Penat-penat rancang itu ini untuk persiapan perkahwinan, tup tup bakal suami nak putuskan hubungan? Nooooo!

Itulah yang dihadapi oleh Deanna, watak yang dilakonkan oleh Azira Shafinaz dalam siri romantik komedi terbaru di platform Viu bermula 13 Oktober 2022.

Ijab Kabut yang diarahkan oleh Faliq Sharif dan ditulis oleh kumpulan penulis yang diketuai Mamu Vies ini berkisarkan Deanna seorang penerbit muzik bercita-cita tinggi dan kompetitif, yang mahu merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna – dengan perancang perkahwinan yang sempurna, katering, makanan dan juga band perkahwinan. Senario terburuk mengejutkan berlaku apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka!

Deanna memutuskan untuk meneruskan perkahwinan sambil mencari sesiapa sahaja sebagai pengantin lelakinya. Maka bermula kisah komedi tentang bagaimana bakal pengantin perempuan ini meneruskan usaha untuk mencari lelaki yang sempurna untuk majlis perkahwinan impiannya, dengan dua calon yang sukarela menjadi suaminya – perancang majlis perkahwinannya, Khai (Fadlan Hazim), dan pekerjanya, Mat (Iedil Dzuhrie Alaudin), yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik.

Selain Azira Shafinaz, Iedil Putra dan Fadlan Hazim, turut terlibat barisan pelakon lain seperti Ezzaty Abdullah, Sarancak, Hana Nadira, Dilla Ahmad, Fathi Sharife, Farisah Ku Sani, Taufiq Hanafi, Sobri Anuar dan ramai lagi.

IKLAN

Nak Kahwin, Tunang Minta Putus! Misi Mencari Bakal Suami Dalam Ijab Kabut

IKLAN

Menurut Encik Kingsley Warner, Pengurus Negara Viu Malaysia, Ijab Kabut menampilkan sudut cerita yang menghiburkan menggambarkan kisah para pengantin yang terlampau mengikuti kehendak mereka bagi merancang perkahwinan impian mereka. Saya percaya Viu-ers kami akan terhibur dengan kisah terbaru ini, terutamanya mereka yang pernah mengalami proses perancangan perkahwinan sebelum ini. Mereka akan dapat menghayati kisah Ijab Kabut, kerana drama ini menerokai betapa kabutnya bulan-bulan sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Ketika sesi pelancaran tersebut, sebuah majlis resepsi turut dianjurkan untuk sepasang suami isteri yang memenangi peraduan media sosial #KisahIjabKabutKu anjuran Viu dan Reka Teemor yang menawarkan hadiah pakej majlis perkahwinan bernilai RM350,000.

IKLAN

Nak Kahwin, Tunang Minta Putus! Misi Mencari Bakal Suami Dalam Ijab Kabut

Majlis resepsi yang juga berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Amazé ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Nabil Zamanhuri dan Iedil Dzuhrie Alaudin.

Viu-ers yang nak menonton bersama keluarga tersayang tu,boleh tonton siri Ijab Kabut ini di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Galeri Aplikasi Huawei dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI