Sekiranya di rumah anda masih ada TV lama dan masih elok, sebanarnya anda boleh ‘up grade’ tv tersebut menjadi Smart TV tanpa perlu modal yang besar bahkan anda sendiri boleh lakukan proses tersebut dengan mudah. Menarik bunyinya bukan?
Ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh admin Pemburu Tiket Murah dan bolehlah anda mencubanya.
4 Benda Perlu Ada
Apa yang korang kena ada hanyalah 4 benda iaitu TV, Android Box, HDMI to AV Converter dan juga RCA Cable. Sambungkan semua benda, terus TV kotak anda akan menjadi Smart TV. Boleh layan Youtube, Netflix, Disney+ buka FB dan macam-macam lagi. Senang sangat.
Jadi sesiapa yang ada TV lama yang sayang nak buang, elok berikan TV tu peluang kedua. Min dah cuba, memang menjadi. Tapi pastikan anda sambungan internet la ye.
Korang nak convert TV lama jadi smart TV? Begini caranya. Lihat gambar seterusnya
First, mestilah kena ada TV. Pastikan dekat TV tu ada RCA port macam dekat bahagian yang dibulatkan.
Kemudian korang pergi beli android box. Tak kisah Android box jenama apa, tapi min recommend korang beli Mi TV. Stick atau Mi Box S. Dekat Shopee ada.
Kemudian benda yang paling penting korang kena ada HDMI to AV converter ni. Beli di Shopee juga. Murah je
✅ HDMI to AV Converter
Lepas tu sambungkan semua device antara satu sama lain. Haa onkan TV, dan TV korang dah jadi Smart TV! Hanya perlu 2 benda je untuk convert TV lama jadi Smart TV. Iaitu Android Box dan HDMI to AV Converter. Barang semua beli sekat Shopee je.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Baru dikongsikan gelagatnya memakai kain pelikat, terbaru, pelakon Amar Baharin memaklumkan khabar duka apabila anak sulungnya, Aqeef Anaqi terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital.
Menurut suami kepada pelakon Amyra Rosli ini lagi, anaknya mengalami gejala muntah yang teruk menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.
Sambil melahirkan rasa bimbang, Amar berharap anak pertamanya itu diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.
“Anak soleh hero daddy 3 kali muntah pagi ni… get well soon abang @aqeefanaqi insyallah. Allahummasyfi Anaqi. Allahummasyfi Anaqi. Allahummasyfi Anaqi,” kongsinya.
Turut berkongsi situasi cemas itu adalah isterinya, Amyra Rosli menerusi laman Instagramnya. menurut Amyra dia tidak dapat berada di sisi Anaqi kerana sedang menjalani penggambaran.
Stay strong syg mommy..Doakan anaqi cepat sembuh ye 🤍
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan doa semoga Anaqi dipermudahkan segala urusan dan kemvali sembuh seperti sediakala.
obrozaileeAlamak kenapa hensem boi ni Amar? Speedy recovery Anaqi. ❤️
zfuzaAllahuakbar…Moga cepat sembuh boboy Anaqi….kata orang tua²….muntah tu elok…buang mana yg tak elok dr dlm badan…banyak kan mnm air masak…
fauzanaezanaSemoga cepat sembuh anaqi handsome 😍😍😍😍😍
Untuk makluman, pasangan pelakon ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi,4 dan Ayra Arysaa, 2 tahun.
Nama Ana Raffali suatu ketika pernah menjadi perhatian ramai apatah lagi selepas dinobatkan pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku sekali gus mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan nama-nama hebat dalam industri muzik tempatan.
Penyanyi Ana Raffali juga turut popular menerusi lagu Kalau Berpacaran, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Hari Hari Hari Raya. Pun begitu nama Ana Raffali seakan hilang dari radar dunia muzik tempatan semenjak mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.
Baru-baru ini berkongsi berita gembira, penyanyi Ana Raffali yang juga merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi Instagram. Menerusi posting sama, penyanyi yang popular menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku itu turut berkongsi swafotonya sewaktu menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada Sabtu.
“Alhamdulillah, syukur saya dianugerahkan Sarjana Pendidikan dalam bidang Teknologi Pengajaran dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
“Terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan dan bantuan sepanjang pengajian saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ana turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong dan membantunya sepanjang pengajian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan kenalannya tumpang rasa gembira dengan pencapaiannya malah turut mendoakan agar Ana akan terus berjaya di masa akan datang.
Buat ibu-ibu yang nak tanam sendiri pokok sayur di rumah, kena pilih yang sesuai serta mudah hidup. Sebagai contoh, Bayam Brazil, sejenis tumbuhan yang mudah untuk ditanam dan cepat membesar. Cuma kenalah ada caranya.
Selain dibuat ulam, sayur ini juga sedap digoreng belacan mahupun digoreng salut tepung untuk dijadikan kudapan.
Bagi yang nak jimatkan ruang tanah, ikut cara Pn Zainol Yunus ini dengan menggunakan botol plastik terpakai. Selamat mecuba!
Dulu akk pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanamb.brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Gambar agak tak tersusun. Akk explain pada setiap gambar tu. Kepada ahli baru..selamat mencuba.
Cara-cara membuat:
Sebelum menebuk lubang…tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.
2. Bawah botol pun perlu ditebuk.
3. Botol siap ditebuk..boleh guna besi panas.
4. Cara nak masukkan tanah ke dalam botol.
5. Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.
6. Sebelum cucukkan batang b.b pada botol…masukkan air supaya tanah lembap…lebih mudah nk tanam batang bayam brazil.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di