Petai memang sedap dimakan dan boleh dipelbagaikan menu masakannya. Hanya pencinta petai sahaja yang tahu betapa nikmatnya dapat makan petai.
Mungkin ada yang tidak suka dengan petai kerana baunya yang sedikit ‘tajam’ namun petai punya khasiat yang tersendiri untuk kesihatan. Melalui perkongsian Dr Suri Roowi saintis ini berkongsi fakta tentang khasiat petai.
PETAI; SUMBER ‘MAKANAN ANTIBIOTIK’ SEMULA JADI
Petai biasa digunakan oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia untuk ‘merawat’ masalah jangkitan kuman pada saluran kencing
Kajian juga menunjukkan petai boleh rencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya setara dengan antibiotik.
BAHAN ANTIBAKTERIA DALAM PETAI DIKENALI SEBAGAI POLISULFIDA
Walau bagaimanapun, kandungan potasium dalam petai agak tinggi, justeru pesakit buah pinggang perlu hadkan penggambilannya
Terdapat kajian menunjukkan petai boleh bertindak sebagai antidiabetis, antikanser, antiradang dan boleh bantu turunkan kolesterol (disebabkan kehadiran bahan faitosterol)
Bahan berkhasiat faitosterol ini banyak dalam kulit petai, justeru, petai seeloknya dimakan bersama kulitnya.
Polisulfida (bahan sulfur) juga merupakan bahan berbau dalam petai. Untuk kurangkan air kencing berbau, minumlah susu segar selepas makan petai.
Petai juga elok direbus dahulu sebelum dimakan untuk kurangkan baunya.
Memakan petai pada kuantiti yang banyak sebaliknya boleh menyebabkan kembung perut.
Ia juga boleh menyebabkan panas badan disebabkan oleh kandungan sulfur yang tinggi.
Oleh itu jika makan petai, makanlah berpada-pada. Usah berlebih-lebihan kerana dalam apa jua perkara jika keterlaluan, pasti akan memudharatkan.
Terdapat pelbagai petua untuk kekal awet muda dan badan kekal sihat. Begitu juga dengan petua ini yang mudah dipraktikkan. Hanya menggunakan bawang putih dan susu untuk kembali sihat.
Ikuti petua ini.
Sebab ramai yang tanya petua awet muda kan. Orang la kata kakak ni awet muda. Kakak redha je
Ni ha. Amalkan minum susu bawang putih. Segelas susu, panaskan dengan 3-4 ulas bawang putih yang diketuk sampai bawang tu lembut. Guna api perlahan je. Tambah madu atau gula perang sikit. Minum suam-suam. Bawang tu boleh kunyah kalau suka. Silalah cuba, rasa dia sedap je.
Bukan setakat awet muda, badan pun rasa ringan.
Susu – guna susu segar, susu penuh krim atau susu rendah lemak. Janganlah guna susu tepung atau susu pekat manis. Amalkan setiap hari, pagi atau malam. Kalau rajin pagi dan malam pun boleh. Biasanya terbabas jugaklah sehari dua. Tak apa je.
Pemasangan lantai vinyl secara DIY kini kian diminati ramai, memandangkan kaedah pemasangannya tidak memerlukan sesuatu yang begitu teknikal dan nyata boleh dilakukan sendiri.
Selain mengambil kira teknik pemasangan yang rapi untuk dapatkan hasil yang kemas, jangan pula abaikan aspek kesihatan.
Mungkin, kita tidak terfikir pun ada kesannya semasa proses pemasangan dengan material gam yang digunakan boleh memberi kesan pada kesihatan.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh pakar dalam bidang pemasangan lantai vinyl dan eloklah kita jadikan panduan bersama.
Ini perkongsiannya.
Sejak beberapa hari ni banyak isu mengenai vinyl flooring.
Di sini saya nak berikan beberapa tips.. (Pengalaman saya masih cetek lagi dalam industri ni…Cuma baru 13 tahun dan masih belajar)
1. Saya cadangkan pakai acrylic vinyl glue.. Ikut pengalaman saya yg tak seberapa ni, gam yg baik atas saranan pengeluar vinyl lebih tahan dan tidak memudaratkan kesihatan.
Saya pernah berjumpa sorang “sifu” cina boleh dikatakan otai dalam industri pemasangan lantai vinyl dan seumpama dengannya… Katanya.. Sayangi otak, jangan pakai gam contact glue/dunlop.. Sifu tu dah pun kena stroke disebabkan selalu terdedah dengan menghidu contact glue.
KALAU TANYA SAYA SERIBU KALI PUN, SAYA AKAN JAWAB “TIDAK UNTUK CONTACT GLUE… SAYA SAYANG KESIHATAN SAYA”
2. Buka sedikit hujung kotak vinyl sebelum 48jam masa pemasangan. Bagi menyesuaikan suhu keadaan bilik dengan vinyl.
3. Gunakan trowel bergigi 2mm untuk menyapu gam. Bagi memastikan semua permukaan gam lekat sempurna.
4. Pastikan lantai simen betul² kering dan tanpa habuk sebelum pemasangan.. Jangan malas.. vakum dulu sebelum menyapu gam.
Nak tau camana simen tu betul² kering?
Ambil cawan kaca dan telungkupkan atas lantai.. biarkan 48jam.. Kalau wap terlalu banyak berkumpul maknanya lantai masih belum betul² kering..(ada cara dan teknik utk pemasangan dengan lantai sebegini)
5. Lantai yg tak rata dan ponding juga antara penyebab pemasangan vinyl bermasalah.. Buat self leveling menggunakan leveling compound… Yg ni agak teknikal dan costing tapi berbaloi.
6. Dapatkan vinyl yang berkualiti.. Study dulu jenama vinyl yang betul² “Boleh Pakai”.. Penjual akan cakap ” Jenis ni memang tahannnnn”…. semua indah.. Tapi jangan pula harapkan harga yg murah tu tahan seperti yg didambakan..
Vinyl yg masuk Malaysia ada macam² kualiti.. Kualiti “sampah” pun banyak dalam pasaran.. Sayangi duit anda.. Upgrade lantai ni bukan kecik² modal.. Investment tu sebenarnya.. Pastikan ianya berbaloi…Mahal sikit x pe..asalkan puas hati..
6. HARUS DIINGAT!!! VINYL ADALAH FLOOR COVERING.. Jangka hayat vinyl sekitar 5-10 tahun bergantung pada iklim dan cara maintenance..
Inspirasi Bapa 2026 menyaksikan Mohd Adli Yahya, Abbe Hae dan Abang Minyak Hitam Jalanan menerima Anugerah Khas atas jasa, pengorbanan dan sumbangan mereka kepada masyarakat.