
Oleh itu, ketahui cara yang boleh dilakukan untuk hilangkan masalah selulit. Bersenam dan berdiet adalah cara paling efektif untuk melawan selulit. Namun tiga cara ini juga dapat membantu anda mengatasi masalah ini, namun bagaimana? Hadam cara ini baik-baik agar setiap wanita boleh ucapkan bye-bye pada selulit dan hello kulit mulus!
1. Dry Brushing
Gosokan menggunakan berus dari fiber natural, yang sedikit keras kepada kawasan selulit adalah rawatan yang dapat mengurangkan masalah ini. Gosoklah perlahan tapi janganlah sampai mencederakan anda. Kawasan paling ‘hebat’ selulit pastinya paha, punggung dan lengan.
Gosokan ini akan membuang sel kulit mati, merangsang peredaran darah dan membersihkan saliran limfa agar selulit boleh dikurangkan. Untuk kesan terbaik, dry brush kulit anda lima minit sebelum mandi pagi.
2. Skrub Serbuk Kopi
Skrub kopi memang sangat popular dikalangan kita. Wanita cukup gemarkan skrub kopi ini dan tidak salah jika lakukan usaha yang lebih pada selulit pula. Gosok skrub ini pada kawasan bermasalah ketika waktu mandi dan kesannya boleh dilihat jika kerap dilakukan.
3. Urut Dengan Essential Oil
Essential oil seperti minyak cedar, rosemary, patchouli, juniper, lemon atau eucalyptus cukup terkenal dengan anti-selulit. Campurkan dua hingga 3 titik minyak ini ke dalam satu sudu besar minyak zaitun, kemudian urutkan pada kawasan yang ada selulit. Sentallah lembut.
Anda juga boleh titikkan beberapa titik minyak pilihan anda dalam air mandi juga.
Selamat mencuba!
Rupanya Ini Rahsia Cantik Luar Dalam Wanita Thailand, Tak Perlu Belanja Mahal Pun, Guna Bahan Alami Je!

Bukan hanya memiliki kulit wajah yang halus mulus dan cantik, malah rata-rata wanita Thailand juga turut memiliki bentuk badan yang sempurna dan kekal langsing.
Rupa-rupanya ada rahsia bagaimana mereka memperoleh wajah dan bentuk badan yang langsing. Selain pemilihan makanan, gaya pemakanan mereka yang sihat juga membantu menyerlahkan lagi kecantikan dalaman mereka.
Bukan itu sahaja, wanita Thailand juga gemarkan mengamalkan petua semulajadi serta rutin alami ini setiap hari. Tidak hairanlah jika mereka cantik.
Jom cuba tip dan petua yang diamalkan oleh mereka. semoga dapat membantu, tak salah kan kalau kita nak cuba!
1. Amalan Berurut
Amalan berurut menjadi satu kewajipan bagi wanita di Thailand. Tidak hairanlah kebanyakkan daripada mereka pandai berurut. Selain melancarkan perjalanan darah, berurut juga dapat merehatkan tubuh dan menenangkan minda.
Malah minyak urut juga kebiasaannya digunakan daripada bahan alami seperti minyak kelapa yang dicampurkan bersama halba, halia, bawang putih dan kunyit hidup.
2. Beras Pulut
Pulut sememangnya sudah menjadi menu tradisi bagi semua masyarakat Thailand. Pengambilan pulut dalam menu harian dikatakan memberi ‘bonus’ pada kulit wajah yang cantik, bersih dan gebu.
Tak hairanlah kebanyakkan mereka sering menggunakan masker beras pulut kerana tahu akan khasiat hebatnya.
3. Lulur
Tak hanya berurut, satu kemestian bagi setiap wanita di sana adalah melakukan proses lulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut. Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur. Antara kelebihan lulur badan bukan hanya menghaluskan kulit tetapi juga mencerah dan menggebukan kulit.
4. Amal Rempah Ratus
Sukakan herba dan rempah ratus. Inilah pilihan menu yang seringkali dipilih oleh wanita di sana. Halia, serai, lengkuas dan beraneka herba dan rempah ratus seringkali dijadikan pilihan utama dalam hidangan mereka yang ringkas. Panas dan hangat, inilah yang membuatkan dalaman tubuh lebih hebat.
5. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing.
Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksin melalui peluh. Patutlah mereka kurus dan cantik sentiasa!
6. Santan Untuk Rambut
Satu lagi rahsia cantik wanita Thailand adalah memiliki rambut yang sihat, hitam dan lebat. Sempurna. Penggunaan sumber asli seperti santan seringkali digunakan mereka dalam rawatan rambut dan penjagaannya. Tidak hairanlah rambut mereka terjaga dengan cantik.
7. Masker Alami
Tidak hanya melulur badan, wanita Thai juga cukup gemar menjadikan aktiviti masker muka daripada bahan alami sebagai perkara wajib untukcantik.
Masker daripada betik antara yang sering diamalkan mereka sejak dulu. Selain itu masker daripada beras pulut dan beberapa bahan alami lainturut menjadi kegemaran mereka. Kena cuba!
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Badan Masih Sihat, Terjaga Walau Umur Dah 50 Tahun, 13 Amalan Berpantang Penuh Lepas Bersalin Ni Kena Patuh!

Amalan berpantang secara tradisional sudah semakin jarang diamalkan kini kerana ramai wanita mula mengamalkan cara hidup yang lebih sihat berbanding cara lama.
Namun jangan dilupakan cara lama jika ia masih baik dan berkesan untuk tubuh badan kita kembali cergas dan sihat. Apa yang penting adalah mengambil makanan yang sihat dan segar.
Semasa berpantang, banyak amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh, lebih-lebih lagi bila semakin berusia kelak. Ikuti perkongsian Pn Dzuriasikim Dzulkefli yang boleh mama ikuti.
BERPANTANG PENUH SELEPAS BERSALIN
Saya tulis huruf besar ni. Sebab ramai wanita moden tak suka berpantang. Ambil ringan. Serta mungkin juga kerana tidak seiring dengan banyak pendapat moden. Tapi saya kongsikan di sini sebahagian dari amalan berpantang saya dari kelahiran anak pertama hingga ke 5 ya.
MANDI AKAR KAYU
Mandi akar kayu setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang. Biasanya ada orang yang akan bantu sediakan. Jika tiada, minta tolong suami rebuskan.
Bangun awal, mandi air suam atau hangat dengan rebusan akar kayu awal pagi. Terus sapu segala ramuan di perut dan ikat perut atau berbengkunglah dari awal pagi. Mulakan hari begini. Lepas tu baru boleh sarapan dan buat lain-lain perkara.
MENGAMALKAN HERBA ATAU JAMU.
Terutama ketika dalam pantang. Usah malas untuk makan atau minum air akar kayu di samping ubat dari hospital. Terlalu banyak khasiatnya yang Allah jadikan dalam akar kayu.
BERURUT.
Sapu minyak herba satu badan. Berurut selalu.
BERTANGAS
Jangan lupa bertangas.
KURANG PENGAMBILAN AIR.
Jangan sampai tak cukup air, tapi jangan minum terlalu banyak. Jangan minum ais. Saya pantang 100 hari tak minum air sejuk. Malah hingga kini, saya jarang minum ais.
BERTUNGKU
Bertungku penting, jangan culas.
BERBENGKUNG.
Mesti pakai. Jangan culas. Jangan ambil mudah. Jangan malas. Jangan ganti bengkung dengan girdle moden ketika dalam pantang.
JAGA MAKAN
Usah makan sembarangan. Waktu berpantang saya hanya minum air yang suam sahaja, tidak sejuk (walaupun pada suhu bilik). Makan pula hanya ikan, daging, ayam yang dibakar sahaja. Ikan pun bukan semua ikan yang boleh dimakan. Saya juga banyak amalkan makan nasi bersama lada hitam yang ditumbuk. Kunyit hidup dan halia muda.
BERSTOKIN
Usah ambil remeh. Berstokin bukanlah untuk elak badan dari dimasuki angin. Tetapi agar badan kekal hangat (to keep you warm).
PASTIKAN BADAN SENTIASA PANAS.
Jauhi aircond.
PANTANG BERSAMA SUAMI.
(Kalau saya 100 hari, terserahlah).
ELAK MENGANGKAT BENDA BERAT/SENAMAN BERAT.
Arwah ibu selalu pesan…“Perut tu dah keluar anak seorang…”. Dia sebenarnya cuba membayangkan bahawa badan perlukan waktu untuk sembuh setelah melahirkan dan supaya saya tidak pandang remeh tentang itu.
PANTANG KELUAR RUMAH
Tahanlah sekejap, jangan keluar rumah.
IKAT RAMBUT TINGGI SELALU.
Ikat kemas-kemas. Orang dulu-dulu selalu simpan rambut supaya boleh diikat sebelum bersalin dan ketika dalam pantang. Ikatan rambut yang kemas dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala dan menegangkan wajah.
Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari. Jangan culas kalau betul-betul nak jaga badan.
Wanita zaman moden (tidak semua) memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa malas tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.
Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.
Masa muda kita tak rasa. Rasa macam ok. Jalan ok. Bersama suami ok. Duduk kaki terbuka ok. Tak pakai stokin ok. Tak ikat perut pun ok.
Malah ada wanita moden yang berasa bangga apabila boleh memandu setelah dua minggu bersalin. Memang tak sakit. Belum lagi. Tunggu bila berusia, kata orang tua, jika tidak berpantang ni, bukan sahaja diri yang akan merasa nanti, malah pasangan (suami) pun boleh “rasa”.
Berpantang ini juga boleh menjaga dan mengekalkan seri wajah. Pernah dengar tak orang tua-tua sebut “Hilang seri dia lepas bersalin….”. Atau “jatuh muka” lepas bersalin. Begitulah.
Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun setelah lanjut usia dan beranak ramai. Orang zaman dulu beranak 8 ke 10 orang itu biasa bagi mereka.
Selain pemakanan dan cara hidup, amalan berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kini, umur baru 30 pun sudah banyak penyakit yang datang.
Untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap dan berurut. Jika tidak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh buat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Jika malas, urat-urat hijau yang kembang di kaki tu (varicose vein) boleh hadir. Ia sebenarnya bukan urat, tetapi saluran darah ‘vena’ yang membawa darah kembali dari kaki ke jantung.
Untuk mencegah varicose vein atau untuk mengelak supaya ia tidak menjadi bertambah teruk, ini lah panduan untuk anda:
* Senaman yang kerap untuk membantu pengaliran darah di kaki. Jika tak bersenam, boleh berurut.
* Kurangkan berat badan melalui penjagaan pemakanan dan senaman. Lagi gemok badan kita, lebihlah lagi tekanan lemak badan dan berat badan kita ke atas vena kita dan ini melambatkan pengaliran darah dari kaki kembali ke jantung.
* Elakkan berdiri lama-lama. Elakkan duduk bersila dan jangan duduk lama-lama sangat. Bangun dan berjalan. Walaupun anda pergi mengurut kaki dan badan, anda tidak boleh mengurut sepanjang masa. Satu-dua jam saja pengaliran darah sehari semasa mengurut, lepas tu duduk saja sepanjang masa itu masih tidak mencukupi.
* Bila berjalan, elakkan memakai kasut tinggi. Ini menyebabkan perubahan kedudukan badan dan melebihkan tekanan ke atas vena di kaki.
* Bila tidur malam, tinggi kan kaki sedikit di atas beberapa bantal supaya kaki lebih tinggi dari badan untuk membantu pengaliran darah dari kaki ke jantung semasa kita tidur. Lagipun, tidur begini sangat rileks dan selesa.
Jadi wanita, jagalah kesihatan diri luar dan dalaman.
Dzuriasikim Dzulkefli
52 tahun
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Lima Cara Mudah Bantu Kulit Muka Bersih Dan Gebu, No 3 Paling Senang Nak Buat!

Menjaga muka saban hari perlukan usaha yang bukan sedikit. Namun tidak perlulah berbelanja mahal untuk pastikan kulit wajah sentiasa cantik, bersih dan gebu.
Mungkin jika anda punya bajet yang lebih tidak salah mencuba produk berjenama mahal dan diyakini. Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.