Bagi sesiapa yang merantau ke luar negara pastinya ada selit rindu pada makanan asli di negara asal.
Tak kurang juga seperti pelakon Raja Ilya yang kini sedang menyambut Hari Raya di Perth, Australia bersama keluarga tersayang.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di laman Instagramnya, Raja Ilya kelihatan membuat sendiri pencuci mulut popular di Malaysia iaitu cendol di rumahnya.
Memahami tugas dan bebanan yang ditanggung oleh pasangan bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah.
Umumnya, jika kita dapat rasakan kepayahan yang dijalani oleh pasangan sepanjang hari ditempat kerja, pasti membuatkan seseorang itu lebih menghargai pengorbanan pasangan dalam mencari rezeki.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh suami ini yang berkahwin dengan seorang jururawat.
Saya tahu kerja jururawat ni sangat penat dan stress. Maklum la, isteri seorang jururawat.
Sebab itu sebagai suami saya cuba sedaya upaya untuk tidak menambah lagi penat dan stress isteri. Saya nasihat semua pasangan jururawat pun begitu.
Kadang-kadang kasihan juga bila isteri selalu hantar meseg dari tempat kerja “Abg nanti tolong belikan makanan”
Rupanya seharian di tempat kerja tak sempat makan pun. Bila di tanya waktu rehat macam mana, “Jururawat mana ada waktu rehat”, balas isteri. Bawa bekal, tapi bekal tu bawa semula balik ke rumah. Itu pun ada.
Mulanya tak faham juga kerja tak ada masa rehat ni tapi bila fikir fikir balik, orang sakit mana ada waktu waktu tertentu, time nak sakit dia sakit je. Tambahan pula isteri saya bukan jaga orang dewasa, tapi dia jaga bayi yang sakit. Lagi la tak ada masa nak rehat.
“Tak apa sayang, dekat rumah berehat la sepuasnya. Anak-anak jangan risau abg boleh handle”
Dalam whatsapp lagi saya dah hantar pesanan begini supaya isteri tahu bahawa saya faham penatnya pekerjaan dia.
Tempat kerja macam orang kerja pejabat indoor je tapi cara bekerja jauh berbeza macam buat kerja outdoor. Baju yang putih tu kalau tak ada kesan kotoran jangan cakap kerja jururawat. Tak mungkin boleh bersih kalau dah buat kerja.
Setiap kali masa nak masuk baju dalam mesin basuh saya akan tatap baju kerja isteri saya ni. Ada kesan pen, darah, kari, dan macam macam lagi kesan kotoran yang saya pun tak tahu kesan apa tu.
Pertama kali saya tengok wad yang bersusun dengan bayi. Semua sakit. Sorang kena jaga berpuluh bayi yang sakit. Aduh, pening kalau sorang menangis, semua ikut menangis. Dalam hati saya kata, anak sorang menangis kat rumah pun dah stress inikan pula berpuluh bayi menangis. Double triple stress rasanya.
Sepanjang masa bekerja tak ada masa nak duduk langsung, tambahan pula kalau ada case baru mula la berlari ke sana ke sini nak selamatkan nyawa.
Bila kerja selamatkan nyawa ni ia tak habis kat tempat kerja je, kerja tu pasti akan ikut sampai ke rumah. Selalu juga orang hospital telefon waktu isteri sedang bercuti. Tanya itu la, tanya ini la. Paling menyedihkan bila ada yang telefon bagitahu bayi yang dia jaga meninggal. Sedih bila dengar isteri cerita kisah bayi tu.
Kalau ini berlaku saya akan berhenti semua kerja. Saya akan tadahkan bahu untuk isteri sandar dan lapangkan masa untuk mendengar segala luahan hati dia. Apa yang boleh buat dia tenang itu la yang saya akan buat. Ego dan selfish tolak ke tepi. Isteri keutamaan.
Sesungguhnya, jururawat bukan wanita biasa tapi mereka wanita banyak jasa kerana setiap hari mereka merawat orang yang tak di kenali sedangkan diri sendiri di biar tanpa rawat.
Adik Muhammad Irfan Muhammad Irfan Mikael telah menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia tepat jam 12.30 malam tadi di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.
Berita duka ini dikongsikan menerusi laman Facebook Friends of Childhood Cancer Northern
BERANGKAT PULANG
Innalillahiwainnailahirojiun
“Telah berpulang seorang wira kanser kepada Maha Pencipta sebentar tadi.Irfan Mikael Mohd Syukri telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.30 malam di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi kangar Perlis.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan para Syuhada.Salam takziah kepada Puan Mazatul Rohana sekeluarga.Kami simpan disini kenangan bersama anak kanser Irfan.
Tenang dan damailah wahai jiwa menuju pulang kepangkuan Tuhan.
Kisah Arwah yang berjuang melawan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) tular sebelum ini kerana ingin menaiki pesawat juang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth.
Hasrat tersebut dipenuhi oleh pihak TUDM. Malah, arwah juga berkesempatan melawat Pusat Simulator Pejuang dan merasai pengalaman mengendalikan simulator F/A-18D.
Adik Irfan turut diberi peluang menyarungksn persalinan lengkap ‘flying suit’. Itulah gambar terakhir arwah yang boleh dijadikan kenangan oleh ahli keluarganya.
Al-Fatihah buat arwah adik Irfan, semoga ahli keluarga kuat dan tabah dengan dugaan ini.
Sebagaimana tumbuh-tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran, bidara juga disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga, pasti pokok bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya.
Pokok Bidara atau nama saintifiknya, Z. mauritiana, merupakan sejenis pokok renek malar hijau yang tumbuh dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang berdiameter 40 cm atau lebih, rimbun daunnya, berduri dan dahan yang rendang, bewarna hijau gelap, berkilat di sebelah atas dan hijau-pucat hingga hijau-kelabu di bahagian bawah, bergantung kepada iklim.
Pokok bidara cepat tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. Buahnya lembut, berair dan berbiji. Buahnya masak pada masa berlainan, walaupun pada pokok yang sama. Buahnya berwarna hijau bila muda, kuning ketika masak dan merah ketika matang sepenuhnya. Ia lembut, berair berkulit kedut dan mempunyai aroma yang amat menyenangkan.
Rasanya manis dan masam-masam-manis. Tekstur isi dan rasa menyerupai epal, apabila mengkal isinya putih dan ranggup, berasid hingga separa asid tapi manis. Buah yang terlalu masak kurang ranggup dan seperti bertepung, buah terlebih masak pula berkedut, isi bewarna krim, lembut, berspan dan hapak. Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan, kemudian berubah menjadi hapak.
BIDARA DALAM AL-QURAN
Sidratul Muntaha digambarkan sebagai Pohon Bidara yang sangat besar, tumbuh mulai Langit Keenam hingga Langit Ketujuh. Dedaunannya sebesar telinga gajah dan buah-buahannya seperti bejana batu. Menurut Kitab As-Suluk, Sidrat al-Muntahā adalah sebuah pohon yang terdapat di bawah ‘Arsy, pohon tersebut memiliki daun yang sama banyaknya dengan sejumlah makhluk ciptaan Allah.
Allah berfirman dalam surah An-Najm 16; “Ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.” (an-Najm, 53: 16) Dikatakan bahawa yang menyelimutinya adalah permadani terbuat dari emas. Jika Allah memutuskan sesuatu, maka “bersemilah” Sidratul Muntaha sehingga diliputi oleh sesuatu, yang menurut penafsiran Ibnu Mas’ud r.a. adalah “permadani emas”.
Penjelasan tentang Sidratul Muntaha dalam hadis-hadis tentang Isra Mi’raj tersebut hanyalah berupa gambaran (metafora) sebatas yang dapat diungkapkan kata-kata. Hakikatnya hanya Allah yang Maha Tahu. Penggunaan daun bidara adalah sunnah Rasulullah SAW. Pohon bidara (sidr) disebut sebanyak 2 kali dalam kitab suci Al Quran iaitu:
1. Surah Saba, ayat 16:
“Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.”
2. Surah Al-Waqia, ayat 28:
“Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.”
KAJIAN KLINIKAL KHASIAT BIDARA
Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok Bidara.
Hasil Kajian dari Jodhpur National University, Bidara mengandungi;
Sifat-sifat perubatan Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati). Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol. Berkesan melawan oxidative stres yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser. Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.
Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji. Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh). Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen) dan Anti radang (Anti-inflammatory).
Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia). Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.
Khasiat pohon bidara;
KEGUNAAN BIDARA DALAM ISLAM
Sebagaimana tumbuh tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran pasti bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Tambahan lagi ia disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga.
1. Memandikan jenazah
“Mandikanlah dengan mengguyurkan air yang dicampur dengan daun bidara tiga kali, lima kali atau lebih dari itu jika kalian anggap perlu dan jadikanlah yang terakhirnya dengan kafur barus (wewangian).” (HR. Bukhari no. 1253 dan Muslim no. 939).
2. Mandi dengan air yang dicampur daun bidara untuk wanita haid yang akan bersuci
‘Aisyah secara marfu, “Salah seorang di antara kalian (wanita haid) mengambil air yang dicampur dengan daun bidara lalu dia bersuci dan memperbaiki bersucinya. Kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya seraya menggosoknya dengan gosokan yang kuat hingga air masuk ke akar-akar rambutnya, kemudian dia menyiram seluruh tubuhnya dengan air. Kemudian dia mengambil sehelai kain yang telah dipalit dengan minyak kasturi lalu dia berbersih darinya.” Aisyah berkata, ”Dia menyapukan tanah kepada bekas-bekas darah.“ (H.R. Muslim no. 332 dari’ Aisyah)
3. Mandi dengan air yang dicampur daun bidara untuk mualaf
Hadis Abu Hurairah r.a. yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim tentang kisah Tsumamah bin Utsal r.a. yang sengaja mandi kemudian menghadap kepada Nabi SAW untuk masuk Islam.
“Saya mendatangi Nabi SAW untuk masuk Islam maka Nabi memerintahkan kepadaku untuk mandi dengan air dan daun bidara.” (HR. Ahmad 5/61, Abu Daud no. 355, An-Nasa`i 1/91, At-Tirmidzy no. 605 dan dishohihkan oleh Al-Albany dalam Shohih At-Tirmidzy 1/187
“Beliau masuk Islam, lantas Nabi SAW memerintahkannya untuk mandi dengan air dan daun sidr (daun bidara).” (HR. An Nasai no. 188, At Tirmidzi no. 605, Ahmad 5/61. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)
MERAWAT GANGGUAN JIN DAN SIHIR
Pohon Bidara (Sidr) diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Ia telah disebut di dalam Surah As-Saba’ ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28. Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah Bidara atau nabaq dalam bahasa Arab.
Di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratil Muntaha, tempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi’raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana. Antaranya terdapat Pohon Bidara yang teramat besar dan kecantikannya hingga tidak dapat diceritakan. Setiap daunnya sebesar telinga gajah, buahnya sebesar tempayan. Akar-akarnya menjalar ke bawah sehingga ke langit ke enam. Dari batang pokok, air seperti sungai mengalir keluar, dengan rasanya yang sangat nyaman.
Daun ini Insyaa Allah boleh digunakan untuk mengubati sihir dan gangguan jin, yakni daun bidara. Al-Quran menyebutkan daun bidara di beberapa ayat:
“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri..“(QS. Al-Waqi’ah (56): 27-29)
“Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Bidara.” (QS. Saba: 16)
Bagaimana cara menggunakan daun bidara untuk mengubati sihir atau gangguan jin?
Wahb bin Munabih, salah seorang pemuka tabi’in yang ahli dalam sejarah dan ilmu perubatan menyarankan untuk menggunakan tujuh helai daun bidara yang dihaluskan. Kemudian dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, surat al Kafirun, al-Ikhlas, al Falaq dan an Naas. (Lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13).
Al Qurtubi menceritakan dari Wahab untuk mengubati Sihir:
“Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan air yang telah dibacakan ayat-ayat dan juga dicampur bidara, dipakai untuk mandi, Insyaa Allah akan hilang sihirnya. Dan diutamakan membaca Al Falaq, An Naas, juga ditambah ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.“ (Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Pendek halaman 171)
JENIS-JENIS POHON BIDARA
Beberapa jenis pokok dipanggil bidara dalam masyarakat kita. Namun yang mana satukah bidara yang disebut dalam Alquran dan hadis?
Antara jenis pokok yang panggil bidara ialah:
Bidara tidak berduri mempunyai buah yang pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk bujur, lonjong, bulat dan obovate. Isinya berwarna putih, sedap, manis dan ranggup. Kulit buah bidara pula licin, berkilat, nipis tetapi isinya padat. Daun bidara yang berduri pula digunakan oleh perawat dalam rawatan islam untuk membantu pesakit yang terkena gangguan jin dan makhluk halus.
Bidara sidr yang disebutkan di dalam sunnah ialah bidara yang berduri, dikenali dengan nama bidara duri, bidara kampung atau bidara arab. Nama saintifik bidara sidr ialah Ziziphus spina-christi. Semoga memberi manfaat.