Ada orang, setiap kali makan nasi pasti tak lengkap rasanya kalau tidak disertakan bersama sambal belacan.
Dan sambal belacan ini pula terdapat pelbagai jenis dan cara penyediaannya yang berbeza.
Salah satunya adalah seperti sambal kelate ni. Rasanya pedas masam manis memang mampu membuka selera setiap kali menjamah hidangan nasi.
Pun begitu, tidak semua tahu untuk membuatnya. Jadi bagi anda yang nak mencuba untuk menyediakannya tengah hari ini, ikuti dulu perkongsian resipi daripada puan Rohaya ini.
Ads
Stok sambal kelate untuk sebulan…
Sambal ni kena buat awal2 dan banyak2 baru sedap makan kerana bila ia terperam dgn asam garam gula baru dia mesra rasa..
Lagi lama simpan lagi sedap..
Nak makan cedok aje…
Ads
Sesuai dgn semua jenis nasi…
Biasa …sambal ni dibuat masa kenduri di Kelantan..
bahan-bahan:
Ads
Cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan dalam pengisar. 2. Simpan di dalam bekas berpenutup.
sumber : Rohaya Rose Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Barli atau dalam bahasa Inggerisnya “barley” adalah sejenis bijian yang memiliki banyak kebaikan untuk kesihatan manusia.
Nama saintifiknya adalah “Hordeum Vulgare” iaitu sejenis tumbuhan bijirin yang tergolong dalam keluarga rumput “Poaceae” atau “Gramineae”.
Apabila ia dimasak, ia membesar 2 kali ganda dari saiz awal. Serat utama dalam barli ialah beta-glukan, serat larut yang mengeluarkan gel apabila digabung dengan cecair.
Beta-glukan yang juga terdapat dalam oat dapat kurangkan kolestrol dan meningkatkan pengawalan gula dalam darah.
Oleh itu, disarankan untuk kita mengambil barli dalam sajian harian. Tidak kisah dalam bentuk minuman atau makanan.
Tetapi kebiasaannya barli sering dijadikan minuman. Bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jadi, jom kita cuba buat pencuci mulut barli yang dikongsikan oleh dapurdee di Cookpad.
-1/2 cawan Barli (direbus)
-100 ml santan segera
-1/2-1 cawan air rebusan barli
-1 helai daun pandan
-1/2 sudu teh halba
-2 keping halia
-secubit garam halus
1. Mula-mula sediakan bahan-bahan
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk; barli yang telah direbus, air rebusan barli, daun pandan, gula merah, halia, halba dan santan tadi dan kacau rata.
3. Panaskan periuk dengan api yang sederhana. Kacau supaya santan tidak pecah minyak. Masak hingga mendidih dan gula larut
4. Letak sedikit gula dan secubit garam secukup rasa. Siap dan boleh dihidang suam atau sejuk.
Dalam banyak-banyak menu sarapan, hidangan pulut kuning jika dihidang bersama rendang atau sambal akan menjadi menu yang digemari ramai dan cukup istimewa. Apatah lagi jika dinikmat bersama seisi keluarga. Pasti ada yang makan lebih banyak berbeza dari hari-hari yang lainnya.
Jadi apa kata hari ini anda sediakan hidangan pulut kuning ini untuk keluarga dengan citarasa sedikit berbeza mengikut selera orang Kelantan.
Selalu jika kita masak pulut kuning berasa lemak-lemak masin tapi kali ini digabungkan dengan sedikit rasa manis bagi menyempurnakan rasa dan diakui memang sedap. Jadi buat yang ingin merasa, jom buat dengan resipi yang dikongsikan oleh Ismi Aishah.
“Alhamdulillah…sarapan dengan pulut kuning dan rendang pagi ni. Pulut kuning orang kelantan ada manis,masin,lemak santan. Guna sudip kayu untuk arung pulut, sudip ayah buat sendiri..tu rahsia pulut sedap kot..”tulisnya di kapsyen semasa berkongsi resipi di salah satu grup masakan di Facebook.
Bahan sampingan – pewarna kuning telur, serbuk kunyit 1 sudu kecil dan asam keping/gelugur 2 keping.
Cara-cara masak:
1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata.
4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
5)Bolehlah masukkan dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing,tak nak pun tak apa. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.
Untuk yang baru nak belajar masak pulut insyaAllah menjadi guna resepi ni. Terima kasih.
Walaupun ‘shopping’ tu hobi wanita, tetapi percayalah tak semua rajin setiap hari ke pasar untuk beli barangan basah untuk memasak lauk harian. Paling kurang seminggu sekali akan ‘refill’ barangan basah di rumah mengikut kadar kegunaan dan muat peti ais masing-masing.
Selalunya bila beli barang basah banyak-banyak ni, simpan pula lama dalam peti sejuk dan salah penyimpanannya menyebabkan lauk kita tu jadi kurang enak bila masak. Lebih-lebih lagi makanan laut hingga boleh hilang rasa kemanisannya.
Jadi, nak tahu cara simpan supaya lauk basah kita terutamanya udang sentiasa segar walaupun berminggu berbulan simpan? Jom ikut cara yang dikongsikan oleh aunty Tieok Eng di laman Facebook ini. Harap membantu ye! .
Ini bukan masak apa tak jadi ye. Aunty cuma nak share tip cara aunty simpan udang tahan lama dan sama ‘fresh’ macam yang baru naik dari laut, walaupun aunty simpan hampir 6 bulan kat peti ais beku.
Cara-caranya :-
1. Bersihkan udang dan letak dalam bekas yang boleh tutup.
2. Masukkan air yang sejuk. Kalau ada mesin Coway guna air yang sejuk. Kalau tak ada, boleh cairkan air ais dulu ye.
3. Lepas tu letak gula sikit, tutup kemas simpan kat peti ais beku,
4. Air biar sama tinggi dengan udang kat bekas tu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.