Apa kata kali ini mencuba sendiri untuk hasilkan jam dinding hiasan dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa-biasa namun hasilnya nampak luar biasa untuk diperagakan di ruang kediaman.
Mungkin ada yang tidak menyangka, jam hiasan yang dikongsikan oleh Normala Jais ini dibuat menggunakan olahan sudu plastik dan bamboo stick.
Teruja untuk mengetahui lanjut langkah-langkah untuk hasilkannya, jom semak perkongsian ini.
Ni adalah kali pertama saya kongsikan diy jam dinding dari saya sendiri.. saya ambil ilmu ni dari pada youtube sahaja.
Bahan-bahan sangat mudah kita cari.. jam dinding ni saya beli di kedai mr.diy dan untuk decoration jam ni saya beli dekat kedai eco saja.. saya guna sudu plastik pakai buang tu, kemudian bentukkan macam dalam gambar yang saya kongsikan ni..
Spray guna warna hitam .. , bamboo stick pun saya beli dekat eco juga . Belakang jam pastikan macam dalam gambar tu ya. Guna hot glue gun sahaja. SELAMAT MENCUBA.. maaf jika tidak jelas perkongsian saya ni, kamu semua boleh tengok youtube DIY WALL CLOCK..
Bahan-bahan:
Jam dinding
Ads
Sudu plastik
Spray hitam
Bamboo stick
Glue gun
Manik
Ads
Langkah demi langkah :
Spray bamboo stick
2. Spray sudu plastik dan dijemur di bawah matahari.
Ads
3. Buangkan bahagian batang sudu, dan akan jadi seperti ini.
4. Gamkan bamboo stick di bahagian belakang jam seperti ini dengan menggunakan glue gun.
5. Hias dengan sudu dan manik seperti di dalam gambar.
sumber : Normala Jais via Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup ini kita sendiri yang tentukan dan setiap orang mempunyai pandangan dan prinsip yang tersendiri. Umpamanya bagi seorang pemuda yang sanggup berkerja sebagai pengawal keselamatan. Meskipun sejak dibangku sekolah dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan besar, namun tidak sedikit pun menghalang untuknya mencari rezeki dengan menjadi pengawal keselamatan.
Seorang anak muda yang dikenali sebagai Danial Rohaizat telah berkongsi video di aplikasi TikTok menunjukkan pencapaian cemerlang untuk setiap peperiksaan yang diambil ketika di bangku sekolah. Pun begitu, tidak memilih kerja dalam usahanya mencari rezeki.
Dapat dilihat dalam video tersebut, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dia mendapat 5A, manakala untuk peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mendapat 9A. Di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula mendapat keputusan 8A. Bahkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula berjaya memperolehi 3.58.
Sungguh bukan mudah untuk lakukan sepertinya dalam mencipta kejayaan di setiap peperiksaan yang diambil. Pasti banyak pengorbanan yang dilakukan untuk terus berjaya.
Ujarnya, di saat rakan-rakan yang lain berada di rumah menanti keputusan STPM namun, tidak bagi dirinya yang mahu berdikari.
“Aku gagahkan diri mencari rezeki. Kerja apa pun aku sanggup asalkan tak menyusahkan mak bapak. Semoga Allah kabulkan doa aku. Aku nak sambung Degree. Doakan aku guys!!!”
Meninjau di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan bolehlah dijadikan contoh kepada anak-anak zaman sekarang agar tidak memilih kerja.
“Chill dik…At least hg ad pnglman…pnglmn tu mahal..”-tuanmuhammadizzat0390
“Org pandai je tahu susahnya cari duit”-Arina(Forever Living Taiping)
“Rezeki halal brother …insyaa Allah masa depan hang cerah sgt”-Ahmad Dzarif
“Ok je dik, ramai je ank kawan anty mse tnggu upu keje guard. Janji gaji halal. Apa yg org pelik sgt. As long as awk x sshkn parents. All the best to you”-annakosin8910
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Memanggung bebanan hutang dalam hidup ini ada masanya akan membuatkan hidup terasa sempit dan tertekan. Bahkan ada antaranya merasakan bebanan tersebut mengganggu emosi hingga tidak tahu berbuat apa.
Jadi di sini, Ustazah Asma’ Harun ada berkongsi antara amalan yang boleh dilakukan selain berusaha untuk melangsaikan hutang dengan segera agar hidup lebih tenang, ada bagusnya turut amalkan doa ini.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
DOA DILEPASKAN BEBAN HUTANG, SEDIH DUKACITA, LEMAH, MALAS, KEDEKUT, PENAKUT, DIZALIMI MANUSIA
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuk ke masjid, dan seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Baginda bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”.
Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu?.”
Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Riwayat Abu Daud (4/353)
Inti doa di atas, bila kita selamat daripada penyakit² hati yang disebutkan, maka InsyaAllah kebahagiaan & kejayaan akan diperolehi.
Tanda Doa Termakbul
Antara tanda doa kita dimaqbulkan Allah pula, kita mula kuat berusaha, menempuhnya dengan rajin, kuat semangat, berani, positif, pemurah.. dan akhirnya kita tidak lagi sedih berlebihan dan bebas hutang.
Mulakan dengan langkah pertama Langkah demi langkah
InsyaAllah kita kan berjaya
Yang penting jangan mengalah
Allahu Akbar
Sumber : Asma’ binti Harun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kecil-kecil cili padi, walaupun bertubuh kecil dan baharu sahaja berusia 11 tahun siapa sangka sudah mampu mencipta nama hingga di peringkat antarabangsa.
Maryam Muzamir, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang ini turut menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejayaannya mengharumkan nama negara.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada Maryam Muzamir atas kejayaannya mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lalu.
Berbangga dengan pencapaian murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang itu, Perdana Menteri turut berdoa supaya Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Maryam, 11, beroleh kejayaan dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut.
Kejayaannya turut mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.
— The Late Late Show with James Corden (@latelateshow) September 23, 2021
Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi beliau juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan itu.
Apakah yang produk inovasi yang telah dicipta Maryam? Berikut ialah 10 fakta ringkas mengenainya:
1.Maryam mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan cangkerang siput sedut yang dinamakan Yam 2.0.
2.Idea inovasi Yam 2.0 tercetus semasa dia melihat pembaziran sisa makanan laut yang terbuang di restoran.
3.Maryam difahamkan telah membaca artikel menyatakan cangkerang makanan laut mengandungi bahan ‘chitin‘ yang mana mempunyai kebaikan di dalam makanan ternakan. Justeru ia menjadi titik tolak Maryam mula merancang inovasinya.
4.Sebanyak 30 kilogram bahan kulit udang dan cangkerang siput sedut diperolehi Maryam dari restoran di Kuantan.
5.Bahan itu kemudian dicuci dan dikeringkan di bawah cahaya matahari.
6.Setelah kering sepenuhnya kulit udang dan cangkerang siput sedut diasingkan sebelum dikisar dalam bentuk dan saiz yang sesuai untuk dimakan haiwan ternakan.
7.Produk tersebut memerlukan pemprosesan selama 1 minggu dan sampel percuma tersebut diberikan kepada ladang ternakan lembu.
8.Pengambilan Yam 2.0 oleh lembu didapati tidak menjejaskan penghasilan susu.
9.Antara perkara yang juga menjadi motivasi kepada Maryam adalah terdapatnya pernyataan bahawa harga daging yang semakin meningkat disebabkan oleh harga makanan untuk ternakan yang tidak stabil akibat penggunaan makanan jagung yang berkualiti tinggi.
10.Kos penghasilan YAM 2.0 rendah berbanding produk makanan haiwan ternakan konvensional dan ia boleh digunakan sebagai makanan untuk haiwan ternakan seperti ayam, kambing, ikan termasuk khinzir.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.