sumber penguat kedua.
Apa pula kata si suami bila mendapat berita anak yang masih dalam kandungan isteri cacat separuh anggota badan?
“Kamu akan jadi kaki kiri anak kita, saya pula akan jadi kaki kanannya.”
Allahuakbar.
Ibu ayah yang sangat hebat menerima segala bentuk kurniaan Allah SWT.
Sampailah kandungan berusia 6 bulan, lahirlah seorang bayi lelaki pramatang dengan kecacatan kekal yang jarang-jarang berlaku di dunia.
Lahir tanpa hampir satu per tiga tubuh badan dari pinggang ke bawah.
Siapakah nama anak yang dilahirkan itu?
Tak lain tak bukan, Ghanim Al-Muftah.
Anak muda 20 tahun yang menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia dengan melantunkan ayat suci Al-Quran di acara pembukaan sukan bola sepak Piala Dunia 2022 di Qatar.
Meremang ustaz rasa bila dengar dia baca ayat ke 13 dari surah Al-Hujurat dengan penuh keyakinan.
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Masha Allah, sangat indah!
Tuan puan. Orang selalu sebut,
“Di sebalik kehebatan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita hebat yang berada di belakangnya.”
Sama juga dengan Ghanim.
Di sebalik kekuatan jiwa dan semangatnya, ada seorang wanita bergelar ibu yang sentiasa memberi dorongan dan semangat.
Dalam satu sesi ucapan umum, Ghanim bercerita.
Sejak kecil dia kerap dihina dan dibuli oleh kawan-kawan sebaya. Ada satu waktu, dia mengadu kepada ibu.
“Ibu, mereka menghina aku. Memarahi aku. Tolong pukul mereka. Beri mereka balasan yang setimpal.”
Jawab ibu Ghanim,
“Kamu tak boleh mengubah orang lain untuk menerima diri kita. Tapi kamu boleh mengubah dan menerima diri sendiri agar diterima oleh orang lain.”
“Ghanim, kamu berbeza dengan orang lain. Lihatlah perbezaan yang ada pada diri kamu adalah satu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain.”
Macam-macam usaha yang dilakukan oleh ibu Ghanim agar masyarakat sekitar menerima anak istimewanya.
Dia melukis poster, menulis dan menyediakan booklet serta menyebarkan ke kawasan sekitar untuk memberi kesedaran kepada sekolah, pejabat dan masyarakat sekitar untuk terima dan hargai anak-anak yang senasib dengan Ghanim.
Cerita Ghanim lagi,
Dia dan ibunya pernah mengadakan lawatan kepada pesakit di hospital dan memberi hadiah. Ada pesakit yang berkata,
“Ini pertama kali saya lihat orang kurang upaya datang melawat kami dan beri hadiah.”
Ibu Ghanim cepat membalas,
“Orang kurang upaya dan keluarganya juga boleh beri hadiah dan kami juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kepada masyarakat.”
Mereka akhirnya menubuhkan Pertubuhan Ghanim yang bertanggungjawab menyediakan kerusi roda dan peralatan kesihatan kepada orang yang memerlukan.
MashaAllah.
Kini, Ghanim juga memiliki perniagaan aiskrim sendiri dengan jumlah pekerja lebih daripada 60 orang.
Dia juga sedang belajar di universiti dalam bidang sains politik dan berimpian untuk menjadi seorang diplomat yang berjaya.
Di media sosial, Ghanim sangat aktif memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat dunia. Akaun Tktoknya mempunyai lebih 7 juta pengikut, 3.3 juta pengikut di Instagrm dan hampir 1 juta pelanggan Ytube.
Allahukbar.
Walau bertubuh kecil dan diuji dengan kelainan upaya, jiwanya sangat besar dan memberi manfaat kepada ramai orang.
Tuan puan, banyak pelajaran yang boleh kita ambil dari kisah Ghanim al Muftah dan ibunya.
Satu pelajaran paling utama adalah bersangka baik pada Allah SWT. Terima setiap kurniaan Allah dengan dada yang lapang serta penuh kesyukuran.
Bila kita yakin dan percaya kepada Allah, inshaAllah Dia akan lorongkan bermacam-macam jalan kepada kita itu bangkit berjuang dan menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain.
Tuan puan,
Kita semua diuji pelbagai bentuk ujian.
Mari kita mengubah cara kita memandangnya. Ujian bukan untuk melemahkan diri kita malah ujian adalah jalan untuk Allah memuliakan diri kita.
Mulia di dunia, inshaaAllah,
Mulia juga di akhirat sana.
Siti Munirah Abdul Malik menjadi penterjemah bebas sambilan sejak 12 tahun lalu. Bermula ketika masih menuntut di universiti, siapa sangka selepas lebih satu dekad, ibu kepada seorang anak ini masih lagi terbabit secara aktif dalam bidang terjemahan sebagai pendapatan sampingan biarpun sudah bergelar pensyarah di Kolej Vokasional Kulim, Kedah.