Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Baik dalam apa jua perkara termasuklah juga dalam soal mencari jodoh. Demikian juga dengan ibu kepada pelakon cantik manis Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan ini.
Menurut Faizatul Akmar Hisan yang merupakan ibu kepada Mira Filzah, ciri-ciri bakal menantu yang diingini adalah boleh menjadi imam kepada anaknya itu.
Dengan kata lain, Faizatul inginkan menantu yang beragama orangnya sebagai pendamping dan ketua rumah tangga untuk anaknya.
Ads
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, berkongsi kriteria utama bagi lelaki yang bakal menjadi imamnya dalam satu sesi temu ramah bersama majalah Keluarga semalam.
Temu ramah yang berlangsung bersempena sesi fotografi untuk edisi khas Hari Ibu menampilkan Mira bersama ibu tersayang dan adik bongsunya.
Di dalam temu ramah tersebut, Mira dan ibunya diberikan task untuk satu game dinamakan Serasi Challenge. Antara soalan yang ditanyakan adalah apakah ciri-ciri bakal menantu / suami kepada Mira.
Ads
Manakala Mira pula memilih bapanya sebagai idola dalam mencari teman hidup.
“ Dia macam abah. Good looking, educated, pendiam dan juga tinggi.
Ditanya karakter anak kedua yang dipanggil Angah, akui Faizatul anaknya berbeza karakter di rumah dan juga di tempat kerja.
Ads
“Angah kalau di rumah seorang yang garang manakala di tempat kerja sangat lembut dan lebih banyak bertolak ansur.
Jom layan teaser pendek berkenaan sesi temu ramah Mira dan ibunya. Untuk peminat Mira, nantikan edisi Khas Hari ibu yang bakal keluar tak lama lagi.
Behind The Scene cover Majalah Keluarga istimewa sempena hari ibu.. Mira Filzah dan ibu tersayang.. Nantikan! #keluargamag
Di dalam sebuah grup masakan, wanita ini berkongsi cerita si suami pandai menggoreng telur mata. Bakat yang ada pada suaminya itu membuatkan Dila Noordin mahu berkongsi dengan orang lain akan kaedah tersebut.
Dalam masa yang sama, dia berhasrat memiliki kaca mata baru. Melalui perkongsian tersebut, dia berharap mendapat like yang banyak bagi membolehkan keinginanya dipenuhi oleh suami.
Saya puji suami saya pandai dia goreng telur. Rangup kat luar..cair di tengah. Lepas tu saya cakap nak letak dalam fb. Dia kata, gambaq teloq pun ada orang nak like ke? Saya cakap kalau dapat like banyak saya nk spek mata baru. Sebab silau makin teruk. Hihi.. ada ke yang nak tolong sy dapatkan spek mata baru.
note: just for funnnn. ???
Update:
Tips telur gedik by hubby.
– Pilih telur yg kecik supaya bila masak putih tak melebar. – Pecahkan dalam mangkuk kalau tak yakin takut kuning pecah. Baru boh dalam kuali. – Minyak banyak telur tengelam. Tapi tak lah penuh sekuali. – Minyak betul² panas sampai berasap²..dah berasap kecikkan api baru masuk telur. – Sira minyak atas kuning telur. – Masak sekejap sahaja xsmpai 1 min. – Selamat mencuba.
Hahahaha.. Tq likers. Just made my day. 3hari demam tak kebah. Pagi ni ada food delivery. Hubby buat semua. Sebab tu sy puji dia. Alhamdulillah. Senyum saya baca komen semua. ?
Siapa sangka, perkongsian gambar telur goreng atau digelar Telur ‘gedik’ oleh Dilla mendapat lebih dari 105k likes di facebook berkenaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apa agaknya menu yang ibu-ibu nak sajikan buat seisi keluarga kali ini. Kadang-kadang buntu juga kan idea nak berkarya di dapur.
Jom ibu-ibu, tunjukkan skill memasak dan menyajikan hidangan istimewa. Kali ini admin kongsikan resipi Ayam Panggang Serai Dengan Air Asam Istimewa dari Adnilsam Apat.
Jom kita cuba sama-sama nanti!
Air Asam Ayam Panggang Serai
Bahan-bahan:
1 kuntum bunga kantan – hiris nipis Sedikit hirisan daun ketumbar Sedikit hirisan daun kesom Sedikit hirisan daun bawang 1 ulas bawang kecil – hiris nipis 1 sudu kecil serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder) – resepinya ada diwall saya ye.. 4 sudu besar sos ikan 3 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar)- kalau takde boleh ganti dengan gula perang 1 sudu sudu besar pes asam jawa adabi- cairkan dgn sedikit air panas 2 sudu besar thai chilli flakes 3 biji limau nipis- ambil perahan jusnya sahaja 1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optional
Cara-cara: Satukan semua bahan2.. kacau sebati.. sesuaikan rasa.. siap utk dihidang bersama daging bakar..❤?
1 ekor ayam – size sederhana jgn besar sangat ( iku suka nak panggang bulat @ nak kerat 4)
Bahan perap:
7 ulas bawang putih – tumbuk halus 3 batang serai- hiris nipis2, kemudian tumbuk halus 1 sudu besar penuh serbuk (kasar) lada hitam 3 sudu besar gula perang 2 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil paprika 1 sudu kecil cajun 4 sudu besar minyak jagung 1/2 biji perahan limau nipis Garam secukup rasa Aji- optional
Semakin meningkat usia orang tua kita, semakin kita perlu berhari-hati dengan tutur kata dan perbuatan kita kepada mereka.
Ini kerana ia penting untuk memastikan ibu bapa tidak berkecil hati dengan setiap butir bicara ketika bersama mereka.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Umum mengetahui, orang tua menjadi lebih sensitif dan hati mereka mudah tersentuh dengan perlakuan dan tutur kata kita sebagai anak, tidak kurang juga yang makan hati dengan kata-kata kita.
Lantaran itu, tiap kali anda balik ke kampung, ingat beberapa pesanan yang ditulis oleh Ws Adli W Muhammad di akaun facebooknya.
Ujarnya bila balik ke rumah mak dan ayah, ada beberapa perkara yang perlu kita jaga. Terutama mulut kita. Antaranya:
1. Bila mak hidangkan air, kita minum dan terasa air agak manis atau tawar, diamkan sahaja elakkan dari berkata yang bukan-bukan kepada mak. Mak dah tua. Barangkali deria rasa mak pun berubah, atau mak terlupa.
Ayat-ayat seperti “Manisnya air mak buat ni! Tawarnya air mak ni!” cukuplah sekadar dalam hati kita sahaja.
Pergilah ke dapur ambillah air masak, campurkanlah dengan air kita tu tadi. Sehabis baik kita cakaplah bebaik kepada mak kenapa kita buat begitu. Buatlah lawak sikit-sikit. Bagi mak gembira.
Selesai. Mak tak kecil hati, tak terluka perasaannya.
2. Bila mak masak, mak pelawa kita makan, pergilah makan. Bab diet tak ada masalah. Yang penting, kita tak bagitahu mak yang kita dah tak makan itu ini kononnya nak jaga badan.
Hati mak kena jaga. Dah tak makan nasi, pergilah makan lauk dan sayurnya. Mak gembira sangat tengok anak-anak mak makan. Terkenang sungguh mak masa tengok kita makan, terbayang-bayang semasa kita kecil-kecil dahulu.
Biasanya mak makan lambat-lambat. Sebabnya bukan apa pun, sekadar ambil peluang curi-curi tengok kita makan masakannya. Indah sungguh bagi mak.
Oh mak, hati mak bila dah makin berusia, makin mudah tersentuh hati. Semasa ketawa pun boleh sebak. Kan?
3. Bila kita sampai, tengok-tengok ayah tak ada. Ayah tidur. Atau pun sepanjang kita di rumahnya, kita perasan ayah kerap tidur.
Tak perlulah kita pergi ke bilik ayah, kejutkan ayah. Biarkanlah ayah. Biar ayah bangun sendiri.
Bila ayah keluar dari bilik, elakkan dari menyapa seperti “Hai abah, puas dah tidur? Hai ayah, asyik tidur je kerjanya.”
Ayah dah tua. Jalan tak segagah macam dahulu. Tenaga dah semakin berkurang. Beza semasa muda dahulu. Ingatlah.
Ini masa ayah berehat.
4. Ayah suka ajak kita keluar. Kadang bukan ke mana pun, sekadar pusing keliling kampung, pusing bandar sekejap.
Elakkanlah dari berkata “Tak naklah pergi. Lain kalilah.”
Semasa kita kecil-kecil dahulu, inilah orang yang tak pernah jemu bawa kita pergi meronda ke mana sahaja. Baik naik kenderaan atau berjalan kaki, sama ada dikendong, didukung kita atau diletakkan kita di belakang tengkuknya.
Sungguh. Permintaan ayah itu, sebenarnya adalah bagi mengubat rindunya membawa kita bersiar-siar satu ketika dahulu.
Cuma bezanya, kita pula yang membawanya.
Kawan-kawan,
Sama ada kita atau mereka yang pergi dahulu, tetapkan dalam hati untuk memberi layanan sebaiknya kepada mereka.
Manfaatkanlah masa bersama selagi dikurnia izin daripada Allah. Sampai satu masa, inilah rindu yang tak akan boleh dibuang dari fikiran dan hati kita, juga mereka. Kekal selama-lama selagi hayat dikandung badan.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.