Siapa yang tak sayang anak kan. Ada yang sanggup menatang anak bagaikan minyak yang penuh agar anak-anak sentiasa dalam mood happy. Malah anak-anak tidak langsung di didik untuk berdikari akibat terlalu sayangkan anak.

Malah, bagi yang mempunyai anak istimewa seperti austisme langsung tidak memberi tanggungjawab untuk menguruskan rumah. Bimbang anak mengamuk akibat bebanan rutin harian.

Bagaimana pun lain orang lain caranya. Bagi lelaki ini yang mempunyai anak autisme dia mempunyai pendekatan yang berbeza untuk mendidik anak istimewanya.

Seterusnya ikuti perkongsiannya.

 

Bukan kita ikut cara anak-anak.
Tuan-tuan, kasih mana pun kita pada anak, selagi mana dia dalam tempoh membesar tu, biarlah dia ikut cara kita tuan-tuan. Bukan kita yang ikut diorang. Kita yang corakkan. Tentang adab, tentang tanggungjawab dan banyak lagi. Bukan senang, tapi boleh. Inilah cabaran sebagai ibu bapa.

Bukan dok guna pakai ayat yang terikut nafsu kasih sayang semata.
“Tak boleh, dia anak autism. Dia ni anak yang ada kelemahan. Kita tak boleh buat macam tu, tak boleh buat macam ni. Nanti dia memberontak, nanti dia lari.. Kita kena tengok apa yang anak nak.”

Anak ikut cara kita, tuan-tuan. Bukan kita ikut cara anak-anak. Kita lagi kenal anak kita dari anak kita kenal kita. Anak-anak ni 24 jam dengan kita, ragam diorang, makan minum diorang, kesihatan diorang, rajin malas diorang, sakit sihat diorang, semuanya bawah jagaan kita. Tangan buruklah ni yang apa jadi sekalipun, tetap suapkan rezeki ke perut diorang.

Tanpa excuse. Takda duit ke, kena buang kerja ke, sakit teruk ke, sosok kita ni lah yang kena bagi ada juga sesuatu untuk disuapkan ke perut diorang.

Tak kisah lah anak tu down syndrome ke, anak tu autism ke, anak tu apa je lah sekalipun.
Ni tangan dan corak kepimpinan kita ni penentu.
Apa orang lain nak cakap, pedulikan. Yang kenal anak kita ni kita, bukan diorang. Biarkan diorang dengan cara diorang, kita dengan cara kita.

Selamat berjaya Ibu-ibu dan ayah-ayah luar sana. Jangan ragu dengan setiap tindakan yang kita niatkan demi kebaikan anak. Walaupun kadang di mata orang nampak tak baik.
Contohnya bila depan sedara mara, anak mencarut-carut. Ada orang dia pandang anak dia, dia sengih je depan sedara mara. Dia cakap anak dia tak sengaja. Ada orang dia tegur anak dia macam ni.

“Iman, jangan mencarut. Tak baik.”
Ada orang lain pulak dia keras sikit.
“Iman, cakap macam tu lagi ibu lempang.”
Ada orang lain, dia terus tarik anak dia siap warning depan-depan orang.
“Siapa ajar cakap macam ni? Ibu bagitau dedi, biar dedi rotan..”

Lain orang lain carakan? Raikan cara masing-masing. Kita yang kenal anak kita. Time bila dia nangis, time bila dia melawan, time bila dia akan marah. Time bila dia mengamuk tak boleh nak kontrol. Tapi ingat, tuan-tuan. Biar anak ikut cara kita, bukan kita ikut cara anak-anak.

IKLAN

Ini Doktor cakap, “Puan, anak puan ni autism. Jadi nasihat saya, puan tak boleh buat macam ni, buat macam tu dekat anak. Nanti anak boleh hilang kawalan. “
Kita pun angguk. Lepas tu startlah kita jaga anak ibarat menatang minyak yang penuh. Dia makan tak basuh pinggan,kitalah cucikan. Dia buat bilik dia bersepah macam bilik biawak, kita lah kemaskan. Kita cakap, anak kita ni anak istimewa. Biarlah dia nak buat apapun, asalkan dia tak mengamuk sudah lah.

Tanyalah ibu-ibu yang terlalu bersalah pada anak dek risau anak bencikan dia sampai turut segala kemahuan anak. Cukup dua tahun. Ibu-ibu mula rasa terlampau letih, masuk bilik dan mula menangis sorang-sorang. Tak larat lagi nak hadap semua ni. Letih, sangat letih. Waktu tu lah mula hati tu rasa nak marah tak tentu pasal, mula terbit kecewa dekat suami bilamana rasa suami tak faham keletihan kita yang melampau. Ini semua berkait, tuan-tuan.

Tuan-tuan, singa yang ganas dan takda akal tu pun, manusia boleh jinakkan dan ajar dia supaya tak makan orang. Ni anak kita baru ada kekurangan sikit, kita dah takut nak push limit dia. Takut dia stress, takut dia memberontak. Takut anak benci. Ramai orang cakap kalau push juga, nanti anak-anak istimewa ni boleh bunuh kita.Apa ni? Tak kenal anak sendiri ke?

Berapa ramai anak istimewa dekat luar yang bilamana kita push limit dia, dia jadi somebody dekat tempat dia. Diorang ni special, push je limit dia. Percayalah, dia boleh jadi jauh lebih hebat dari yang lain. Jangan biarkan naluri keibuan yang melampau dan kata-kata orang lain yang tak tau apa tu dalam mendidik anak-anak. Anak diorang tak sama macam anak kita walaupun istimewanya sama.

Anak nombor dua aku, Autism. Ada ADD. Dia style tak boleh membohong, kerja speak english je dari kecik tak faham bahasa melayu. Hidup buat hal sendiri je tak bercampur orang. Dia nak cakap, memang straight forward. Nampak macam biadab, tapi sebenarnya tu lah kekurangan dia. Namun, hari ni siapa sangka. Umur dah 16 tahun, segala kerja dekat rumah dia buat. Basuh baju, jemur baju, memasak, kemas rumah, uruskan adik yang umurnya 2tahun, cebuk berak semua dia boleh buat sendiri. Awalan masa aku didik dia pun, ramai yang tahu anak akun ni istimewa tak habis-habis cakap aku dan bini aku tak patut buat itu ini dekat anak ni.

Katanya takut nanti anak ni pendam dan sampai satu hari, dia akan mengamuk dan ada potensi bunuh kita. Ni semua bahasa orang, ramainya datang dari group-group ibu bapa yang ada anak autism.

Sedih tak macam mana diorang doktrin kepala parent-parent yang ada anak istimewa ni untuk jadi terlalu menadah berbanding bertindak dalam mendidik anak istimewa ni. Akhirnya yang menanggung siapa? Yang terus hidup dalam istimewanya tanpa ada sesiapa yang push limit diorang ni siapa?.

Anak nombor dua aku hari ni kalau ada adik beradik ada tak dengar cakap aku atau bini aku, dia sendiri yang akan tegur adik beradik lain siap warning jangan biadab atau tak dengar cakap. Bukan tu je, dia siap bangga sebab hari ni dia boleh buat semua benda, padahal kawan satu kelas dia di kelas istimewa takda sorang pun yang boleh buat apa yang dia dah buat dekat rumah.

IKLAN

Paling power apa? Hari ni dah boleh nampak, dia dah mula ada deria sensitif dalam banyak hal berbanding sebelum ni yang satu habuk pun dia tak ambil tahu hidup dengan life dia je.
Ibu-ibu, ayah-ayah, kita terpilih untuk mendidik anak-anak istimewa. Jangan sia-siakan dan jangan perjudikan nasib diorang kelak kita dah takda nanti.
Aku yang menulis,
Tuan Amir Danau

P/s : Hari tu anak aku yang hyper sorang ni, aku tegur dia. Aku cakap, bila kena tegur jangan suka menjawab dan bagi banyak alasan. Lepas tu dia jawab balik. Dia cakap, “Luthkan hyper, memang lah macam tu”. Aku jawab balik, “Dedi ni hyper, dedi ni autism, ADD, ADHD semua dedi ada. Lagi teruk daripada korang. Tapi masa kecik-kecik, Dedi kuat menjawab jugak. Tau apa Pak Long buat dekat dedi? Dia belasah dedi. Dia tumbuk muka dedi. Start dari hari tu, dedi dah tak menjawab sampai hari ni. Jadi, tak perlu bagi alasan autism ke, hyper ke, tak perlu. Dedi pun ada semua tu, tapi dedi boleh control. Sengih je dia dengar. Dia jawab. “Okey dedi, sorry. “

Sumber: Tuan Amir Danau

Bacaan lanjut: 

Seakan Memberi Tahu Tidur Tak Cukup Setelah Bergelar Ibu, Neelofa Kongsi Kapsyen Ringkas, Tapi Ini Komen Netizen.

Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!

Nak Kos Murah Bila Nak Ubah Suai Rumah, Perunding Kewangan Ini Bagi Trik Mudah Kena Tahu, Baru Boleh Jimat!

IKLAN

Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Nak Anak Berdikari, Biar Anak ‘Follow’ Cara Kita, Bukan Kita ‘Follow’ Anak. Deep!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI