Adakah anda selama ini mengimpikan untuk memiliki kulit wajah yang licin, berseri dan bebas jerawat? Jika ya jawapannya, baik cuba untuk atasi masalah kulit wajah tersebut dengan menggunakan bahan semula jadi. Mungkin kaedah ini paling serasi dengan kulit wajah anda.
Bila kulit wajah cantik dan sihat, rasa percaya diri akan meningkat. Suami bertambah sayang dan kita akan rasa selesa berhadapan dengan orang lain. Untuk itu, apa kata anda amalkan masker telur dan kunyit ini sebagai langkah pertama untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan sekali gus tampak awet muda.
Walaupun lambakan produk di pasaran, tetapi bukan semua daripada kita sesuai menggunakannya secara bebas. Adakalanya produk ini buat muka jadi lebih teruk malah kulit wajah naik berjerawat.
Mungkin kurang sesuai dengan jenis muka kita atau mungkin juga bahan yang digunakan kurang serasi dan mesra dengan jenis kulit kita. Memilih produk berbentuk organik memang disyorkan namun selalunya produk dengan bahan organik ini harga boleh tahan juga.
Jadi, nak selamat dan berkesan dan paling penting tak gunakan kos, ada baiknya kita cuba petua alami untuk cantikkan kulit wajah. Sambil-sambil memasak, lebihan barang-barang dapur ini boleh anda gunakan ke muka. Senang jer!
Ikuti 5 langkah ini. Usahakan cantik seluruh wajah.
#Langkah 1 -Naikkan Seri Muka
Basuh muka dengan air basuhan beras yang ketiga. Kemudian bilaslah dengan air selama 10 minit. Untuk kulit yang berpanau atau bintik putih, ambil halia dan tumbuk, kemudian letakkan pada kawasan berpanau.
#Langkah 2 -Licin Dan Merahkan Wajah
Ambil tomato dan lecek halus. Letak pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Bilas dan amalkan 3 kali seminggu.
#Langkah 3 -Hilangkan Parut
Tumbuk kulit kayu manis hingga lumat dengan sedikit air. Bancuhkan bersama bedak sejuk dan ratakan pada parut. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga parut beransur hilang.
#Langkah 4 -Tegangkan Kulit Muka
Ambil timun dan sagat halus kemudian masukkan sedikit tepung ubi kayu. Bancuh agar jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Cukup hanya mampu melekat dengan baik pada wajah. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih dan amalkan petua ini.
#Langkah 5 -Merahkan Bibir
Sapu madu asli pada bibir setiap malam sebelum tidur. Amalkan selalu dan insyallah bibir akan mekar dan merah dengan asli.
Wanita Lebih Cantik Jika?
Tak Merokok
Merokok memang bawa kesan pada kesihatan. Wanita kalau boleh jangan merokok kerana ada kesannya pada kulit. Nak kulit cantik dan sihat selalu ada baiknya jangan merokok.
Makan Banyak Buah
Buah memang banyak kelebihannya. Menurut pakar motivasi, amalkan makan buat ketika sebelum makan adalah yang sepatutnya dilakukan oleh kita. Menikmati buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Nak perut cantik? Jadi makanlah buah sebagai appertizer, bukan selepas makan!
Pilih Air Kosong
Seeloknya, minumlah air kosong sahaja selepas mengambil makanan dan elakkan air manis yang tidak menyihatkan. Jika boleh, contohilah Nabi kita yang tidak minum selepas makan. Itu lebih baik!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri tidak hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata. Sebaliknya, anda hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Misalnya kunyit dan beras dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah.
Cara-caranya seperti bawah ini.
1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Tidak perlu risau, wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3cm).
3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jika wajah anda kuning.
Tip:
• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu)
• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.
Sumber: Aya Zuki
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sememangnya tak ada cara pantas untuk tampil cantik. Sekalipun menggunakan produk yang diyakini hebat, wajah memerlukan masa untuk berubah.
Untuk cantik, bukan dengan pemakanan produk yang membantu tetapi sebaliknya cara penjagaan wajah sejak lama dahulu menjadi titik mula untuk kelihatan cantik. Setuju?
Ada baiknya, ketika usia muda remaja dengan kulit yang masih segar tanpa sebarang masalah, amalkanlah selalu petua-petua yang menyihatkan dan baik untuk kulit.
Tidak salah mencuba petua ini kerana ia bersifat semulajadi. Jika ada sebarang masalah, hentikan sahaja daripada mencubanya. Senang sahaja!
Masker daripada putih telur antara petua tradisional yang diguna pakai sejak turun temurun. Terbukti rahsia putih telur ada baiknya untuk kulit wajah kita, sehingga diyakini sehingga ke hari ini.
Pun begitu, jom cuba lima petua daripada putih telur ini. Pasti lebih membantu.
Putih Telur & Madu
Campur sebiji putih telur dan satu sudu besar madu. Kacau sehingga sebati dan sapu ke seluruh wajah dan juga leher. Biarkan selama 15 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk. Kulit lebih lembap dan wajah nampak lebih segar.
Putih Telur & Yogurt
Campur sebiji putih telur dengan satu sudu besar yogurt. Tambah sedikit gula merah. Letakkan pada wajah dan leher anda dengan secukupnya dan urut dengan perlahan selama 10 minit.
Biarkan masker ini selama 10 minit sebelum dicuci. Masker ini dikatakan membantu membuang sel kulit mati dan menegangkan kulit yang makin menampakkan garisan kedut. Wow!
Putih Telur & Oatmeal
Kocakkan putih telur ini bersama dua sudu besar oatmeal. Jadikan ia sebagai pes dan sapu pada seluruh kulit muka. Biarkan ia selama 20 minit dan alamilah perbezaannya secara natural. Sentiasa lakukan hingga terasa kesannya pada anda.
Putih Telur & Lemon
Campurkan sebiji putih telur bersama dua sudu besar jus lemon. Tambah sedikit madu asli. Kocakkan kesemua bahan ini sehingga menjadi buih dan sapu ke wajah dan leher.
Tunggu selama 30 minit sebelum anda membasuhnya. Jus lemon membantu menghilang dan meredakan bintik hitam, kulit mati dan minyak berlebihan manakala putih telur menjadikan kulit lebih tegang. Manakala madu pula membantu meningkatkan lembapan yang hilang.
Putih Telur & Cuka Epal
Campur dua sudu besar cuka epal dengan sebiji putih telur dan gaulkan sehingga sebati. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air yang mengalir. Cuka epal akan membersih wajah dan melegakan kulit sementara putih telur akan menegangkan kulit.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.