Adik-beradik mempunyai ikatan hubungan yang sangat kuat tetapi tidak dinafikan pasangan kembar pula mempunyai suatu perasaan dan ikatan yang cukup istimewa. Hubungan mereka akan menjadi sangat akrab seperti kawan baik untuk satu sama lain daripada zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Paling biasa kita lihat, anak kembar ini akan mempunyai hobi atau minat yang sama, gaya pakaian yang serupa, menggemari makanan yang sama dan boleh dikatakan serba serbi pasangan kembar tersebut ingin lakukan segala-galanya secara bersama-sama.
Ini sepertimana kisah tiga beradik kembar ini yang sepakat menjadi raja sehari serentak. Memetik berita persandingan mereka di Berita Harian, siapa sangka tiga beradik kembar ini mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila impian bersanding secara serentak terlaksana, di sebuah dewan di Kota Warisan, Sepang, Selangor baru-baru ini.
Malah di hari bersejarah terbut, bukan sahaja kembar berusia 27 tahun ini, iaitu Nur Afrina Nor Azam; Muhammad Zuhri dan Muhammad Zuhair adalah kakak sulung mereka, Nur Adriana, 29 juga turut menjadi raja sehari.
Difahamkan sebelum berkahwin, dua beradik lelaki kembar seiras dan Nur Farina tidak pernah berpisah sejak kecil kecuali ketika masing-masing melanjutkan pengajian di universiti tempatan di lokasi berbeza.
Ibu mereka, Yulis Hayati Abrar, 53, berkata beliau dan suami, Nor Azam Ismail, 55, gembira apabila melihat anak kembar mereka bersanding serentak selepas seorang demi seorang bernikah pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Nak Lihat Anak Sanding Serentak
Ads
Katanya, pada mulanya anak kembar keduanya Muhammad Zuhri bernikah dengan pasangan Ilmee Syafiqah Abdul Jamel, 27, pada 31 Disember 2020 diikuti anak sulungnya, Nur Adriana dengan Muhammad Nur Zahid Ayob Karim, 28, pada 12 Januari 2021.
“Sepatutnya mereka berdua bersama pasangan masing-masing bersanding dahulu tetapi disebabkan PKP majlis tidak dapat diadakan.
“Kemudian pada 2 April 2021 kembar ketiga kami, Muhammad Zuhair pula bernikah dengan pasangannya Hafiyah Zainal Abidin, 28,” katanya lebih lanjut.
Yulis ibu kepada enam cahaya mata, berkata ketika tiga anaknya sudah bernikah beliau melahirkan hasrat untuk melihat mereka bersanding serentak ditambah pula saudara-mara mula bertanya bila majlis akan diadakan.
Ketika itu katanya, anak yang lain terus meminta anak kembar pertama, Nur Afrina untuk turut sama bernikah seterusnya bersanding serentak.
“Nur Afrina kemudian bernikah pada 18 September lalu bersama pasangannya Muhammad Amirul Fitri Ja’afar, 27.
“Seminggu kemudian hasrat saya untuk melihat tiga anak kembar dan kakak mereka bersanding bersama-sama di atas satu pelamin tercapai.
“Syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran lebih 1,500 tetamu daripada semua keluarga.
Ads
“Lebih menggembirakan, anak sulung turut bersanding bersama cucu lelaki pertama saya yang kini sudah berusia enam bulan,” katanya.
Sementara itu, Nur Afrina berkata, beliau tidak menyangka kakak dan dua kembar lelaki seiras sanggup menunggunya bernikah terlebih dahulu untuk bersanding bersama-sama.
Akrab Sejak Kecil
Kakitangan swasta itu berkata, pada mulanya apabila melihat seorang demi seorang adik-beradik lain bernikah, beliau seakan merasa kehilangan kerana mereka berempat akrab sejak kecil.
“Dilahirkan sebagai anak kembar memang miliki pertalian amat rapat dan tidak pernah berpisah. Kami bertiga pernah demam serentak selepas seminggu masing-masing berpisah kerana belajar di universiti berlainan.
“Saya jurusan Diploma Science Geomatic ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), Arau, Perlis; manakala Zuhri di UiTM Jengka, Pahang dan Zuhair di UiTM, Shah Alam (kedua-duanya jurusan Diploma Sains Sukan)
“Kami semua ‘sekepala’ dan momen paling manis kami dapat bersanding bersama, Selepas boleh kami melakukan pelbagai aktiviti bersama dalam keluarga lebih besar,” katanya.
Penantian Berbaloi
Ads
Menurut Muhammad Zuhri, walaupun perlu menunggu lama sehingga lebih dua tahun untuk bersanding tetapi penantian itu amat berbaloi apabila dapat bersanding serentak dengan dua kembar dan kakaknya.
“Syukur semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan paling penting adalah kami amat gembira dengan keputusan yang dibuat ini,” katanya.
Bagi Muhammad Zuhair pula, beliau amat gembira kerana dapat menggembirakan ibu dan bapanya apabila mereka membuat keputusan bersanding serentak.
“Ini hadiah untuk ummi dan ayah kerana menjadi ibu bapa yang terbaik untuk kami,” katanya.
Nur Adriana pula berkata, dia amat berbesar hati apabila berpeluang bersanding bersama kembar tiga yang akrab denganya sejak mereka kecil lagi.
“Walaupun bersanding lewat hingga saya pun sudah mempunyai anak, tetapi ia satu pengalaman yang indah yang tidak mungkin akan dilupakan,” katanya.
Nak didik anak ini memang mencabar lebih lagi bila anak semakin membesar. Bila bagi nasihat atau tegur asyik tak dengar kata.
Oleh sebab itu, si ibu akan membebel hinggakan ada anak terutama remaja menyatakan ibunya membebel hampir 24 jam sehari walhal si ibu sekadar mahu menasihati serta membetulkan apa yang salah.
Bukan mudah sebenarnya untuk menasihati terutama sekiranya si anak semakin meningkat remaja, mungkin pada si ibu, teguran yang dilakukan itu demi kebaikan anak-anaknya namun ia sering disalah erti.
Namun apabila ayah mula masuk campur dalam mendidik, terus anak angkat muka dan patuh pada arahan. Bahkan sepatah teguran ayah terus didengar! Hakikatnya cara ayah mudah untuk anak mendengar kata berbanding ibu.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim ada benarnya. Ikuti pandangan beliau mengenai hal ini.
Mohd Fhais Salim bersama ana-anaknya
Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita. Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.
1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.
2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.
3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.
5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga ( self-esteem )
6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Impak yang positif
Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak. Jangan alpa, tegur untuk melentur!
Walau susah bagaimana pun hidup yang dilalui oleh seorang ayah, namun bab untuk menyediakan keperluan anak-anak akan menjadi keutamaannya. Sebaik mungkin akan cuba dilunaskan, mencari rezeki siang malam untuk melengkapkan keperluan harian anak-anak dan keluarga.
Ini sebagaimana tular video menyaksikan seorang ayah yang membawa dua orang anak menaiki motosikal berhenti di stesen minyak dengan kenderannya sarat membawa barang-barang keperluan harian.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ketika itu, difahamkan si perakam berada di dalam kereta yang kebetulan sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak di pam minyak yang sama.
Terpaksa Letak Anak Di Bawah
Melalui video tersebut, jelas dapat dilihat di kiri kanan motosikal sarat bergantungan dengan barang keperluan keluarga yang baru dibeli untuk di bawa pulang ke rumah. Namun ketika ayahnya ingin mengisi minyak, mungkin disebabkan tiada orang lain boleh mendukung anaknya, dilihat bayi tersebut terpaksa di letakkan di lantai stesen minyak tersebut.
Dengan tindakan sedemikian yang jarang kita lihat dilakukan, pasti ada sebab kukuh si ayah merasakan tindakan tersebut paling selamat untuk anaknya ketika itu.
Netizen turut bersangka baik dengan tindakan yang dilakukan oleh bapa tersebut yang mungkin bimbang jika dikendong semasa mengisi minyak akan merbahayakan keselamatan anaknya. Apatah lagi jika diletakkan di atas motosikal, pasti akan jatuh.
Malah netizen juga memuji ayah anak tersebut, mereka merasakan meskipun kehidupan yang agak sukar bagi keluarga ini, namun naluri ayah yang inginkan terbaik untuk anak-anaknya telah membeli pelbagai barang keperluan keluarga termasuklah pampers.
Hal ini cukup menarik perhatian netizen dan tidak kurang juga turut mendoakan dimurahkan reeki buat keluarga ini.
“Hebat bapak die beli pampers sgala. Berjaya beli mcm2. Amik anak lg. What a good father. Hes trying! Smoga allah murahkan lg rezeki.” Komen netizen.
“positif la, ayh nya nk pegang tapi nk isi minyak .. nk letak atas moto lg bahaya blh jatuh .. 🥰🥰🥰🥰 kita doakan smoga mereka dpermudahkan urusan.” Tulis yang lain pula.
Tidak kurang juga memuji bayi tersebut, “tp baby tu behave sgt.. kalau ank ak ni die dh merangkak jauh dh isikan cust lain pnya minyak😌”
“letak atas lagi risiko kalau terjatuh . baik letak bawah , dia pun faham , haha behave betuii .. semoga selamat semuanya buat keluarga abang tu .. 😁” komen yang pula.
Tenang dan terasa segarnya andai dalam rumah kita dihias indah bersama beberapa pokok bunga.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik kediaman ini. Memang cukup sempurna dan kemas teratur. Malah tanaman dalam rumahnya juga hidup segar bugar sepanjang waktu.
Jom kita cungkil rahsia daripadanya untuk pastikan tanaman dalam rumah tidak mati malah hidup sihat.
Taman Dalam Rumah…
Ramai Yang Mengeluh Tanam Dlm Rumah Lepas Tu Mati Semua.. Sebenarnya Bagi Sye Bila Tanam Pokok Dlm Rumah Kene Cari Indoor Plant Yg Btl2 Sesuai.
SUMBER CAHAYA MATAHARI
Soal Penjagaan Biasanya 2 Kali Seminggu Sye Akan Kenekan Matahari Tapi Mana Yg Ada Di Bahagian Tingkap Sye Tak Keluarkan Sbb Pokok Dah Kene Cahaya Matahari.
PERLU DISIRAM
Soal Siram Pula Biasanya 2 Kali Seminggu Sye Akan Siram Air Bukan Pancit Pakai Spray..
Selain tip yang dikongsikan oleh Mohd Jeffrey ini turut terpanggil beberapa orang berkongsi info di bahagian komennya. Dan ini antaranya.
Ekstra tip 1: Cucuk jari dlm tanah rasa kalau lembab lg x perlu siram untuk elak roten root… sbb indoor mmg mudah kene roten root n fungus kalau terlebih siram
Ekstra tip 2 : Semua indoor x perlu siram selalu… paling senang money plant/pothos or lidah mak mertua/ sansevieria ni 2 jenis mmg thn lasak.
Sumber : Mohd Jeffrey Mohammad Ali via Kelab pecinta bunga dan pokok hiasan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di