Kita sering mendengar perkongsian pengalaman keluarga orang lain melancong keluar negara. Punya kisah yang menarik dan ada kalanya kita rasa pelik.
Contohnya dalam keperluan membawa bekas berisi air atau botol air ke dalam tandas jika melancong ke negara China, Korea, Vietnam dan sebagainya.
Mengetahui hal itu, bagi memberi kemudahan buat kita anak beranak yang hendak melancong ke negara tersebut, ayuh baca perkongsian daripada Haya Yahya ini tentang trik yang dilakukannya. Jom semak.
Saya pasti semua orang tahu kegunaan barang di dalam gambar ni. Tapi kita bukan nak guna softenernya. Kita nak guna bekas softener ni.
Ads
Bekas nilah yang saya akan bawa travel jika ke negara-negara seperti China, Korea, Vietnam dan sewaktu denganya.
Kenapa nak nak bawa? Bekas ni amat berguna jika ke toilet. Kebanyakkan negara yang saya sebutkan tadi, toiletnya tiada paip air atau bidet. Jadi bekas nilah penyelamatnya.
Ads
Sebelum masuk toilet isi dulu bekas ni dengan air di singki, lepas tu pandai-pandailah setel masalah anda.
Seronok juga rasanya bila kita mula-mula menyemai tanaman dan nampak semua anak semaian bercambah dan mengeluarkan tunas.
Terlihat segar menghijau dan besar harapan kita agar pokok yang disemai itu dapat hidup dan bolehlah hasilnya nanti dituai.
Sebelum itu, untuk memastikan anak semaian dari biji benih dapat bercambah seragam dan sekata, ada cara dan tip yang perlu anda lakukan. Cara ini dikongsikan oleh Azuan Abdullah dan semoga ianya bermanfaat.
Ada sahabat tanya, macam mana saya semai terung naik seragam dan sekata? Nak guna media apa yang terbaik?
Berdasarkan pengalaman kami, media yang terbaik untuk semai biji benih adalah peatmoss.
Ini tak bermaksud media lain seperti cocopeat, sekam padi bakar dan tanah campuran tak boleh digunakan untuk semaian. Ianya boleh juga digunakan, tidak ada masalah.
Bila guna peatmoss ni, sahabat yang baru nak berkebun pun boleh tumbuh bila semai benih. Dengan syarat ikut sop dengan betul la ya.
Baik. Ini cara saya semai benih terung.
Bahan-bahan.
1. Tray semaian
2. Peatmoss
3. Spray semaian
4. Plastik
5. Besen @ bekas untuk siraman secara rendam
Jom kita tengok step by step cara menyemai pula ya.
1. Peatmoss dimasukkan ke dalam lubang tray semaian hingga penuh limpah. Jangan tekan peatmoss. Hentakkan tray ke lantai secara perlahan 2 kali. Ratakan peatmoss tadi.
2. Letak biji benih ditengah tengah lubang tray. 1 biji benih untuk setiap lubang. Pilih benih yang berkualiti.
Saya guna benih terung antaboga. Saya ada jual. Boleh dapatkan di sini http://agromallasia.ordersini.com/
3. Tekan biji benih tadi dengan hujung jari. Kedalamannya lebih kurang 0.5 cm. Jika terlalu dalam, benih akan lambat cambah.
4. Tutup kesan lubang yang ditekan tadi dengan peatmoss. Tabur je atas lubang tu dan jangan tekan.
Ratakan semula peatmoss tersebut dengan hati-hati supaya kedudukan benih tidak terusik dan bergerak.
5. Spray media dalam tray dengan air kosong. Saya guna spray tangan je. Setting nozzel tu supaya keluar semburan kabus. Spray cukup cukup basah sahaja.
6. Bungkus bekas semaian dengan plastic supaya ia kedap udara. Biarkan selama 5 hari 5 malam dan simpan di tempat teduh. Proses ini dinamakan “heating”.
7. Buka bungkusan dengan hati hati pada hari ke 2 lepas semai. Jika media kering, spray dengan air kosong. Letakkan tray ditempat asal (redup).
8. Rendam tray semaian dalam takungan beberapa minit pada hari ke 6 lepas semai. Bila media dah basah sepenuhnya, keluarkan tray dan letak tray tersebut dikawasan yang kena cahaya matahari secara terus.
9. Siraman dibuat pada hari ke 7 lepas semai. Ianya dibuat 2-3 hari sekali bergantung pada kelembapan media semaian.
Caranya adalah dengan rendam tray semaian dalam takungan beberapa minit. Bila media dah basah sepenuhnya, keluarkan tray dan letak tray tersebut ditempat asal (tempat yang kena cahaya matahari).
Siraman ni kita tak galakkan spray atau siram dipermukaan daun sebab jika kelembapan terlalu tinggi, anak pokok mudah diserang penyakit yang disebabkan kulat.
10. Kawalan perosak dan penyakit dibuat bersama dengan semburan foliar pada hari ke 8 lepas semai. Ianya dibuat 1-2 kali seminggu bergantung pada tahap perosak dan penyakit.
Kombinasi bahan yang digunakan adalah racun organic serangga + racun organic kulat + cuka kayu + larutan baja NPK 18.18.18 + mikro (EC 1.5)
11. Pembajaan anak benih biasanya saya tak buat sebab peatmoss dah ada cukup nutrient untuk tumbesaran pokok. Jika pokok kita nampak terlalu kuning, boleh la buat pembajaan secara rendaman dalam besen.
Guna baja NPK larut air 18:18:18 + mikro atau baja AB. Kepekatan air baja buat 2.0 mS.
12. Paling awal anak benih boleh ditanam bila usianya 30 hari lepas semai (HLS). Saya biasa tanam pada usia 35 HLS.
Anak pokok ni boleh bertahan hingga 45 HLS. Jika kita tanam lebih pada usia tu, tumbesarannya akan jadi terbantut.
Sahabat,
Anak pokok terung macam ni boleh kita jual dengan 2-3 ringgit satu pokok. Ramai yang nak beli, cuma saya tak sempat nak buat. Sahabat boleh la cuba ya.
Sahabat boleh ikut sop ni, insyaAllah anak terung yang sahabat semai akan tumbuh seragam dan sekata. Bila dah pandai, boleh jual anak pokok terung yang dah siap semai pula.
Ini pula usia pokok 19 selepas tanam.
Sumber : Azuan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekali sekala menjamu selera dengan hidangan ikan bakar tentunya membangkit selera. Aroma ikan yang dibakar tidak dinafikan memang semerbak baunya, buat seisi keluarga tidak sabar untuk menikmati ketika panas.
Pun begitu, ada yang merasakan membakar ikan begitu rumit kerjanya dan sekali gus membantutkan keinginan untuk sediakan ikan bakar sendiri di rumah. Selain bimbang jika terlebih masa membakar boleh menyebabkan ikan yang dimasak terasa hangus. Apatah lagi jika tiada alatan memanggang, terus terpadam hasrat untuk merasai keenakan rasa ikan bakar di rumah.
Tapi orang kata hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Apa kata buat anda yang teringin nak makan ikan bakar, buat je cara seperti Dr Kamarul Ariffin kongsikan ini.
Menurutnya, dengan teknik membakar di dalam kuali pun boleh dapatkan rasa dan aroma ikan bakar seperti dibakar di atas bara. Nak tahu bagaimana cara dan resipinya. Ini perkongsiannya.
Ikan Bakar Rica Manado
OK, kali ni saya cuma nak kongsi cara saya bakar ikan besar atas kuali leper, dan dapatkan hasil yang menarik rupanya, dan ada aroma macam ikan bakar atas bara. Semua orang boleh buat.
Ikan Bakar Rica Manado by Kamarul Ariffin Nor Sadan. Ikan Bakar Sambal Rica ni berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya bakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Hari ni kita akan bakar atas kuali sahaja.
Bahan-bahan: 3 orang makan
1 ekor ikan siakap
5 biji bawang merah
2 ulas bawamh putih
2 batang serai
2 inci kunyit
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara masak:
1.Ikan ni kita belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tu macam ni. Saya paling suka belah ikan siakap macam ni. Cantik dan cepat masak.
2. Bawang merah, bawamg putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus. Kenapa saya kisar lagi cili kisar ni bersama bahan lain? Sebab, kalau sikit sangat bahan nak dikisar, sukar nak dapat kisaran halus.
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. Ikan bakar ni akan warna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa dia tak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula. Daun limau purut, sekali! Jika nak letak belacan pun boleh. Tumis sampai bahan-bahan ni betul-betul masak. Bila dah masak sejukkan sekejap bumbu(perencah) ni.
5. Lumurkan bumbu pada ikan mentah. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan dia banyak kali. Ni saya lumur dalam ikan dulu.
6. Kemudian terbalikkan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan ni dengam daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. Saya guna kuali non-stick.
7. Kita tidak akan terbalikkan ikan ni nanti. Kita akan masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ni masak sekata tanpa hangus. Kita kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
8. Kemudian tutup! Kalau ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air tu turun ke bawah daun. Tutup semula, dan masak sampai air tadi kering.
Inilah hasilnya jika kalian tenang dan sabar. Tak hangus, tak lekat, dan masak sempurna. Saya hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ni memang sedap makan dengan benda masam. Peh!
Close up! Ikan bakar ni tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Tengok, isi masak sempurna. Malah, daun pisang dibawah tu tak hangus sangat pun. Oklah!
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI ) imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Sering kali kita bercerita tentang pengorbanan seorang ibu, jarang sekali kisah ayah disingkap. Mungkin kerana sifat ayah yang lebih tegas dan jarang menunjukkan emosi depan anak-anak.
Sebagai ketua keluarga, setiap ayah mahukan yang terbaik buat keluarganya. Lebih-lebih lagi soal mencari rezeki bag menampung kehidupan sekeluarga.
Bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dalam satu perkongsian bercerita akan pengorbanan arwah ayahnya dalam membesarkannya dan adik-beradik lain. Umum mengetahu, figura seni ini sangat rapat dengan arwah ayahnya.
Tahun ini merupakan tahun ke 11 pemergian arwah ayah Dato Sri Siti akibat komplikasi jantung dan sakit buah pinggang yang dialaminya.
Biarpun begitu, segala memori masih basah diingatan isteri kesayangan Dato sri Khalid Mohd Jiwa ini. Al fatihah buat Ayahnda tercinta ..
Arwah abah pernah bergurau dengan saya.. katanya, kalau orang tanya macamana suara Ct sedap? bagitau depa sebab Ct selalu makan ikan abah pancing .. itulah Arwah Abah , insan yang suka bergurau .. tapi sememangnya betul, lauk saya makan dulu , kebanyakkannya memang ikan yang arwah abah pancing.Itulah rezeki untuk anak anak …
jelas ibu kepada Siti Aafiyah ini lagi, bersandarkan gaji sebanyak RM700, itulah yang arwah ayahnya guna untuk mereka sekeluarga. Namun itu semua membuatkan dia bersyukur sehingga ke hari ini. “Nak makan ayam atau daging tunggu dapat gaji , baru boleh enjoy lebih skit.. gaji Rm 700 untuk 7 anak bersama isteri tercinta.. Tapi bila bersyukur, Allah swt bagi lebih.. itu menjadi pegangan saya .. Bersyukur, Bersyukur & Bersyukur….
Perkongsian Dato Sri Siti mengundang sebak warganet. Rata-rata menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah ayah Dato Sri Siti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.