Mendidik anak ini perlukan ilmu keibubapaan yang mantap lebih lagi anak yang belajar di sekolah rendah yang memerlukan tumpuan lebih.
Wanita ini Ilyani Munsarikh kongsi cara nak didik anak supaya tidak culas untuk belajar walaupun tahap 1 tiada peperiksaan.
10 perkara asas survival boleh didik kanak-kanak untuk ibubapa yang mendakwa kanak-kanak lebih leka semenjak tiada peperiksaan tahap 1.
10 Cara Nak Elak Anak Leka Bila Tiada Peperiksaan
1) Masa ini kukuhkan asas bahasa. Kita sendiri banyak berkomunikasi. Banyak membaca buku. Galak kanak-kanak bercerita, pengucapan awam. Ramai-ramai kumpul di ruang tamu, seorang demi seorang bercakap di depan.
+ Meningkatkan keyakinan diri
+ Meningkatkan kemahiran bahasa dan kosa kata
+ KBAT
Ads
2) Masa ini tingkatkan kemahiran kanak-kanak mengurus rumah. Mereka boleh membuat kerja-kerja rumah selepas balik sekolah. Mereka juga boleh memasak. Ini semua kemahiran yang bagus. Membentuk disiplin, ‘common sense’ dan sahsiah.
3) Masa ini galakkan kanak-kanak mengutip barang kitar semula. Galakkan mereka berinovasi mencipta produk daripada bahan kitar semula.
+ Meningkatkan kreativiti dan inovasi
+ Meningkatkan pengetahuan Sains
+ KBAT
4) Masa ini galakkan kanak-kanak berniaga produk atau makanan. Buat bersama dan ibubapa tolong pasarkan. Boleh juga berniaga online.
+ Meningkatkan kreativiti dan inovasi
+ Meningkatkan pengetahuan kewangan
+ KBAT
Ads
5) Masa ini galakkan kanak-kanak belajar dan meneroka bakat dan potensi diri mereka. Menjahit, mengait, melukis, kraftangan dan sebagainya. Beli bahan dan alat untuk mereka.
+ Meningkatkan kreativiti dan inovasi
+ Meningkatkan kemahiran intrapersonal
+ KBAT
6) Masa ini galakkan kanak-kanak menziarah dan menyantuni orang tua. Generasi hari ini, ramai yang tidak tahu bercakap dan menyantuni orang tua. Nenek dan datuk sendiri sakit pun tidak tahu bersembang dan menggembirakan mereka.
+ Meningkatkan kemahiran interpersonal
Ads
7) Masa ini galakkan kanak-kanak ke taman dan membersihkan/ mengutip sampah. Asingkan sampah dan menjaga alam sekitar. Siapa lagi yang perlu dididik untuk menjaga alam yang sudah tua dan binasa ini jika tidak mereka?
8) Masa ini galakkan mereka rutin membaca Al-Quran, mahirkan bacaan, mentadabbur ayat. Mula dengan ayat-ayat juz amma. Buat sama-sama dengan ibubapa.
9) Masa ini mula kenalkan zikir-zikir bacaan harian yang sahih dan jadikan amalan bersama-sama.
10) Masa ini mula hafal dan fahamkan hadith-hadith ringkas yang boleh diamalkan setiap hari. Mula galakkan mereka membaca buku hadith untuk kanak-kanak.
Ada 1001 cara kanak-kanak belajar. Bukan setakat pergi sekolah. Ada 1001 cara mahu tahu perkembangan kanak-kanak. Bukan setakat peperiksaan. Peperiksaan adalah satu event. Bukan penentu kejayaan atau kegagalan.
Betulkan cara fikir, kita akan nampak dunia yang lebih luas. Bukan setakat silibus dan peperiksaan.
Sumber: FB Nurul Ilyani Munsarikh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik anak-anak diakui bukanlah kerja mudah malah sering kali juga kita sebagai ibu bapa berdepan dengan perkara-perkara yang memeningkan kepala. Apatah lagi, bila anak semakin remaja, semakin besar pula cabarannya.
Malah jika perasan mak-mak kita dulu selalu berpesan, bila ada anak perempuan jangan ambil mudah. Menjaga anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki.
Pasti ada sebab dan kewajarannya ibu-ibu kita terdahulu berpesan begitu. Apatah lagi di zaman sekarang, kita sendiri merasakan kepayahan dan cabaran mendidik anak-anak yang terbuka mindanya dengan dunia tanpa sempadan. Apa yang pasti cabaran ibu bapa masa kini cukup hebat dan kita harus persiapkan diri dengan ilmu keibubapaan yang sempurna.
Menyedari perkara ini, ada baiknya kita pelajari beberapa tip mendidik anak perempuan yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ilyani untuk manfaat dan info bersama.
Tip didik anak perempuan
Elakkan menjadi ibubapa ‘unavailable. Tanda kita ibubapa ‘unavailable’ kepada anak perempuan kita:
+Kurang sentuhan fizikal (tiada pelukan, pujukan, sentuhan) +Tidak respon pada tangisan anak-anak. +Emosi yang tidak sesuai kepada anak +Literal abandonment
Kesannya
1.Kesannya anak perempuan menjadi orang yang dahaga emosi/dahaga perhatian, kasih sayang.
2. Yang ada rezeki, anak perempuan mencari ahli keluarga lain seperti, makcik, pakcik, atuk, nenek.
3. Yang tidak bernasib baik, jadi orang yang ’emotionally hungry’ sampai besar.
4.Jadi orang yang suka menepek, ‘clingy’ dengan kawan, asyik risau orang tak sayang dia, tak kisah dia, tak nak kawan dia.
Kesimpulannya
Jadi, mulai sekarang kita penuhi emosi anak perempuan kita. ‘Let’s feed the emotion of our daughters’. Jangan sampai dia menepek/ ‘clingy’ dengan lelaki lain yang bukan mahram. Masak kita.
Lumrahnya bila sebut tentang membebel, kaum perempuan
begitu sinonim dikaitkan berbanding lelaki.
Namun sedar atau tidak, sebenarnya wanita atau seorang ibu itu lebih suka membebel disebabkan oleh banyak faktor.
Wajar bagi si suami memahami keadaan isterinya. Jangan pula
disindir atau diajuk setiap bebelan tersebut kerana bimbang mendetangkan kesan yang negatif.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh saudara Mohd Fhais ini. Jom semak.
Jangan gelak, ajuk atau sindir pada isteri membebel. Lebih lebih lagi masa di depan anak.
Mula memang nampak macam kelakar tapi hakikatnya isteri sedang dalam kesakitan emosi.
Dan paling sakit lagi bila anak anak mula hilang hormat pada mak mereka.
Ya, cara kita yang mula kelakar tadi di lihat anak anak sebagai satu amalan yang patut di ikuti.
Anak anak ni dia tak belajar dengan kata-kata dan arahan tapi mereka belajar dengan melihat contoh dari kita.
Dan contoh dari seorang ayah paling senang di ikuti anak anak.
Bagaimana kita buat begitu la dia akan tiru. Jika kita gelak masa isteri membebel, maka dia pun akan gelak bila ibunya membebel.
Paling bahaya lagi takut apa yang dia belajar ni jadi tradisi pula. Sampai kahwin di buat benda yang sama pada isteri mereka pula.
Oleh itu, kita kena la ambil serius bila isteri membebel atau merungut jika ada sesuatu yang tak kena.
Walau kelakar sekalipun saat itu jangan gelak di depan anak anak, cuba buat muka serius. Bila anak dah tak ada nak gelak gelak la puas puas.
Tapi sebaiknya daripada gelak baik tunjuk sifat empati sebab isteri tu membebel bukan untuk buat kelakar tapi nak bagitahu dia sedang sakit emosi dan kepenatan.
Sumber :
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mana tak sayang anak kan, demikian juga dengan Noor Neelofa tatkala bercerita mengenai anak lelakinya Mohammad Bilal.
Umum mengetahui bekas hos MeleTop ini sudah pun memiliki cahaya mata hasil perkahwinan dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz.
Begitupun sehingga kini, dia dan suami masih belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh anak lelaki mereka, Mohammad Bilal.
Akui Neelofa, hal tersebut dilakukan bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan).
“Saya belum kongsi wajah anak dan walaupun orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraannya. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.
“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya.
“Bab ‘Ain’ ni, pada saya jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya mereka seolah-olah main-mainkan kewujudan ‘ain lah. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.
“Saya tidaklah arif sangat tentang perkara sebegini, tetapi bab ain mungkin boleh melangkaui takdir. Malah di dalam hadis sahih pun sudah ada,” ulasnya lagi.
Neelofa berkongsi hal tersebut bersama media ketika ditemui di majlis Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.