Menarik perkongsian wanita ini mengenai kualiti masa bersama anak-anak. Katanya, masa bonding dengan anak tidak perlu berkira masa walaupun ada yang kata hanya 3.5 minit tanpa gangguan.

Katanya, ibu bapa perlu luangkan masa  tanpa kira masa terutama anak yang berusia di bawah enam tahun.

Ikuti perkongsian wanita di laman facebook miliknya Ina oh Ina.

Nak Bonding Dengan Anak Tak Perlu Berkira Masa. Buat Aje Bila-Bila Masa!

Salah satu cara nak bagi otak kanak-kanak berkembang sehingga mencapai thp optimum adalah BONDING…

IKLAN

bukan hantar ke taska/tadika mahal ❌
Bukan susu mahal❌
Bukan permainan yg banyak/mahal❌

Cantik kan susunan Tuhan jdkan fitrah anak2… Samada kita miskin/kaya….kita boleh jdkan anak kita tinggi EQ&IQ

IKLAN

tapi.. Ikut statistik terkini… Ibu, bapa, penjaga hanya spend masa 3.5minit shj sehari dgn anak tanpa ada gangguan lain.
Hanya 3.5Minit?mcmana dgn bonding? Aduh sedihnya baca ttg ni…

Antara ms plg responsive adalah ketika anak bgn tidur.. Sekiranya anda bekerja/tak.. Pastikan setiap hari i anak bgn tidur dgn melihat muka anda… Mandikan anak2.. Kemudian htr ke taska/tadika.. (ini adalah science reason kenapa TFA meWAJIBkan anak2 dtg siap mandi)… Jika anda rasa ini menyusahkan anda, sayang sekli kerana bawah usia 6thun otak anak2 membentuk sbyk 90% dan masa tu tak lama… Sekejap je…

IKLAN

Anda ada duit… Anda ada kerjaya… Anda ada tanggungjawab… Tapi anak2 hanya ada anda… Dan mereka juga tanggungjwb anda (sepatutnya paling utama)… Luangkanlah masa.. Statistik 3.5minit terlalu kejam utk anak2 hadapinya.

Teacher Ina
13 years of Ecce advocate and practice

Kredit: Ina Oh Ina

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI