Dengan adanya nama, maka seseorang itu boleh dikenali. Malah saat memilih nama untuk anak tidak dinafikan menjadi antara momen indah kita sebagai ibu ayah yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anak. Pun begitu, berkaitan menentukan pemilihan nama itu tentu setiap kita ada ceritanya yang tersendiri.

Seperti pasangan kembar tak seiras yang berusia 27 tahun ini, diberikan nama Najib dan Mahathir oleh bapa mereka, Nor Kaferi Ahmad, 59 yang juga pesara tentera dan ketika itu Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Pertahanan, manakala Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri.

Lantaran nama tersebut, tidak dinafikan menyebabkan kembar yang dilahirkan pada 1995 ini sering kali mendapat usikan rakan apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Disebabkan nama itu, mereka sering kali menjadi usikan rakan, namun tidak pernah mengambil hati, malah turut berkongsi beberapa kenangan lucu yang dialami sebelum ini sebagaimana memetik laporan berita yang dikongsikan.

“Ketika kami kemalangan di Kuala Pilah pada 2016, doktor yang merawat kami di Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) pun terkejut ingatkan kami orang politik, malah turut bergurau kami sudah ‘berbaik’.

“Nenek kami yang dimaklumkan mengenai kemalangan menyangkakan Najib dan Mahathir yang kemalangan dan berseloroh memberitahu bila pula dua tokoh politik berkenaan menaiki kereta sama,” kata Mahathir, 27 dari Temerloh, Pahang.

Mahathir berkata ketika zaman kanak-kanak, mereka berdua kerap bergaduh sehingga memeningkan kedua ibu bapanya, namun ia berkurangan apabila semakin dewasa.

“Ayah tidak menyangka kami dilahirkan kembar sebelum mendapat idea memberi nama sempena dua pemimpin berkenaan.

IKLAN

“Disebabkan bukan seiras kebanyakan rakan tidak mengetahui status kami sebagai kembar, namun kebiasaan kami mempunyai minat dan aktiviti yang sama dan lumrah sebagai adik beradik kami tidak terlepas daripada bertengkar,” katanya.

Najib & Mahathir, Pasangan Kembar Ni Sering Diusik Bernamakan Dua Tokoh Politik!

Najib pula berkata, sebaik tamat pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2012, dia bersama Mahathir memohon pekerjaan di sebuah pasar raya di Dungun, Terengganu.

Katanya, permohonan kerja berkenaan diterima, namun dia dan Mahathir menjadi bahan usikan pekerja di pasar raya berkenaan yang berseloroh memaklumkan Najib dan Mahathir datang bekerja.

“Hendak dijadikan cerita pada sebelah petangnya ada pekerja baharu bernama Anwar melapor diri menyebabkan lagi teruk kami diusik.

“Gamat jugalah ketika itu apabila diusik pekerja pasar raya berkenaan namun Anwar tidak kental jiwanya apabila berhenti tidak sampai sehari bekerja, manakala kami berkerja selama satu bulan sahaja sebelum bertukar kerjaya dalam industri minyak dan gas hingga sekarang.” katanya.

IKLAN

Najib berkata, menjelang PRU, dia turut menerima usikan rakan namun beranggapan ia adalah normal dan tidak mengambil hati.

Katanya, jika bertemu jodoh, dia dan Mahathir sepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama.

“Selain itu, sebagai rakyat Malaysia kami juga tidak akan lepaskan peluang untuk mengundi dan PRU kali ini kali kedua kami berbuat demikian,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Najib & Mahathir, Pasangan Kembar Ni Sering Diusik Bernamakan Dua Tokoh Politik!

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Najib & Mahathir, Pasangan Kembar Ni Sering Diusik Bernamakan Dua Tokoh Politik!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI