Selalunya kalau beli sayur di pasar atau pasaraya, mesti mereka akan jual dalam kuantiti yang banyak. Betul tak?
Kalau jenis dedaun limau purut, daun kari yang selalunya kita masak harian guna sikit je, bakinya letak je dalam peti sejuk sampai kering kontang lah nanti jadinya, tak ke rugi kan?!
Haaaa… Dah ada petua dari Niza Hamid, mudah la lepas ni! Dedaun tahan lama, duit pun jimat tak payah tiap kali nak masak nak mencari daun yang baru je. Ye dak? jom usha sikit caranya macam mana!
PETUA SIMPAN ANEKA DEDAUN HERBA AGAR TAHAN LAMA
Berapa kerap korang buang dedaun herba untuk masakan tiap minggu? Nak tanam bukan semua orang ada kawasan dan kemudahan kan. Lagi-lagi yang tinggal kat kondo.
Ni Kakniz kongsi beberapa cara nak simpan agar tahan lama, dan tak perlu beli tiap minggu.
🌿Untuk daun kari, daun kesum dan daun limau purut🌿
Ads
Basuh bersih, keringkan dan simpan dalam plastik resealable. Letak dalam peti ais bahagian freezer.
🌿Untuk daun pudina🌿
Ads
Cara 1: Petik bahagian daun dan pucuk. Masukkan dalam bekas dan letak air paip paras tenggelam daun. Masukkan dalam peti ais, bahagian biasa.
Cara 2: Petik daun dan letakkan dalam bekas ais. Letakkan air, jadikan sebagai kiub ais. Masukkan dalam peti ais bahagian freezer.
🌿Untuk daun sup, daun bawang dan daun ketumbar🌿
Ads
Cara 1: Balut dengan surat khabar, letak dalam freezer atau tempat sayur.
Cara 2: Potong bahagian akar sedikit, masukkan dalam cawan atau botol tinggi. Tambah air melebihi sedikit paras akar.
Cara 3: Asingkan bahagian batang dan daun. Cincang halus, letakkan dalam bekas kiub ais. Tambahkan air. Bila nak guna, masukkan je terus dalam sup atau masakan.
Ikut suka nak buat yang mana satu, sesuai dengan aktiviti masak kita la kan. Lepas seminggu daun masih hijau dan segar. Yang disimpan dalam freezer, keluarkan dan rendam dalam air jika perlu terlebih dahulu.
Cubalah, takde la asyik membuang je lepas ni kan. #Share untuk simpan petua ni. Untuk rujukan kemudian hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini ada yang berkongsikan tip menggunakan panadol atau paracetamol untuk menyuburkan tanaman.
Walau bagaimana pun, Dr. Azila Mohd Kasim, berkongsi pandangan mengenai hal ini. Menurutnya petua yang tidak relevan dan boleh memberi kemudaratan, sebaiknya jangan dikongsi kepada orang lain.
Kalau nak guna, simpan petua tersebut untuk diri sendiri sahaja. Panadol untuk manusia, panadol bukan untuk tumbuhan atau memberi kesegaran pada tumbuhan.
APAKAH PANADOL?
Paracetamol atau lebih dikenali dengan pelbagai nama dagang contohnya Panadol™ atau Uphamol™.
Ia digunakan secara meluas sebagai ubat demam dan ubat tahan sakit.
APAKAH KEGUNAAN PARACETAMOL?
Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis, senggugut dan demam.
Paracetamol adalah selamat dan berkesan untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam sekiranya diambil dalam kuantiti seperti yang disyorkan pada label.
Tahukah anda PARACETAMOL BOLEH MENDATANGKAN MUDARAT SEKIRANYA DIAMBIL DALAM KUANTITI YANG BERLEBIHAN.
Pengambilan paracetamol secara berterusan atau pengambilan paracetamol melebihi daripada dos yang disyorkan boleh menyebabkan PENYAKIT PADA HATI.
Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya anda mendapati tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan yang melampau.
CARA PENYIMPANAN :
Simpan semua ubat-ubatan anda jauh daripada cahaya dan kelembapan dan jangan simpan di dalam bilik air.
Dalam pada itu Dr Azila turut berkongsi tip memastikan kesegaran daun herba seperti daun saderi, daun bawang dan daun limau.
Daun herba ini jika diletakkan dalam peti sejuk, semua daun dan batang ini akan layu kering dan busuk. Maka terpaksa dibuang ke tong sampah meskipun belum habis digunakan. Membazirkan kan?
TIPS UNTUK MENYIMPAN TUMBUHAN HERBA AGAR TAHAN LAMA ADALAH;
1️⃣ RENDAM DALAM AIR BESERTA AKARNYA.
Cara:
Pastikan beli tumbuhan yang masih ada akarnya. Balik rumah cuci bahagian daun dengan air paip dan rendam akar dalam air.
Untuk lebih segar dan lebih tahan lama, letak dipintu peti sejuk. Dapatlah feel rasa macam ala-ala Cameron Highlands.
Tukar air setiap hari sambil renjiskan air pada daunnya. Ia boleh tahan 1-2 minggu. Cubalah..ini yang saya amalkan.
2️⃣ BEKUKAN DAUN HERBA.
Teknik membekukan tumbuhan jenis aromatik ini dibuat agar ia boleh disimpan lebih lama. Bukan 1 atau 2, malah boleh bertahan sampai 3 bulan.
Akan layu sedikit namun aromanya masih kekal segar seperti asal. Contoh daun limau.
Caranya:
Daun-daun tersebut dicuci sebersih-bersihnya menggunakan air paip.
Kemudian, masukkan ke dalam plastik aiskrim Malaysia lalu isikan air masak sehingga penuh lalu ikatkan dengan kemas.
Masukkan dalam tempat sejuk beku. Semasa mahu memasak nanti, cairkan ais batu untuk bahagian yang mahu dimasak.
Sumber 2: Pengguna TikTok @farahiylia.
Sekian, kongsikan ilmu dapur ini kepada yang tersayang.
Perkongsian kisah daripada Puan Arfah Jamian yang dianugerahkan anak istimewa, diharap dapat juga memberi inspirasi buat keluarga di luar sana. Anak remaja ini yang disahkan SMA (Spinal Musculor Arthorphy) type 2 setelah berusia 5 bulan, pun begitu keputusan SPM yang baru-baru ini diumumkan sudah cukup membanggakan seisi keluarga.
Walau diuji dengan kepayahan dan sering kali juga tahap kesihatannya merosot, namun anak remaja bernama Amiruddin Ripin Amirul Iman ini cukup cekal orangnya. Dia berjaya membuktikan, kejayaan juga mampu dicipta olehnya.
Ingin ketahui lanjut kisahnya, jom baca artikel penuh ini.
Imbas kembali
“Awal kelahiran, Iman seperti baby yang lain, sihat walafiat. Bila masuk umur 5 bulan, perkembangan dia saya perhatikan agak lewat, tidak belajar duduk, tidak cuba merangkak.
Perkara ini, bukan sahaja saya perasan malah penjaga Iman dan ibu saya pun perasan, jadi kami bawa Iman ke hospital PPUM untuk buat pemeriksaan.
“Doktor mengesahkan Iman SMA (Spinal Musculor Arthorphy) type 2, iaitu penyakit genetic yang menyebabkan otot menjadi lemah secara progresif membabitkan sel saraf motor pada saraf tunjang dan mengakibatkan hilang keupayaan fizikal seperti berjalan, makan dan juga bernafas.
Harapan
“Hanya masa yang mengubati rasa sedih, walau bagaimana pun, saya selalu pujuk diri dengan mengatakan bahawa saya adalah seorang ibu yang istimewa, kerana Allah anugerahkan saya anak istimewa. Lagi pun dengan adanya Iman, saya masih boleh buat aktiviti seperti ibu-ibu lain yang ada anak normal. Ini adalah kerana, kami satu famili saling bantu membantu.
“Saya mahu dia happy, dan saya serahkan pada dia untuk buat pilihan, Lets the happiness life chosen by him. Mana yang mampu saya sediakan, saya akan tunaikan.”
SPM Dapat 3A
Sebenarnya bukan saya sebagai ibu seorang sahaja yang membantu Iman untuk berjaya, satu famili bersama-sama membantu. Keperluan harian Iman, saya, suami, abang dan kakak yang bergilir-gilir uruskan. Ikut siapa yang berada di rumah. Mandi, pakai baju, makan minum, persediaan ke sekolah, boleh dikatakan 90% Iman diuruskan oleh keluarga.
Pun begitu apabila keputusan SPM diumumkan semalam, siapa sangka Iman membuktikan dia juga boleh berjaya.
“Cikgu announce untuk bagi anugerah khas, sebagai pelajar yang gigih kesekolah, dalam keadaan tidak upaya berjaya memperolehi keputusan 3A. Sebagai ibu, melihat anak berjaya mendapat keputusan yang baik di dalam SPM,of cource la gembira tak terkata, Alhamdulillah.
“Iman mengambil hanya 6 subjek sahaja. Dek kerana kemerosotan kesihatan dia cepat penat bila menulis, tidak boleh duduk lama, sebab itu saya mengambil keputusan untuk fokus kepada subjek teras sahaja.”
Ini keputusan SPM yang diperolehi oleh Iman
BM A-
Sains A-
Matematik A
Pendidikan Islam B+
Sejarah B
BI C
“Kejayaan yang diraih oleh Iman sebenarnnya guru-guru di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam banyak membantu. Guru-guru sentiasa memberi dorongan kata-kata semangat dan memahami kekurangan Iman.
“Tidak dengan itu, sekolah pun banyak memberi sokongan dari sudut keperluan asas, seperti menyediakan kelas di bahagian bawah, ram untuk wheel chair, waktu flexible untuk balik rumah jika Iman tidak sihat dan tiada kelas.
“Begitu juga dengan kawan-kawan Iman, walaupun Iman tidak pandai bergaul namun kawan-kawannya sentiasa menghulurkan bantuan ketika perlu. Contohnya seperti menolak ke lab, pusat Islam, ambil dan keluarkan buku.”
Kejayaan Bukan Datang Bergolek
Untuk berjaya pasti ada usaha yang dilakukan, begitu juga buat diri Iman. Menurut ibunya,”Cabaran dalam pembelajaran bagi Iman adalah untuk pastikan dia catch-up dengan setiap matapelajaran yang diajar. Oleh itu, saya belikan buku latihan, dan memastikan dia menyiapkan latihan.
“Selain itu, saya juga usahakan Iman untuk bangun belajar di waktu pagi, gerak dalam pukul 4.30 pagi selama 4 bulan sampai menjelang SPM. Saya juga carikan cikgu untuk home tuition juga.
“Dari segi kehidupan pula, cabaran yang saya harus atasi adalah untuk membuat Iman tidak merasai kekurangan dalam dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang kami buat, Iman akan bersama. Shopping, tengok wayang, beriadah kecuali tempat-tempat yang kami nak pergi tidak sesuai atau bahaya, kami tak akan bawa.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dengan hanya menggunakan bahan terpakai, masalah rumput dan lalang panjang boleh diatasi. Yang paling penting ia selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar.
Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, saudara Akmal Al Yahya cara mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut berkenaan Cara saya mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal. Izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya mesra dipanggil dengan nama Akmal dan mula mengusahakan Kebun Lokal sejak dari tahun 2017 sehingga kini. Dengan tujuan utama adalah membina sebuah bank makanan untuk keluarga kecil saya.
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah menggangu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti Membaja, Penyediaan Kompos dan lain-lain. Pada awal kami berkebun, kami telah menggunakan Racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
Penggunaan Kotak dan Kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari Amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara Percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa. Untuk Lapisan kotak yang pertama. Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit Eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkn ke dalam plot tayar terpakai kami.
Oh ya, setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidam hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam kami sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, jimat tenaga, jimat masa.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Dan, saya bersyukur kerana saya dapat tumpukan pula perhatian saya pada kerja-kerja kebun yang lain.
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.
Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan. Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan Kertas Rincih ini. Setiap Minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Jimat Masa, Jimat Tenaga, Jimat Duit. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja. Terima Kasih atas masa tuan/puan luangkan untuk menelaah perkongsian saya ini. Saya Akmal, pekebun kecil berjiwa besar dari Kebun Lokal. Masih kurang jelas, saya bantu sampaikan kepada tuan/puan dalam bentuk Visual pula, sila klik pada link ini untuk penjelasan lebig lanjut ya. https://youtu.be/DNaax_gmLsE
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...