Melihat beberapa ekor cicak merayap di dinding rumah, kadang kala boleh buat kita sekeluarga terasa geli  melihatnya. Apatah lagi dengan adanya cicak tersebut akan mengotorkan kebersihan rumah, maklumlah najisnya bersepah di merata-rata. Bimbang juga andai anak-anak kita terpijak, habis satu rumah terkena najis jadinya.

Jadi untuk atasi masalah ini, ada baiknya kita cari solusinya dengan cuba untuk ‘mengurus’ cicak dan sekali gus hilangkannya daripada rumah kita. Jom semak perkongsian daripada Hani Mynis ini dan diharapkan ianya dapat membantu.

Pengurusan cicak dan 10 cara hilangkan cicak dekat rumah

Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering.

Punyalah hani anti (dan geli ) dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas untuk dia.

Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia hehe.

Biodata cicak

Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.

Pemangsa cicak: burung

Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar tu ), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.

Kesukaan : Persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju

Kebencian :Bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat

Berdasarkan profile cicak kat atas ni meh hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita

✅Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita, iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak.

Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai camtu sekali  memadai sediakan jejak burung seolah-olah ada burung kat rumah kita dengan cara :

Nak Halau & Hilangkan Cicak Dari ‘Berkampung’ Dalam Rumah. Ada Banyak Cara Berkesan Boleh Buat & Kena Cuba!

❤️letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah.

❤️lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.

Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut-sangkut macam bingkai cermin dan gambar.

Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil geng dia sebab banyak makanan dia kat rumah tu hahah..

✅Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas untuk setiap barang-barang.

Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.

Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.

Nak Halau & Hilangkan Cicak Dari ‘Berkampung’ Dalam Rumah. Ada Banyak Cara Berkesan Boleh Buat & Kena Cuba!

 Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner, resepi kat caption gambar) untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita

Nak Halau & Hilangkan Cicak Dari ‘Berkampung’ Dalam Rumah. Ada Banyak Cara Berkesan Boleh Buat & Kena Cuba!

Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan untuk orang penggeli cicak macam hani hahaha hani tak berani buat ni.

Nak Halau & Hilangkan Cicak Dari ‘Berkampung’ Dalam Rumah. Ada Banyak Cara Berkesan Boleh Buat & Kena Cuba!

✅Bela kucing sebab kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang-kadang sumpah-sumpah pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia

So pilihlah cara yg mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak kat rumah.

Bahan Untuk Hasilkan  Surface Cleaner

250ml air biasa (air paip)
50ml cuka (cuka murah-murah je, cuka sintetik pun ok)
3 sudu plastik dish soap (hani guna Joy)
1 sudu plastik dettol

Semoga bermanfaat.

sumber : Hani Mynis 

ARTIKEL MENARIK:Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Bila TokTi Respon “MasyaAllah Hebat!!!”. Terus Abang Ni Buatkan Pula Potret Siti Nurhaliza Guna Rubik. Hasilnya Sama Sangat!

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak Halau & Hilangkan Cicak Dari ‘Berkampung’ Dalam Rumah. Ada Banyak Cara Berkesan Boleh Buat & Kena Cuba!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak Halau & Hilangkan Cicak Dari ‘Berkampung’ Dalam Rumah. Ada Banyak Cara Berkesan Boleh Buat & Kena Cuba!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak Halau & Hilangkan Cicak Dari ‘Berkampung’ Dalam Rumah. Ada Banyak Cara Berkesan Boleh Buat & Kena Cuba!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Nak Halau & Hilangkan Cicak Dari ‘Berkampung’ Dalam Rumah. Ada Banyak Cara Berkesan Boleh Buat & Kena Cuba!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI