Pening dibuatnya apabila ana-anak mengabaikan apa yang kita minta mereka buat. Malah, ada yang degil dan tidak mahu mendengar kata. ..
Bukan berubah sehingga menjadi orang lain, cukuplah anak-anak dengar kata dan suami atau isteri yang mampu untuk sama-sama mencari jalan ke arah kebaikan dalam rumah tangga. Pasti tenang dan aman rumah tangga.
Gambar hiasan.
Pun begitu nak melembutkan hati anak dan pasangan bukanlah mudah. Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah ini harus kita amalkan.
Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Ads
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Berbahagia dengan Membahagiakan Orang Lain
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Ads
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Jika sebelum Dayah Bakar menetap di luar negara mengikut suami yang bertugas, dia terpaksa melalui proses kehamilan dan akhirnya bersalin sendirian gara-gara penularan Covid-19.
Terbaharu pengacara dan personaliti TV ini memaklumkan kedua orang tuanya pula disahkan positif Covid-19 beberapa hari yang lalu.
Berkongsi perkembangan terkini, Dayah memberi tahu betapa berat hatinya untuk berkongsi keadaan ibu ayahnya yang telah disahkan Covid-19. Sedangkan dirinya jauh di negara orang.
Kini Di ICU
Pohon semua untuk mendoakan kesembuhan abah saya, Hj Abu Bakar bin Johar yang berada di ICU sekarang . Juga , untuk doakan mak saya, Halimatul Kamaliah bt Abdul Rahim untuk sembuh sepenuhnya .Your doa means a lot to me and my family .
Thank you so much , may Allah bless you for your kindness.
Manakala hantaran terdahulu, Dayah turut berkongsi duka kerana tidak dapat dekat dengan keluarga saat yang mendukacitakan kini.
“Dengan hati yang berat, Dayah nak kongsi berita ,dimana ibu bapa saya disahkan positif Covid . Memang rasa sedih sangat, dan buat Dayah tak keruan untuk beberapa harini. Honestly I’m not feeling okay , but I’m trying my best to smile and give moral support to my parents.”
Mohon Doa
“Jadi , niat Dayah berkongsi adalah untuk memohon kepada kalian semua yang membaca post ini agar mendoakan kesembuhan sepenuhnya untuk mereka, dan juga sekalian rakyat Malaysian yang terkesan dengan wabak ini.”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan meluahkan rasa tidak bersetuju apabila wanita menyalahkan orang ketiga sahaja dalam isu rumah tangga yang diganggu.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, adalah tidak wajar untuk menyalahkan sebelah pihak sahaja dalam isu curang ini sebaliknya sang suami juga patut dipersalahkan.
“Kalau sesetengah lelaki itu yang memang jenis yang suka curang, kalau isteri macam ratu cantik pun dia tetap akan curang.
“Akan tetapi sekiranya lelaki itu seorang yang setia, dapat isteri yang biasa-biasa sahaja pun akan setia. Pokok pangkalnya adalah lelaki itu.
“Saya tidak suka wanita yang bila dapat tahu suaminya ada hubungan lain, dia salahkan perempuan lain, ‘Its takes two to tango’. Suami bukan baik sangat pun, kenapa nak salahkan satu pihak sahaja.
“Macam contoh kalau suami saya ada hubungan dengan orang lain, saya tumbuk suami sendiri. Tak adalah nak tarik tudung perempuan itu. Laki kita yang menggatal. Tapi kalau dia tidak sama naik, benda tu tak akan berlaku,” jelasnya. kepada XTRA ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai ‘muse’ Angsa Emas Jewellery, baru-baru ini.
Tambah Che Ta dia juga kurang senang dengan keterbukaan sesetengah wanita dalam mendedahkan masalah rumah tangga mereka di media sosial.
“Bagi saya ia ibarat tepuk air ke dulang dan terkena muka sendiri apabila kita kongsi masalah rumah tangga atau keburukan pasangan di media sosial.
“Lebih baik untuk diam. Sebagai isteri, berdosa ya kalau kita mengaibkan suami. Kalau tidak suka, terus pergi ke pejabat kadi atau berbincang.
“Kalau nak berkias-kias di Instagram, masalahnya bukan suami kita seorang… entah entah suami kita pun tak tengok.
“Mungkin ada cara lain untuk melepaskan geram, misalnya dengan menghantar WhatsApp kepada pasangan, kemudian padam. Saya sendiri pernah begitu kalau rasa marah pada seseorang,” kongsinya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini juga percaya bahawa soal jodoh adalah ketentuan dari maha esa.
“Jodoh Allah dah tetapkan, itu semua sebab musabab. Kalau ia ditakdirkan jodoh kita sampai 20 tahun sahaja, itu semua sebab menyebab. Saya takkan ada rasa sedih atau risau. Dah tiada jodoh,” katanya.
Sumber : Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejuk perut ibu yang mengandungkan mereka. Bertuah ibu bapa ini kerana memiliki anak-anak yang cukup membanggakan keluarga.
Dua beradik iini yang mewakili dua negeri berlainan muncul johan dan naib johan qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1440H/2019M di Seremban, Jumaat lalu.
Nor Farhatul Fairuzah Panut dari Negeri Sembilan diumumkan sebagai johan qariah manakala kakaknya, Nor Faizah Panut yang mewakili Selangor diumumkan sebagai naib johan qariah.
Nor Farhatul Fairuzah menyatakan kesyukuran dengan kejayaan membanggakan itu dan tidak menyangka penyertaan kali pertamanya memperoleh hasil apabila dinobatkan sebagai juara.
“Sebenarnya saya hadir sekadar untuk mencuba nasib dan tak sangka rezeki memihak pada saya alhamdulillah. Selepas ini saya akan terus memperjuangkan bacaan ayat suci al-Quran,” ujar anak bongsu daripada lima beradik ini.
Nor Farhatul Fairuzah akan mewakili negara pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada April nanti.
Sementara itu, Nor Faizah mengakui kejayaan adiknya, Nor Farhatul Fairuzah, 19, ditabalkan johan tilawah amat membanggakan kerana ia penyertaan pertama sekaligus memenuhi impian arwah ayahnya, Panut Markom, 70 yang meninggal dunia pada 2017.
“Arwah ada berpesan teringin melihat seorang anaknya bergelar johan tilawah. Malam ini (tadi) adik (Nor Farhatul) memenuhi impian itu,” katanya sebak.
Katanya, orang tuanya pernah menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Kebangsaan dengan ibunya, Jaliah Simin, 63 meraih tempat ketiga pada 2004.
“Saya mungkin sedikit kecewa kerana tidak meraih johan tetapi saya gembira apabila adik berjaya memenuhi impian arwah ayah,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.
Menurut Nor Faizah, dia menyertai majlis tilawah tujuh kali iaitu pada 2008, 2009, 2010 dan 2011 dengan meraih naib johan buat kali ketiga pada 2014, 2016 dan tahun ini.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di