Menjaga kesihatan keluarga adalah salah satu perkara yang sangat penting dan perlu diambil serius. Ini kerana kesihatan itu adalah anugerah yang sangat berharga. Kehilangan nikmat sihat bukan sahaja menyebabkan seseorang akan rasa tidak selesa malah turut memberi kesan kerisauan pada ahli keluarga yang lain jika ada salah seorang jatuh sakit.
Pun begitu perlu kita sedar, agak sukar untuk kita menjaga kesihatan diri dan keluarga andai tiada pengetahuan tentang itu. Ini kerana tubuh badan kita ini begitu mudah terdedah dengan serangan kuman yang boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan sekiranya tidak diberi perlindungan.
Umumnya kuman adalah organisma mikroskopik dan boleh menyebabkan penyakit dan jangkitan jika ia memasuki tubuh badan kita. Antara kuman yang biasa kita dengar adalah seperti bakteria, virus, kulat, parasit dan sebagainya.
Oleh sebab itu, sebagai ibu ayah yang mengambil berat kesihatan anak-anak dan keluarga perlu sedar bahawa kebersihan dan kesihatan mempunyai hubungan yang sangat kuat. Ini seperti yang kita tahu, apabila kita menjaga kebersihan diri, pelbagai penyakit dapat dijauhi dan dihindari.
Tip Kekal Sihat, Bebas Daripada Serangan Kuman & Bakteria
Memberi tumpuan khusus berkenaan penjagaan kesihatan diri dan keluarga yang boleh dipraktikkan, utamakan 3 perkara ini.
Makan Makanan Sihat
Pemakanan merupakan perkara yang penting untuk kesihatan diri. Pengambilan diet yang terdiri daripada pelbagai sumber seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, ayam, ikan, kekacang dan produk tenusu dapat memenuhi keperluan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh badan.
Ads
Bersenam
Selain itu sebagaimana umum tahu dengan bersenam akan memberi banyak manfaat pada tubuh badan. Bahkan bukan sahaja badan menjadi lebih sihat malah dengan melakukan aktiviti fizikal akan turut membantu untuk kita seisi keluarga mempunyai mood yang lebih baik dan ceria.
Perlu lebih selektif memilih rangkaian produk kebersihan diri
Tahukah anda pemilihan produk kebersihan diri seperti sabun mandian juga menjadi sesuatu yang sangat penting untuk membantu kita melindungi ahli keluarga agar kekal sihat. Apatah lagi kini terdapat banyak produk penjagaan diri ditawarkan. Oleh itu, sebagai pengguna perlulah bijak memilih yang terbaik dan berkesan.
Ini seperti mana rangkaian produk kebersihan diri Safeguard memberikan fungsi dwi perlindungan iaitu bukan sahaja membasmi 99.9% kuman tetapi juga memberi perlindungan berpanjangan hingga 12 jam.
Ads
Justeru itu, menggunakan produk Safeguard adalah pilihan yang tepat dan terbaik ketika ini. Apatah lagi ketika ini kita sekeluarga banyak berjalan dan melakukan aktiviti di luar rumah dan sudah tentu kita akan bertemu dengan ramai orang.
Meskipun dalam mood kita teruja untuk ke sana dan ke sini, perlu diingat aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan diri jangan dilupakan. Pastikan kerap cuci tangan dan bila pulang ke rumah, mandi terlebih dahulu dengan menggunakan rangkaian produk Safeguard.
Ads
Ini penting untuk penjagaan kesihatan dengan cara yang mudah dan berkesan bagi menyingkirkan kuman dan menghalang pertumbuhan semula mikrob sehingga 12 jam.
Musim open house raya belum habis lagi. Makin hari menu makan yang dimakan semakin kencang dan gempak. Alamak tiba-tiba terlupa sebenarnya tengah diet, habis la plan nak kurus. Hari tu masa puasa dah kurus sikit. Oit, perut pon dah main buncit.
Jangan risau, ini antara salah satu petua untuk kempiskan perut dengan cara buat sendiri. Bahan-bahan hanya gunakan yang ada di rumah dan di depan mata saja. Tak susah pun nak buat. Yang penting rajin, jimat dan berkesan.
Jom kita tengok cara-cara untuk buat petua ini di bawah, dikongsikan oleh Kartika Juliana Abdul Karim di Facebook.
PETUA KEMPIS PERUT DAN BUANG ANGIN
Gaul 4 Bahan Ini Sahaja
BAHAN-BAHAN:
-3 sudu halba yang direndam selama 2 minit
-3 cm halia. Disarankan guna halia muda
-4 ulas bawang putih
-15 biji lada hitam
CARA-CARA:
Toskan halba yang direndam tadi. Kemudian masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat. Nak senang kisar je.
Kemudian gentel bulat bulat kecil sebesar guli. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
CARA MAKAN:
-2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.
KHASIAT:
-Perut akan kempis dan angin akan keluar jika dimakan secara konsisten.
PANTANG LARANG:
-Ibu mengandung tidak sesuai.
-Ibu menyusu sesuai amal apabila anak sudah hilang kuning (jaundis) dahulu.
PESANAN:
-Jangan lah bergantung kepada tips ini sahaja, cuba buat senaman. Kalau badan rasa berat sangat, banyakkan jalan atau bergerak. Semoga kurus!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petua orang dulu-dulu banyak menggunakan tumbuhan herba untuk membantu merawat kesihatan. Salah satunya adalah menggunakan manfaatmanfa senduduk untuk pelbagai fungsi.
Hal ini turut diakui dan dipercayai oleh Dr Hamid Arshat melalui perkongsiannya tentang daun senduduk digunakan untuk hentikan luka.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Khasiat daun senduduk. Pumulih Luka.
Sekitar kawasan rumah saya terdapat pokok senduduk, tumbuh liar, daun hijau rasa kesat, sikit kelat dan kasar.
Suatu ketika dulu daun senduduk sering digunakan untuk merawat luka .
Saya masih ingat ketika anak bongsu saya luka di dahi kepala terkena bucu meja, darah mencurah dari luka satu inci.
Perdarahan dapat dikawal dengan tekanan bersama kapas. Rawatan cemas, saya nak bawa Klink untuk dijahit, dia takut menangis.
Saya ambil beberapa helai daun senduduk, tumbuk atau digiling sampai lumat, orang-orang dulu daun-daun senduduk dikunyah sahaja.
Lepas itu ditampalkan pada luka, dan ditutup plaster atau tape untuk cegah tanggal.
Kesesokkan hari, tanggalkan plaster dan tampal daun baru. Ini bolih diulang 3 – 4 kali. Lepas itu biarkan ditampal selama seminggu.
Bila dibuka dressing, luka sudah rapat dan kelihatan kemas tanpa bengkak atau lebam.
Biasanya peroses pemulihan luka selesai setelah 2 minggu. Alhamdulillah luka anak saya tidak meninggalkan parut atau keloid.
Apakah kandungan daun senduduk?
Daun senduduk mengandungi saponin dan tannins yang bertindak sebagai antibacterial dan anti-virus.
Apabila kes Influenza meningkat dan media massa banyak membicarakan isu ini, terdapat pelbagai khidmat nasihat yang berlebih-lebihan pula disebarkan. Nampak terlalu panik dan obses pulak masyarakat dalam mencegah dan merawat kes selesema dan demam.
Elakkan daripada berada di tempat terbuka serta yang mempunyai ramai orang. Minum banyak air kosong, pakai mask apabila keluar rumah, kerap cuci tangan dan sebagainya lagi antara langkah mengelakkan tularnya virus Influenza.
Ikuti perkongsian doktor Suhazeli Abdullah empat langkah ini dalam mencegah penyakit Influenza. Moga bermanfaat.
JANGAN TERLALU OBSES
EMPAT langkah ini sudah memadai dalam mencegah penyakit Influenza. 1. Jaga Etika batuk. Di mana anda perlu menutup mulut ketika batuk/bersin samada menggunakan tisu atau sapu tangan. Jika tak sempat capai tisu atau sapu tangan, tekup dengan tapak tangan pun ok. Jangan hembur wap batuk atau bersin itu kepada orang sebelah. Adat sopan perlu dijaga. 2. Memakai penutup mulut dan hidung dengan topeng muka (mask). Pemakaian mask ini pun tidak perlu keterlaluan sehingga masuk bilik mandi pun terpaksa pakai mask. Bagi pergerakan biasa kita yang tidak mengalami gejala influenza, pun tidak perlu memakai mask. Hanya kes dan individu tertentu yang berisiko seperti anggota kesihatan, pesakit kurang daya imun badan atau berada di kawasan padat yang amat disarankan memakai topeng muka ini. 3. Kerap Mencuci tangan. Kaedah ini amat penting supaya kita senantiasa menjaga kebersihan. Tangan adalah anggota paling aktif dalam kehidupan kita. Berjuta kuman berada di tangan tanpa kita sedari. Virus influenza dari orang yang positif boleh merebak kepada orang lain melalui pernafasan atau sentuhan badan. Sudah tentu apabila kita bertemu dengan rakan taulan, tangan adalah anggota utama kita berjabat salam. 4. Pencegahan paling ampuh setakat ini adalah vaksin. Tetapi jangan anda semua sasau-minda (panik) untuk mendapatkan vaksin. Bagi golongan tertentu sahaja yang amat-amat memerlukan vaksin kerana terdiri dari kumpulan berisiko. Keutamaan vaksin Influenza diberikan kepada: 1. Kanak-kanak umur bawah 5 tahun dan orang berumur lebih 65 tahun. 2. Orang dewasa yang berisiko seperti penghidap penyakit kronik, kencing manis, lelah dan seumpamanya. Bincanglah dengan doktor adakah anda perlu ambil atau tidak. 3. Petugas kesihatan atau penjawat yang berdepan dengan orang ramai seperti polis, imegresen, pegawai khidmat pelanggan dan sebagainya. 4. Individu yang merancang ke luar negara yang tinggi kejadian influenza. 5. Bakal haji/umrah. 6. Ibu Hamil. 7. Berlebihan berat badan.
Virus influenza tidak kekal lama di persekitaran. Kajian menyatakan antara 5 minit hingga 2 jam sahaja. Kemudian jika virus tidak memasuki manusia sebagai perumah tetap mereka, akan mati di persekitaran. Virus influenza juga boleh melekat di peralatan rumah atau pejabat yang mempunyai sentuhan terus dari pesakit yang positif influenza. Tidak perlulah terlalu obses dengan spray / sembur semua peralatan rumah. Hinggakan kipas dan TV pun kena spray. Keterlaluan tu. Kita bukannya bercium berpeluk dengan TV pun. Memadai persekitaran kita senantiasa bersih. . Janganlah beri nasihat yang melampau kepada masyarakat sehingga isu influenza ini menjadikan negara seperti darurat. Tidak perlulah semua orang wajib berkurung dalam rumah, membeli barang harian pun secara online sahaja. Nasihat keterlaluan itu menimbulkan sasau-minda orang ramai. Jika anda atau anak-anak mempunyai tanda-tanda influenza, berjumpa segera dengan doktor bukannya berkurung dalam rumah. Cuma jika mempunyai gejala, hadkan pergerakan anda supaya tidak berada di kawasan tumpuan orang ramai. Kuarantin dilakukan atas nasihat doktor bukannya jurujual produk. . Satu lagi, vitamin C bukan gantian kepada vaksin ye. Ya betul vitamin C itu ada kefungsian untuk menjaga integriti sel tubuh. Ianya anti oksida agar tubuh kita senantiasa segar. Tetapi ianya bukan antivirus atau gantian vaksin yang boleh mencegah influenza secara spesifik. Jangan terpengaruh dengan dakyah antivaksin supaya ambil vitamin C megadose. Mereka nak lariskan produk kesihatan mereka sahaja.
Begitu juga dengan petua tabur bawang merah sekeliling rumah. Tidak perlu membazir. Bawang merah bukan anti virus. Kesian pula rumah anda jadi bersepah dengan bawang di segenap penjuru. Cukuplah bawang merah atau putih itu menjadi resepi masakan sahaja.
Kekalkan gaya hidup sihat, selalu bersenam, pemakanan seimbang, cukup minum air seharian dan banyakkan berdoa agar dihindari penyakit. Sekian pesanan dari suhazeli.com fb.com/Suhazeli.abdullah 14.1.2020 Putrajaya .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di