Andai buntu menentukan menu yang mana istimewa untuk dihidangkan kepada keluarga, apa kata mencuba resipi nan satu ini; Nasi Lobak Merah bersama Ayam Masak Merah.
Menyediakannya tidaklah sukar dan pasti keluarga anda menggemarinya. Jom semak bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu ini.
“Nasi carrot dengan ayam masak merah orang kawin. Saya masak yang paling simple.. Barang semua ada kat rumah”-Nur Aisya
Nasi carrot
Bahan-bahan:
Beras basmathi (rendam 30 minit toskan.. Letak dalam rice cooker)
Carrot 1 batang (direbus dan diblend)
Tomato 1 biji dan dibuang biji ( rebus bersama carrot dan blend)
Kiub ayam 1
Bawang besar dihiris
Halia dihiris
Daun pandan 2 helai
3 sekawan
Majerin dan minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
1. Letakkan majerin dan minyak masak kedalam kuali. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan halia.. Tumis sehingga garing.. Kemudian masukkan daun pandan..tumis bersama…
2. Masukkan carrot dan tomato yang telah diblend.. Dan masukkan juga kiub ayam dan garam serta sesudu gula pasir.
3. Pindahkan semua bahan kedalam periuk nasi berisi beras.. Kalau basmathi sukatan 2 cup beras 4 cup air.. Kalau beras biasa.. Sukat seperti masak nasi biasa.
4. Tekan je.. Tunggu sehingga masak.
Ayam masak merah
Bahan-bahan:
Ayam (digoreng bersama kunyit dan garam)
3 sekawan
Tomato dibuang biji dan hiris
Daun pandan
Cili kering blend bersama bwng putih dan merah
Sos cili
Gula merah (suka gula merah jenis dulu2 tu.)
Cara-cara :
1. Tumis 3 sekawan, bawang besar dan daun pandan.. Kemudian masukkan tomato yang telah dihiris
2. Masukkan cili blend tumis sehingga garing
3. Masukkan sos cili, garam dan perasa serta gula merah
4. Masukkan ayam yang telah di goreng gaul sebati beberapa minit..
Siap!!
sumber : Nur Aisya via MAHN
Himpunan 5 Resipi Guna Sardin Tin Jer. Serius Sangat Kreatif, Mudah & Sedap Pula Tu!
Sardin tin biasanya dikaitkan dengan menu yang mudah, cepat dan sedap. Jika dahulu ibu-ibu hanya membeli di kedai tetapi kini semua orang dah mampu buat sardin sendiri dengan menggunakan ikan segar.
Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan
santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Nampak Sedap & Punyalah Simple Cara Buat Nasi Marjerin & Ayam Panggang Istimewa. Patutlah Viral!
Setiap kali masuk dapur, pasti menu apa yang nak disediakan buat ibu-ibu pening kepala kan. Nak nak lagi jika suami dan anak-anak jenis makan nasi. Petang ni apa kata cuba menu istimewa iaitu Nasi Marjerin bersama Ayam Panggang Istimewa.
Jom kita cuba resipi Nasi Marjerin yang dikongsikan oleh saudari Nurul Hawa Nadila Sari
👉Nasi marjerin siap
Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan beras
1 sendok besa marjerin
2 biji bawang merah dimayang halus
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
1sendok kismis
Cara menyediakan dan memasak:
Basuh Beras. Toskan.
Cairkan marjerin dalam periuk nasi.
Goreng bawang hingga terbit bau.
Masukkan beras.
Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis.
Kacau sehingga sebati.
————————————————————————
👉Ayam Panggang
Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk,tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.
Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang(✌️sy pilih grill)
————————————————————————
👉Sambal Nasi Ayam
Bahan-Bahan:
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Cara-caranya:
Blender semua bahan.
Masukkan air rebusan tadi.
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.siap!!
————————————————————————
👉Kuah Kicap Nasi Ayam
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara Penyediaan Kuah Kicap:
Kuah kicap nasi ayam ni simple sahaja.
Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.
Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung.
Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap.
Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.
————————————————————————
👉 Sup Ayam
Bahan sup:
air rebusan ayam
lada sulah
daun sup
garam secukup rasa
Cara buat sup
Panaskan air rebusan ayam, tambahkan air jika terlalu pekat.
Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Taburkan daun sup diatasnya.
Terliur Dengan Rabokki, Nak Puas Hati Lagi Sedap Buat Sendiri. Ni Resipinya, Mudah Sangat!
Siapa suka menonton drama Korea mesti tahu Tteokbokki itu apa bukan? Ia ialah makanan yang sangat popular yang dibuat daripada kek beras yang lembut. Mempunyai rasa yang digemari ramai dan kuahnya berwarna merah menyala. Pun begitu, jika Tteokbokki diberi tambahan ramen, menu ini pula dipanggil Rabokki.
Bahan-bahan untuk menyediakan menu ini cukup mudah dan ini dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di media sosial dan mendapat perhatian warganet untuk mencuba menyediakannya sendiri untuk dijamu kepada seisi keluarga.
Rabokki (Tteokbokki + Ramen)
Snek minum petang, masak sendiri dapat makan panas-panas. Nak makan kat kedai, entahnya bila
Bahan yang diperlukan adalah
1. Kek Beras Korea atau Tteokbokki
2. Pes cili gochujang
3. Kepingan halus cili gochugaru (chili flakes)
4. Kiub pati ikan bilis
5. Kicap cair
6. Gula/madu
7. Mi segera, telur rebus dan kepingan rumpai laut.
Cara Masak :
1. Rebus air bersama kiub pati ikan bilis sehingga mendidih
2. Masukkan beberapa ketul kek beras korea, biarkan seketika
3. Kemudian tuang semangkuk kecil campuran pes cili korea (resepi saya nyatakan di bawah)
4. Kacau masakan sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.
Campuran pes cili
2 sudu makan pes Gochujang (Cili peram Korea)
1 sudu makan serbuk Gochugaru
(Kepingan halus cili kering Korea)
1 sudu besar gula putih atau madu
3 sudu besar kicap cair
Kacau sebati.
Apabila kuah sudah menjadi pekat, boleh masukkan mi segera satu pek. Tambahkan sosej
Boleh hidangkan dengan telur rebus, kepingan rumpai laut atau keju. Sedia dihidang.
Sumber : Zurina Zulkefli
ARTIKEL MENARIK: Susah Sangat Nak Simpan Duit? Wanita Ni Kongsi Cara Menarik Menabung 52 Minggu!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club