Geramnya bila ada jerawat tiba-tiba muncul di wajah kan. Lagi lagi time raya begini nak berkunjung ke rumah teman dan saudara. Pelbagai cara yang akan dicuba bagi mengatasi masalah tersebut, tetapi lagi bagus jika ia tidak melibatkan belanja yang tinggi.
Bagi anda yang tidak gemar guna produk moden mungkin boleh cuba petua yang cukup ringkas ini. Perkongsian ini hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja iaitubuah tomato sahaja. Saudari Saleha Maarof berkongsi tip untuk hilangkan jerawat dan parut degil dalam masa yang sama glowingkan wajah.
Bahan-bahan 1 biji buah tomato
Ads
Cara membuat:
Cuci dan kisar
Simpan dalam peti ais (tempat beku). Jadi kan ketulan ais
Biarkan 1 hari, Ambil dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit.
Biarkan 1 jam kemudian cuci muka seperti biasa.
Buat setiap hari (seelokknya pagi). Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.
Ads
SELAMAT MENCUBA!
Ads
Sekarang ni kan cuaca panas kan kita cuba tips ni sejuk je muka tu best sangat sangat. Try tauu.
Dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih lagi berleluasa di Malaysia dan serata dunia, semakin ramai rakyat yang terkesan dalam meneruskan kehidupan harian. Ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang kehilangan sumber pendapatan.
Dengan niat untuk membantu secara berpanjangan, initiatif #KitaBersama hari ini dilancarkan sebagai pemangkin untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna bekerjasama dalam membuat kebajikan.
Initiatif ini merupakan gabungan antara syarikat Baba Products (M) Sdn. Bhd., Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Sime Darby Oils, dan Kumpulan Syarikat Etika, bersama dengan Food Aid Foundation (FAF), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Sebagai permulaan, syarikat-syarikat tersebut telah pun berjaya membuat penghantaran pertama produk-produk BABA’S, MAMEE, ALIF, dan SUSU GOODDAY berjumlah melebihi RM90,000, pagi ini.
FAF akan segera mengedarkan makanan dan minuman yang diterima kepada mereka yang memerlukan, terutamanya penduduk di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Lembah Klang.
Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Baba Products (M) Sdn. Bhd., Farhan Hafetz berkata bahawa initiatif #KitaBersama dimulakan dengan niat untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna untuk menghulurkan bantuan.
“Kebanyakan syarikat sudahpun membuat aktiviti amal secara bersendirian, tetapi lebih baik jika dibuat bersama-sama. Apabila kita semua bekerjasama, lebih ramai yang dapat dibantu secara berterusan”
Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Kerajaan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Ahmad Syukry Ibrahim mengalu-alukan inisiatif sebegini dan menyatakan bahawa gabungan bersama ini merupakan susulan dari program Mamee Prihatin yang ditubuhkan sejak tahun 2011.
Manakala Pengurus Kanan Bahagian Jualan Pengguna Sime Darby Oils, Mohamad Rahimi Abdullah berkata “Sime Darby Oils berbesar hati untuk menyertai initiatif ini yang
menggalakkan kerjasama ke arah kebaikan. Kami berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk turut serta menghulurkan bantuan terutamanya dalam keadaan sekarang”
“Sejak bermulanya pandemik, Etika Cares, sebuah program bantuan jangka panjang oleh Etika telahpun melancarkan beberapa kempen untuk membantu komuniti yang terkesan.
Menyertai initiatif berkumpulan sebegini adalah salah satu cara untuk kami meluaskan lagi peluang membuat kebajikan”, kata Khalid Alvi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diperkenalkan pada bulan Mac 2020, FAF telah mengedarkan lebih daripada 2 juta kg makanan kepada yang memerlukan. Walau
bagaimanapun, sejak PKP 3.0, peningkatan permintaan naik secara mendadak, khususnya dari komuniti B40.
“Kami tidak mampu untuk memenuhi keperluan masyarakat sepenuhnya. Oleh itu
kami mengalukan-alukan sumbangan terutama daripada syarikat pengeluar makanan agar kami dapat meningkatkan jumlah bantuan”, kata Rick Chee, pengasas FoodAidFoundation.org.
Semua syarikat pengeluar makanan dan minuman di Malaysia dijemput untuk bersama-sama menjayakan initiatif #KitaBersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Nasi Ayam yang viral secara tiba-tiba di media sosial dua tahun lalu sebenarnya banyak membantu ibu-ibu untuk menghasilkan nasi ayam yang sedap untuk keluarga.
Bukanlah tidak berjaya menghasilkan Nasi Ayam yang enak tetapi mencuba resipi baru yang rasanya lebih enak dan sedikit berbeza pastinya buat semua ibu-ibu teruja untuk mencuba. Lebih-lebih lagi anak-anak suka makan Nasi Ayam yang mudah dan berkhasiat.
Sempena bulan Syawal ini, anda pastinya menerima kunjungan tetamu setiap minggu. Tidak salah jika anda mengeluarkan semula resipi hebat ini, khusus untuk tetamu istimewa anda. Anak-anak dan seisi keluarga juga boleh sekali tumpang merasa.
Tahun lalu, perkongsian Puan Rafiza Idayu di facebooknya mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Dia yang menggunakan resipi perapan ayam yang diadaptasi daripada resepi masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham, berkongsi langkah demi langkah kepada semua. Berikut merupakan petua dan rahsia yang diberikan olehnya.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
Beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Asingkan isi ayam dan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. (Lebih mujarab, gunakan lemak di bahagian bontot ayam.
2. Panaskan lemak ini dalam periuk nasi hingga keluar minyaknya. Asingkan lemak ayam untuk proses seterusnya.
3. Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
4. Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
5. Masukkan beras, biarkan masak sebentar dan kemudian masukkan air rebusan ayam.
6. Biarkan nasi hingga masak.
RESEPI PERAPAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
Sedikit lada sulah
RESIPI SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
6 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan jus limau nipis
Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Rahsia Mendapatkan Ayam ‘Juicy’
1. Masak air hingga mendidih.
2. Apabila mendidih, barulah dimasukkan ayam.
3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit.
4. Guna api yang besar.
* Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat sup ayam dan masak nasi. Tujuan kita menggunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.
Melalui Kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ kelolaan Royal Canin Malaysia bagi mencetuskan kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan yang kerap untuk kucing-kucing wajar disambut baik.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV),International Society of Feline Medicine (ISFM), dan International Cat Care turut menyatakan sokongan mereka terhadap edisi keempat kempen ini di Malaysia, bersama-sama Royal Canin yang gigih menggalakkan pemilik kucing supaya membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa ahli veterinar berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Kunjungan rutin ke klinik veterinar bermula daripada usia kecil kucing itu boleh membantu memberi diagnosis awal berkenaan isu-isu kesihatan, mengurangkan impak penyakit dan membolehkan rawatan lebih berkesan.
Elak Terlepas Pandang
Menurut Dr. Melissa Phoon, Pengurus Hal Ehwal Korporat di Royal Canin Malaysia yang merupakan doktor veterinar, berkata: “Ramai pemilik kucing terlepas pandang atau tidak sedar mengenai kepentingan membawa kucing kesayangan mereka berjumpa doktor veterinar secara kerap, dan bukan berjumpa hanya bila kucing itu sakit atau memerlukan vaksinasi.
Kucing secara lahiriah bersifat berahsia dan tidak mempamerkan kesakitan atau penyakit sehinggalah sudah terlalu lambat.
Oleh itu kami membawa kembali kempen ini, yang pertama kali dilancarkan pada 2016. Kempen tahun ini menggalakkan pemeriksaan kesihatan berjadual bermula dari peringkat anak kucing sebagai langkah proaktif dan pencegahan.
Royal Canin sangat gembira pihak berkuasa dan rakan sealiran telah turut sama menyertai kempen ini bagi membantu mencipta kesedaran yang lebih luas mengenai amalan penjagaan haiwan peliharaan yang penting ini.
“Kami faham pemilik kucing berasa bimbang untuk membawa kucing berjumpa doktor veterinar atau kemungkinan haiwan peliharaan mereka terkena jangkitan penyakit yang sedia ada sekarang.
Oleh itu, ianya penting untuk pemilik haiwan peliharaan membuat temu janji ke klinik veterinar terlebih dahulu. Kami galakkan pemilik kucing untuk memeriksa dengan doktor veterinar jika mereka tidak pasti dengan maklumat yang diterima.
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kawasan tertentu, kami menasihatkan pemilik kucing mematuhi SOP ketika membawa kucing mereka berjumpa doktor veterinar,” sambung Dr. Phoon.
Kempen Take Your Cat To The Vet
Pemilik haiwan peliharaan juga boleh mendengar podcast Jom Talk Pets! oleh Royal Canin Malaysia untuk maklumat dan langkah-langkah selamat bagi melindungi kesejahteraan kucing mereka.
Kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ 2020 berlangsung dari 4 Oktober hingga 31Disember 2020.
Royal Canin telah menyediakan banyak aktiviti menarik untuk memberi ganjaran kepada pemilik haiwan peliharaan dan menggalakkan lagi mereka datang berjumpa doktor veterinar di dalam tempoh yang ditetapkan itu.
Antara aktiviti itu ialah Peraduan Puisi dan Bercerita, Permainan Web Pendidikan Interaktif dan Acara Langsung Digital Cat2Vet.
Buat anda yang inginkan lebih info lanjut tentang ini boleh diperolehi di laman rasmi Royal Canin Malaysia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Bubur Asyura versi Utaqa yang manis, lemak dan mudah disediakan. Ikuti bahan, cara memasak serta tip menghasilkan bubur asyura yang pekat, licin dan sedap.