Seperti yang kita ketahui, keju merupakan makanan digunakan untuk penghasilan yang pelbagai juadah termasuk kek, pasta keju dan sapuan. Ramai antara kita menggemari keju untuk dijadikan hidangan seisi keluarga. Namun, apabila membeli makanan ini, pastikan alert kandungan pembuatannya.

Menerusi facebook, Nor Zailina menasihati mengenai bahan pembuatan keju agar halal dimakan.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Saya bimbang bila tengok orang Islam beli keju tanpa membaca bahan-bahan yg terkandung di dalamnya atau sekiranya ada logo Halal negara pengeluar keju itu. Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?

* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan. Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dll.

IKLAN

* Rennet – bahan yang digunakan bagi menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dsbnya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang. Bovine Rennet adalah rennet dari perut lembu. Porcine dari khinzir (pig/swine).

Hanya pilih rennet:
– microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria TETAPI ada juga yg dibiak drpd sumber binatang, sila tengok tanda Halal)
– non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
– vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)

Selain rennet, keju juga diperbuat dengan:
– proses pemerapan (fermentation)
– menggunakan cuka dan jus lemon (asid) terutama untuk pembuatan keju vegan

IKLAN

Fakta Penting:
1. Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.

2. Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).

IKLAN

3. Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.

Nak Beli Keju, Baca Dulu Bahan Digunakan. Bimbang Ada Yang Tak Halal.

Sumber: Nor Zailina

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI