Sebenarnya ramai je nak cuba buat biskut raya sendiri, ye la bila tetamu datang, momen mereka makan biskut airtangan kita sendiri tu yang paling ditunggu-tunggu.
Ada sesetengah orang anggap nak baking ni perlukan skill, kalau tak ada tak menjadi juga. Tapi yang penting sebenarnya, resipi yang betul ikut sukatannya. Kalau ada skill, resipi tak menjadi tak guna juga kan?
Yang mana ada niat nak belajar buat samperit tu, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nana Fiana ni! Tak reti buat bunga? jadi semperit panjang-panjang tu pun boleh! Jom cuba.
Tengok ramai yg gagal buat semperit lately. Ni saya kongsikan resepi blh buat kt umah masing2 ye 🥰 saya buat niaga ni 🤭
RESIPI BISKUT SAMPERIT
Ads
Bahan-bahannya :
340g butter
250g susu pekat
80g tepung kastard
600g tepung jagung
Nk flavour lain tambah je esen pandan ke, rv ke choc ke dalam 10gram.
Cara-caranya:
1. Uli sampai jadi doh. Nk guna mixer kelajuan rendah, Atau guna senduk, atau uli guna tangan jela🤭
2. Sebelum bakar set dulu dalam 30minit bagi kene angin biar tak jadi arnab bunga tu 😆 (letak tepi dahulu kuih sebelum bakar)
3. Bakar suhu 160 20-25mnt ikut oven masing2.
4. Nk buat semperit panjang2 tu pun blh.
Semoga bermanfaat, doakan saya ye. Siapkan 500balang sorang2 ni
Ha dah nak raya ni tak kan la tak ada persiapan kan. Menu raya orang kita ini tak boleh dilawan dengan menu lain. Memang sedap dan selalu tergiang-ngiang je. Tak raya pon rasa macam nak raya semata-mata nak makan menu raya.
Semua dah rancang ke nak masak apa untuk menu raya? Antara menu raya yang wajib ada setiap tahun mestilah nasi impit dengan kuah kacang. Bukan tu je, jimat bila ada kuah kacang sebab boleh makan dengan makanan selain nasi impit contohnya satay.
Nak buat kuah kacang sendiri tapi renyah dan tak berbaloi. Jangan risau, ada resepi mudah dan sedap yang kita boleh cuba buat sendiri di rumah. Jom kita cuba resepi ini.
Cara Buat Kuah Kacang Pekat Dan Sedap
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang tanah yang digoreng dan dikisar
2 sudu teh pes asam jawa
Gula melaka @ gula putih
Garam
Santan
Air
BAHAN KISAR:
3 batang serai
2 inci halia
2 biji bawang merah (besar)
Segenggam cili kering
Resepi Kuah Kacang Simple
CARA PENYEDIAAN:
2. Kemudian, masukkan asam jawa adabi sedikit demi sedikit supaya kuah kacang tidak terlalu masam.
3. Masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar kering tadi. Jika kuah tidak pekat, boleh masukkan lagi kacang.
4. Selepas itu masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut citarasa sendiri. Yang suka kuah kacang manis boleh lebihkan gula.
5. Masukkan sedikit santan untuk rasa yang lebih lemak dan sedap.
6. Terus masak dan kacau hingga kuah kacang pecah minyak sekali lagi.
7. Kuah kacang siap untuk dimakan bersama nasi impit, satay atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.
TIPS BIJAK: Kuah boleh dibuat awal. Makin lama dipanaskan, makin sedap rasanya. Ada yang suka tambah udang kering. Jika kuah terlalu pekat boleh tambah air. Boleh ikut selera masing-masing.
Menyediakan menu baharu dan istimewa untuk dinikmati bersama keluarga tentu sahaja menjadi antara perkara yang memberi rasa keterujaan buat ibu-ibu. Lebih-lebih lagi jika menu tersebut menjadi kegemaran anak-anak dan suami.
Jadi apa kata hujung minggu ini ambil peluang untuk sajikan menu nan satu ni, menu churros yang mudah disediakan dan enak dimakan.
Jom semak bahan dan cara penyediaannya yang dikongsikan oleh Ezani ini.
Aktiviti men”churros” for breakfast!! Ada byk variasi resepi churros (donat spanish/mexican yg garing). Resepi yg saya guna simple sgt suami saya boleh buat sendiri.
Bahan-bahan:
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kaster
1 sudu kecil garam halus
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Gula dan serbuk kayu manis (optional)
Cara buat :
1) Didihkan air dan 1 sudu besar minyak dalam periuk. Sementara itu ayakkan tepung bersama gula dan garam.
2) Bila air menggelegak masukkan semua sekali campuran tepung yang diayak tadi ke dalam air. Tutup api dan kacau dengan senduk kayu laju2 sehingga tepung sebati.
3) Masukkan sebiji telur dan kacau lagi sehingga adunan likat dan licin.
4) Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle star. (Saya pakai 2 lapis piping bag)
5) Panaskan minyak menggoreng. Paipkan adunan churros dan goreng hingga garing dan keperangan. Balikkan.
6) Angkat dan tuskan minyak. Gaulkan dalam gula dan serbuk kayu manis.
Selamat mencuba!
Botok-botok adalah antara salah satu resipi tradisi bangsa Johor yang istimewa dan digemari ramai. Ada yang kata botok-botok seakan pais ikan tetapi sebenarnya sangatlah berbeza.
Pais ikan boleh dibakar tetapi botok-botok hanya dimasak dengan teknik kukus dan apa yang lebih menarik mengandungi ulam-ulaman kampung yang disatukan dengan ikan dan rempah ratus terpilih untuk menyedapkan rasa, dibungkus kemas di dalam daun pisang.
Buat anda yang teringin untuk mencuba rasa, bolehlah memasaknya sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Dee Hakim ini.
Menurutnya, “Kalau ikut resepi ni, pes dia bolehlah dapat dalam 5-6 bungkus botok-botok. Oklah kan, kalau fam kecil. Kalau nak banyak boleh gandakan bahannya ya.”
Bahan-bahan pes botok-botok:
Bawang merah besar 2 biji
Bawang merah kecil 3-4 biji
Bawang putih 5-6 ulas
Lada kering kisar (agak2 la ya)
Serai 2 batang
Kunyit
Halia
Lengkuas
Jintan manis 1 ½sb
Jintan putih 1 ½sb
Ketumbar 1½sb
(kisar semua di atas)
Rempah kari ikan
Kerisik
Santan
Asam Jawa
Ulam-ulaman:
Pucuk ubi, pucuk bebuas, daun selasih, daun cekur, pucuk mengkudu, daun kunyit, daun kaduk, pucuk betik, dan sebagainya.
(ni takde syarat, letak jelah daun yang korang boleh makan dan suka, sebab ada daun-daun yang pahit-pahit sikit kan.. time PKP ni pakai apa yang ada kat belakang rumah je)
* ni basuh bersih-bersih, kendian korang gunting.. kesian laki korang makan besar-besar pulak dedaunan tu.
Bahan utama:
Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol, udang (ikan tu ikut kesesuaian korang)
Cara Masak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Dah garing bahan kisar tu, masukkan serbuk kari ikan, tumis lagi.
3. Kendian masukkan kerisik, air asam jawa, tumis lagi macam biasa. (ok, part asam jawa tu agak-agak la, masa masak pes ni kena masam sikit sebab belum diserasikan dengan ikan lagi. Air ikan tu nanti akan balance kan rasa masam tu nanti, trust me.. ewah)
4. Last masukkan santan, garam, gula merah n bahan perasa. Siap!
Tibalah waktu penentuan, nak bungkus. Bahan yang korang perlukan ialah daun pisang. Kalau tak ada, pakai je aluminium foil tu.. agak-agak la ya saiz nak bungkus tu. Janji tak bocor udahlah.
1. Bentang daun pisang, susun ulam-ulaman, then letak pes atas daun tu, ratakan sikit-sikit, letak la ikan korang.
2. Tutup ikan dengan pes, lepas tu susun ulam-ulaman tu lagi.
3. Cara bungkus boleh ikut gambar tu, tp sebenarnya kena letak tali pinggang dia lepas bungkus tu supaya tak bocor. Tapi sebab daun pisang saya tak cukup, saya tak letak. Boleh guna lidi untuk ikat sapaya tak terbuka.
4. Ok, pergi kukus sekarang, agak-agak la 30min dah masak.
Korang kalau makan juicy, makan betul-betul lepas kukus. Memang sedap. Kalau dah sejuk nanti, akan jadi kering sikit pes tu. Mana-mana pun sedap kalau makan dengan nasi panas.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.