Tahukah anda bahawa kesihatan usus anda juga dapat dikekalkan dengan mengamalkan tabiat baik seperti senaman secara tetap dan tidur yang mencukupi.

Selain itu, ada juga makanan tertentu yang boleh membantu mengimbangkan nisbah mikrobiota baik dan buruk di dalam usus seperti probiotik, prebiotik dan serat.

Nak tahu lanjut mengenai  mengenai probiotik dan kesihatan usus, ikuti lanjut penjelasan  Farahanani Amir Hamzah, Pegawai Dietetik UiTM.

Probiotik merupakan bakteria yang memberi manfaat kepada kesihatan usus dan badan kita apabila dimakan dengan cara yang betul. Perkataan Probiotik diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud “For Life”. Tidak dinafikan, bakteria ada di mana-mana sahaja dalam persekitaran termasuklah bakteria dan mikroorganisma yang wujud dalam usus kita yang disebut sebagai Gut Microbiata.

Pegawai Dietetik UiTM Senarai Kepentingan Probiotik Untuk Kesihatan Usus

Penting untuk kita capai keseimbangan Gut Microbiata dengan amalkan pemakanan yang mengandungi probiotik. Keseimbangan ini bermakna, bakteria baik mestilah lebih banyak daripada bakteria jahat. Ketidakseimbangan Gut Microbiata disebut sebagai dysbiosis.

Gejala dysbiosis antaranya; keletihan, masalah penghadaman, masalah salur kencing, pedih ulu hati, perut kembung, dan masalah kulit seperti jerawat dan ruam kulit.

Contohnya kes keracunan makanan akibat termakan makanan yang mengandungi bakteria Salmonella spp. Pesakit keracunan makan boleh mengalami cirit birit, muntah dan pening kepala. Dalam keadaan ini, pengambilan probiotik selepas gejala reda, akan mewujudkan semula keseimbangan Gut Microbiata.

IKLAN

Kebaikan mengambil probiotik, paling utama ialah berfungsi menguatkan sistem imuniti tubuh. Sebaik sahaja berlaku kemasukan mikroorganisma asing yang sepatutnya tidak berada dalam badan kita, probiotik akan menggalakkan penghasilan sel imuniti tubuh untuk menyerang mikroorganisma asing itu.

Menurut kajian saintis pada tahun 2010, pengambilan probiotik secara berkala dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Mekanisma pengurangan risiko ini salah satunya dengan menghalang pertambahan sel kanser. Selain itu, probiotik juga boleh membantu mengurangkan Kolesterol LDL dalam darah dan seterusnya merendahkan risiko penyakit jantung dan kardiovaskular.

Pegawai Dietetik UiTM Senarai Kepentingan Probiotik Untuk Kesihatan Usus

Seterusnya, kita kena tahu bahawa ada beza antara probiotik dan prebiotik;

1) Probiotik ialah bakteria, 2) Prebiotik ialah makanan kepada bakteria. Sumber makanan bagi kedua-duanya juga berbeza. Artikel kali ini kita fokus kepada probiotik sahaja.

Ada 2 jenis bakteria baik yang telah diketahui memberi kebaikan kepada manusia.
1. Lactobacillus: Selalunya didapati dalam produk tenusu seperti yoghurt, cottage cheese, makanan seperti tempe, miso dan minuman kombucha, minuman kultur dan wain merah;
2. Bifidobacterium: Terkandung dalam beberapa produk tenusu seperti kefir, roti sourdough, kimchi dan sayuran yang ditapai. Harus kita faham, ada sesetengah makanan memang mempunyai kandungan kedua-dua jenis bakteria cuma peratusannya berbeza.

IKLAN

Selain daripada makanan, probiotik juga dihasilkan secara komersil sebagai suplemen dalam bentuk kapsul atau serbuk yang boleh didapati di farmasi.

Bagi keadaan dimana ada kesukaran untuk makan makanan yang mengandungi probiotik, boleh makan supplemen probiotik sebagai alternatif. Badan masih boleh memproses probiotik dalam bentuk ini.

Kesimpulannya, amalkan pemakanan sihat dan seimbang, dan makan lah makanan yang mengandungi probiotik untuk menjaga kesejahteraan usus dan sekaligus, seluruh tubuh kita. Bincang dengan Pegawai Dietetik dan doktor anda jika ada sebarang kemusykilan berkenaan probiotik.

NAK JOINT DAFTAR DI SINI

Pegawai Dietetik UiTM Senarai Kepentingan Probiotik Untuk Kesihatan Usus

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Pegawai Dietetik UiTM Senarai Kepentingan Probiotik Untuk Kesihatan Usus

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI