Halba ini memang sangat berguna dalam masakan. Selain berkhasiat untuk kesihatan, ia juga boleh membantu untuk tujuan kesihatan. Untuk mengekalkan kecantikan dalaman, ibu-ibu kena rajin dan konsisten.
Cuba amalkan air rebusan yang mengandungi bahan alami termasuklah halba, halia, serai dan lemon. Ia terbukti memiliki banyak manfaat. Jom ibu-ibu cuba ni. Bahan pun mudah, ada di dapur je! Petua ini dikongsikan oleh Puan Lily Rose .
Air Sihat Cantik Tunggu suam, perah lemon n minum.. Alhamdulillah, baru beberapa hari minum badan rasa segar dan ringan..
Ads
Khasiat lain antaranya mencantikkan kulit, membuang lemak, melancarkan perjalanan darah, baik utk sistem penghadaman dan byk lg.
Cara2: Rebus halba, halia, serai dgn 3cwn air sehingga mendidih. Tunggu suam baru perah lemon.
Ads
Tips: Untuk kesan yg optimum rebus halba sehingga pecah biji. Lagi kuning warna air lg bagus. Saya amalkan sehari segelas sebelum tidur. Sukatan ni dpt dlm 2gelas air.. sy bt bila nk minum je utk suami n sy. Nak sihat n cantik kena konsisten.. selamat mencuba😉
*Utk ibu yg menyusu Halba baik utk banyakkan susu tp tidak perlu letak halia n lemon. Ikut keserasian badan msg2. *Bagi wanita yg mengandung tidak sesuai diamalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mana yang sanggup melihat anak mereka menderita sakit. Nak nak lagi kalau anak itu masih kecil.
Demikian juga dengan penyanyi dan pengacara, Hunny Madu yang baru-baru ini memberitahu anak kecilnya mengalami masalah jantung.
Menerusi perkongsian di instagramnya tiga hari yang lalu, Hunny Madu memberitahu anak keduanya Adam Musa kini dimasukkan ke dalam wad dan bakal menjalani pembedahan.
Menurut Hunny, anaknya Adam Musa kini dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur PDA Stent ke-2 sejak lahir.
“Dia dilahirkan dengan hati yang kompleks dan perlu menjalani prosedur dan pembedahan yang lebih sedikit untuk memastikan hatinya tumbuh dengan baik.
“Saya percaya kepada pasukan Dato Mazni & Dr Marhisham dan jika saya tidak meminta terlalu banyak, berdoa untuk kembali kepada Adam Musa untuk kesihatan yang baik dan hati yang kuat. Insya Allah, ameen.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai pengikutnya memberi kata-kata perangsang dan doa buat si kecil ini.
ciklijaInshaallah amin, 4 years ago my baby also diagnose pda n done the surgery when she is 43 days of life, and now she is healthy and active.
dayazainodinyou are strong brave boy! God bless u baby ❤️
Dua hari lepas, Hunny sekali lagi berkongsi cerita mengenai anaknya yang selesai menjalani pembedahan. Kata Hunny, Adam Musa dalam proses pemulihan dan ditempatkan di ICU selepas prosedur PDA Stent ke-2nya.
Dia dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih banyak untuk ucapan dan doa dari orang ramai.
Semoga Adam Musa kembali sembuh dan membesar dengan baik seperti kanak-kanak lain. Kepada Hunny dan keluarga, banyakkan bersabar dengan dugaan tersebut.
Sumber: hunnymadu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon cantik dan juga isteri kepada aktor Fattah Amin, Nur Fazura Sharifuddin dilihat semakin aktif memulakan perniagaan tudung. Apa yang lebih mengujakan tudung jenama Fazura itu laris terjual dalam beberapa jam sahaja dan mendapat respon yang baik daripada warganet kerana harganya yang murah serta mampu milik.
Sehubungan dengan itu baru-baru ini Fazura menerusi IG Live ada menceritakan serba sedikit berkenaan tudung-tudungnya sebagai simbolik bagi melancarkan koleksi tudung dengan turut menggayakan 10 koleksi tudung Merdeka yang sangat cantik.
“Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hilang mata pencarian,” katanya.
Meluahkan rasa sebak dengan sambutan luar biasa yang diterima, Fazura mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membeli dalam masa sama membantu peniaga kecil.
Dalam pada itu, Fazura berkata dia boleh sahaja menjual pada harga mahal namun dia enggan berbuat demikian kerana mahu semua orang mampu membelinya.
“Kenapa saya jual RM27, sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal lagi.
“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi,” katanya dengan nada sebak sambil mengalirkan air mata.
Terdahulu, tular perkongsian seorang netizen yang membuat kiraan hasil jualan tudung Fazura itu dianggarkan mencapai RM2.16 juta.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.