Emas merupakan perhiasan buat wanita. Ada wanita memakai emas lantaran terpesona dengan kilauan dan rekaan yang unik. Memakainya seakan aura yang memberikan ‘semangat’ kepada dirinya untuk tampil cantik.
Dahulu, harga emas dibeli dalam nilai yang rendah. Hanya wanita yang suka kepada barang kemas ini akan membeli dan memakainya. Namun, sejak akhir-akhir ini, harga emas semakin tinggi dipasaran sehingga mendorong ramai wanita termasuk lelaki teruja untuk membeli emas. Suami pula teruja membeli hadiah kepaad isteri dalam bentuk gelang atau rantai emas.
Persoalannya, banyak mana emas yang harus kita beli jika dikatakan menguntungkan. Selanjutnya ikuti perkongsian ini. Moga ia jadi panduan untuk kita membuat pilihan yang tepat apabila bercadang membeli emas sebagai aset pelaburan jangka masa panjang.
Ikuti perkongsian ini.
BELI EMAS BANYAK BANYAK?
Bila semalam, ramai yang beratur di pajak gadai. Maka hari ini akan keluarlah ayat,
“Sebab itu kita kena beli emas”.
Baik, saya sangat setuju. Tetapi banyak mana emas kita perlu beli?
Izinkan saya beri pandangan tentang emas berdasarkan bacaan saya.
Saya bukan penjual emas, maka tulisan saya tidak mewakili mana mana syarikat emas agar kita tak lemas.
Ini pandangan saya dalam kontek Malaysia. Betulkan saya jika saya salah.
1. Saya beranggapan emas bukan pelaburan, emas adalah penyimpan nilai. Saya beli emas bukan untuk melabur, tetapi sekadar menyimpan nilai wang saya sahaja.
Ads
2. Sebaiknya penuhkan ASB atau Tabung Haji dulu barulah membeli emas. Jangan gelojoh.
3. Banyak mana nak beli? Jika simpanan kita ada RM100,000, peruntukkan membeli emas sebaiknya dalam 30% dari nilai yang kita ada. Jangan berlebihan dari nilai itu.
4. Emas jika anda anggap pelaburan, ia adalah dalam ketogeri pelaburan jangka SANGAT PANJANG, bukannya panjang pada saya. Ia perlukan masa yang sangat lama.
5. Jangan mudah percaya bila orang kata, beli emas tak rugi . Ia juga ada susut nilai, sama macam hartanah juga. Tak semua benda indah dimata.
6. Jika anda ingin menyimpan dan beli emas perhiasan. Baik lupakan saja, nilai susut emas perhiasan ini adakalanya sampai 30%! Ya, sebanyak itu. Jika nak menyimpan, belilah emas bar yang susut nilainya bawah 5%-10% waktu nak jual balik.
Jika beli sebab sayangkan bini, itu cerita lain.
7. Jika anda beli dari syarikat A dan nak jual di Syarikat B, susut nilainya juga luar biasa tinggi. Anda akan terkejut nanti.
8. Fahmi nilai perbezaan atau peratusan spread emas yang kita beli agar bila kita nak jual nanti kita tak rugi. Semakin kecil peratusan harga beli tolak harga jual, ia semakin baik.
Ads
9. Terlalu banyak beli emas kecil dan himpun bulan bulan lebih merugikan berbanding beli terus yang besar sikit.
Membeli emas 1gram tiap bulan lebih mahal kerana upah buat lebih tinggi berbanding kita beli terus 20gram emas.
50gram emas lebih menguntungkan berbanding 50keping emas 1gram. Boleh faham?
10. Dalam kegairahan adanya emas, ada orang beli emas kertas atau saham emas. Ia bukanya pelaburan yang baik. Beli emas mesti dapat emas bukan dapat kertas.
Gambar sekadar hiasan
11. Jangan beli emas dari duit Tabung Kecemasan, duit kita nak guna atau simpanan kita. Beli emas bila kita ada duit lebih dan TAK AKAN GUNA.
12. Beli emas sekadar ikut cakap orang, dengar cakap penjual dan ikut amalan dulu kala. Langsung tak pernah beli buku emas atau cari ilmu tentang emas.
13. Buat pinjaman dan membeli emas adalah satu dosa dalam pengurusan kewangan.
14. Beli emas dan pajak di Ar Rahnu dapat duit dan beli emas lagi adalah amalan songsang yang kayakan penjual emas sahaja. Ruginya anda sahaja.
Ads
15. Walaupun emas bersifat universal, ada negara yang tak iktiraf syarikat emas yang kita beli. Mereka akan ambil pada harga murah nanti. Hati hati.
16. Jika anda susah menyimpan duit, emas antara pilihan penyimpan nilai yang baik.
17. Emas lebih mudah dicairkan berbanding hartanah. Pergilah ke Ar Rahnu dan bukamnya kedai pakai gadai yang tak syariah. Mencari yang halal itu wajib.
18. Jika benar benar terdesak dan tahu tak mampu tebus semula, jangan pajak tetapi jual terus. Ia lebih baik dari segi nilai yang kita dapat. Jangan bernostalgia sangat.
19. Istimewanya emas, jika nilai matawang kita tak laku. Maka emas tetap akan bernilai bagi mana mana negara didunia nanti.
20. Pajak emas di Ar Rahnu akan beri nilai skor kewangan yang tidak baik buat kita. Bank nilai kita sebagai orang yang ada masalah kewangan, peluang buat pinjaman akan terganggu.
21. Hampir semua negara keluarkan matawang emasnya sendiri. Dan belian itu antara yang baik untuk kita menyimpan nilai. BNM ada keluarkan.
Jangan terlalu ghairah beli emas tetapi tiada ilmu. Belajarlah dengan orang yang faham dan tahu tentang emas sebelum membeli emas.
Emas adalah penyimpan nilai yang sangat baik.
Bukan Penjual Emas atau Ejen Emas.
P/s . Sampaikan buat adik adik kita faham agar membeli emas jangan sampai lemas. Share sahaja.
Kredit: Azizul Azli Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berlakunya perkara yang tidak diduga seperti perginya orang tersayang tentu sukar untuk dibayangkan. Apatah lagi jika insan tersebut adalah dari susuk tubuh orang yang menjadi tempat pergantungan keluarga, tentu hilang arah dibuatnya.
Tidak mahu si isteri mengelami keadaan tersebut, suami ini berkongsi pesanan dan peringatan kepada isterinya dan turut juga dikongsikan di akaun fbnya untuk peringatan yang lain.
Nak tahu apa pesanannya itu, ini perkongsiannya.
“Sayang kena hafal Password Maybank2U Abang ni,” pesan Cikgu Tg lembut dalam kereta semasa perjalanan pulang ke Port Dickson dari kampung halaman semalam.
“Kalau abang meninggal nanti, perkara pertama Sayang kena buat sebelum menangis adalah keluarkan sebanyak mungkin limit harian abang,” tambah Cikgu Tg.
“Iya insyaAllah bang,” jawapannya bersahaja, mungkin memikirkan benarnya kata-kata Cikgu Tg ini tetapi berat untuk difikirkan.
“Sayang faham kalau meninggal nanti semua akaun bank, KWSP, Tabung Haji, ASB dan semua institusi kewangan yang ada akan freeze,” semestinya dia arif, semasa di USIM dulu dia mengambil jurusan Financial Math dan belajar tentang Muamalat dan Takaful ini.
“Pernah terjadi satu kes, arwah suami seorang isteri ini meninggal, si isteri dapat keluarkan setiap hari RM5,000 selama 3 hari berturut-turut sebelum akaun bank itu freeze. Alhamdulillah sekurang-kurangnya si isteri ini telah punyai RM15,000 dalam tangan untuk urusan pengebumian, langsaikan hutang-hutang arwah dan diagihkan secara faraid duit lebihan itu sebagai harta pusaka kepada yang berhak.
“Ada jugalah dapat duit sedikit sebelum menunggu DUIT HIBAH TAKAFUL RM100,000 yang ditinggalkan oleh arwah suami beliau diserahkan 4 bulan selepas itu,” Cikgu Tg memberikan contoh agar si dia ini betul-betul memahami apa yang Cikgu Tg ingin sampaikan.
Bicara ini adalah kisah benar semalam, kami berbincang dalam nada bersahaja namun betul-betul mengambil serius tentang hal ini.
Buat para isteri di luar sana, berapa ramai dikalangan kalian mengetahui ID dan PASSWORD akaun bank suami kalian? Jika belum, bincangkanlah tentang hal ini.
Hal tentang masa depan bukan setakat bincang anak-anak akan datang nak sekolah di mana? Raya tahun ini nak pakai baju warna apa? Hujung minggu nanti nak beli barang dapur berapa bajetnya?
Hal tentang PENINGGALAN perlu difikirkan sama, saat Allah masih lagi beri peluang kita tidur atas katil bersama. Kerana apabila kita dijemput Ilahi, sangat berbeza mereka yang punyai PERANCANGAN dan mereka yang tiada langsung PERBINCANGAN.
Ramai yang terkejut tidak terkata dan terus buntu tidak tahu ingin buat apa jika sewaktu hayat ini tidak pernah mereka berbicara tentang KEMATIAN. Walhal ia adalah suatu KEPASTIAN.
Fikirkan teman-teman, telah ramai kawan-kawan kita pergi pada usia sebaya kita. Kita tidak terkecuali, suatu hari nanti pasti akan mengadapNya jua.
Mengingat Untuk Sama-sama Beringat
– Cikgu Tg –
Calon Jenazah
Anak, Suami dan Ayah Kepada 3 Orang Anak Kecil.
Kanak-kanak viral yang digelar Aming petah berkata-kata dikenali ramai sejak memberi nasihat mengenai pemakaian mask muka untuk mengelak wabak Covid-19 dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Tawau pada awal pagi Khamis.
“Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana.”-PM
Malah video berkenaan turut mendapat perhatian daripada Tan Sri Ismail Sabri semasa memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada 23 Januari lalu.
Mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian Allahyarham adik Muhammad Aming Salleh Abdullah yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
Saya pernah membuat hantaran di media sosial berkenaan pesanan yang baik-baik yang disampaikan oleh Allahyarham Adik Aming pada 23 Januari 2021.
Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana.
Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi.
Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham adik Aming. Semoga tabah menghadapi ujian ini.
Khabaran duka kematian Adik Aming tular di media sosial
Perkara itu disahkan ibunya, Santi Sabri, 33. Menurut Santi, anaknya itu tiba-tiba mengadu mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.
Katanya, sebelum ini anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit atau dijangkiti Covid-19.
“Tiada juga apa-apa, cuma dia makan mi segera saja kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa saja, sebab anak saya tidak sakit. Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat.”
Bila datangnya bulan Rejab itu secara automatik akan memperingatkan kita semua akan hampirnya kedatangan bulan Ramadan. Jadi ada baiknya bukan sekadar mengingati semata, namun indahnya andai dapat melakukan amalan dan ibadah bersama seisi keluarga.
AMALAN-AMALAN DI BULAN REJAB YANG JATUH PADA HARI SELASA 25 FEBRUARI 2020.
ان رجب شهرفضيل، والعبادة فيه لها اجر جليل، خصوصا الصوم فيه والاستغفار، والتوبه من الاوزار.
Oleh kerana itu mari kita Muliakan bulan Rejab dengan berbagai Amal Kebaikan.
Rejab bulan menanam Kebaikan. Sya’ban bulan Menyiram / Memupuk Kebaikan. Ramadhan bulan Menuai Kebaikan. Bulan Rejab adalah Pintu Gerbang Ramadhan.
Diantara Amalan yg baik dilakukan pada bulan Rejab (Bulan Haram/Mulia) :
✳ Puasa
✳ Istighfar
✳ Doa
Di anjurkan banyak Doa terutama pada malam pertama bulan Rejab :
قال صلى الله عليه وسلم: خمس ليال لاترد فيه الدعاء: اول ليلة من رحب، وليلة النصف من شعبان، وليلة الجمعة، وليلة الفطر وليلة النحر.
(اخرجه السيوطى رحمه الله تعالى فى الجامع)
Di bulan Rejab ini marilah kita Menanam Kebaikan sebanyak-banyaknya, Bertaubat kepada Allah SWT dan meninggalkan Maksiat agar kita mendapat RedhaNya
الله سبحانه وتعالى .
InsyaAllah 1 Rejab jatuh pada hari Selasa, 25 Februari 2020, maka malam awal bulan Rejab adalah Isnin malam Selasa 24 Februari 2020.